Pematuhan Sop Sangat Merosot Di Sabah


Tak serik! Aktiviti di pub, kelab malam rekodkan 294 kes... kesalahan tertinggi ingkar pematuhan SOP.
Pematuhan SOP Sangat Merosot Di Sabah Tahap pematuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) di Sabah terus merosot dengan kadar hari ini hanya 95 peratus di semua daerah. I a adalah peratusan terendah direkodkan di negeri ini sejak bermula gelombang kedua pandemik COVID-19 pada Oktober lalu berbanding antara 96 peratus sehingga 99 peratus pernah direkodkan sebelum ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata berikutan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Pihak PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar SOP dengan mengenakan kompaun RM1,000 mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi membendung penularan pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan media perkembangan COVID-19 Sabah, di sini, malam ini.

Penurunan tahap pematuhan itu bermula sejak penamatan larangan rentas daerah dan negeri pada bulan lalu dengan penurunan ketara dikesan bermula akhir bulan lalu dan sepanjang minggu pertama Januari.

Sebelum ini, kebanyakan daerah mencatat kadar pematuhan melebihi 97 peratus dengan beberapa daerah seperti Sipitang, Kota Belud, Kinabatangan dan Kota Kinabalu sering mencatat sehingga 99 peratus tahap pematuhan SOP

Sabah hari ini mencatat 409 kes baharu positif COVID-19, bertambah lapan kes berbanding 401 kes baharu semalam, menjadikan kumulatif kes setakat ini sebanyak 40,263.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah, berkata bagi kes sembuh, seramai 337 pesakit COVID-19 dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan kumulatif sembuh 36,785 orang setakat ini.

“Seramai 2,538 pesakit masih menerima rawatan iaitu 653 orang di hospital dan 1,885 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dengan 66 pesakit ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 18 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Masidi berkata, daripada 409 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 251 kes atau 61.4 peratus berpunca daripada saringan kontak rapat, diikuti 81 kes atau 19.8 peratus saringan bergejala, 11 kes atau 2.7 peratus saringan rentas negeri dan 10 kes atau 2.4 peratus daripada saringan kluster sedia ada.

Sebanyak 21 daerah berada dalam zon merah hari ini, berkurang satu berbanding 22 daerah semalam selepas Semporna beralih ke zon jingga menjadikan tiga daerah berada dalam zon itu hari ini.

Dua lagi daerah dalam zon jingga ialah Kuala Penyu dan Beluran, manakala tiga daerah dalam zon kuning iaitu Nabawan, Telupid dan Tenom.

Kota Kinabalu mendahului senarai daerah dalam zon merah yang merekodkan kes baharu tertinggi hari ini iaitu sebanyak 77 kes, diikuti Putatan (38), Lahad Datu (36), Penampang (35), Sandakan (26) dan Keningau (23). – BH Online




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/01/pematuhan-sop-sangat-merosot-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Social Distancing Sop In Sabah Some Simply Not Bothered

Social Distancing Sop In Sabah Some Simply Not Bothered

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 302 hits
KOTA KINABALU Some business premises are still taking lightly the standard operating procedures issued to combat the Covid 19 pandemic The latest involved 12 people including a business premises caretaker in Damai Plaza Luyang who allowed c...
Pkp 2 0 Pematuhan Sop Tinggi Dalam Kalangan Masyarakat Di Ibu Negara Polis

Pkp 2 0 Pematuhan Sop Tinggi Dalam Kalangan Masyarakat Di Ibu Negara Polis

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 326 hits
Fareez AzmanJika sebelum ini Kampong Bharu menjadi syurga makanan buat warga sepanjang tahun Namun kini situasi sama pada Mac tahun lalu berulang apabila keadaan menjadi lengang tepat jam 8 malam Astro AWANI KUALA LUMPUR Hari ketiga Pelaksa...
Sabah Allows Logging To Go On During Mco Period

Sabah Allows Logging To Go On During Mco Period

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 307 hits
Logging transport of logs and factory operations are permitted during the MCO period KOTA KINABALU The Sabah state government has allowed logging activities to proceed during the movement control order period Local Government and Housing Mi...
Record New Cases In Sabah With 61 From Close Contacts

Record New Cases In Sabah With 61 From Close Contacts

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 287 hits
Mass screenings in two Sabah districts have uncovered 74 cases in two new clusters KOTA KINABALU Compliance with Covid 19 prevention rules has continued to drop in Sabah as the state recorded 514 new cases today the highest so far this year...
Ensure Independent Panel Has Enough Sabah Sarawak Voices Says Lawyers Group

Ensure Independent Panel Has Enough Sabah Sarawak Voices Says Lawyers Group

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 262 hits
In his national address on Tuesday Prime Minister Muhyiddin Yassin said an independent committee consisting of government and opposition MPs would be formed to advise the King on the Covid 19 situation and emergency KOTA KINABALU Sabah lawy...
Sabah Orders Plantations To Screen All Workers For Covid 19

Sabah Orders Plantations To Screen All Workers For Covid 19

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 243 hits
This came after two new clusters involving infection among estate workers were detected The clusters are the Baturong Cluster in Kunak and the Ladang Matamba Cluster in Lahad Datu NST file pic KOTA KINABALU The state government has instruct...
Bung Janji Jkr Segera Baiki Jalan Rosak Jambatan Runtuh Akibat Banjir Di Sabah

Bung Janji Jkr Segera Baiki Jalan Rosak Jambatan Runtuh Akibat Banjir Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 210 hits
Jambatan Sungai Paparoun di Jalan Telaga yang runtuh akibat banjir KOTA KINABALU Menteri Kerja Raya Sabah Bung Moktar Radin berjanji pihaknya akan segera membaiki jambatan runtuh dan jalan rosak akibat banjir di beberapa daerah di negeri it...
Thunderstorm Warning In Selangor Sarawak And Sabah

Thunderstorm Warning In Selangor Sarawak And Sabah

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 229 hits
The Malaysian Meteorological Department has issued a warning of thunderstorm heavy rain and strong winds for the districts of Kuala Selangor Klang and Kuala Langat all in Selangor In a statement issued today MetMalaysia said a similar weath...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking