Pemasangan Braces Di Klinik Pergigian Edeneden Di De Centrum Mall
Assalamualaikum.
Saja menaip di sini agar menjadi sedikit pandan bagi sahabat yang sedang survey untuk memakai braces.
Seperti yang LM cerita sebelum ni, LM pakai braces sebab gigi taring kiri dan kanan tumbuh tak elok dan dia tilam lidah apabila makan sampai luka teruk terutama bahagian taring sebelah kanan. Seminggu hampir 3-4 kali luka lidah LM akibat tergigit.
Setelah mendapat persetujuan dari ayah untuk pasang braces, maka dia mula survey klinik mana yang okey dan murah. Sudah tentu kami mencari klinik yang berdekatan dengan tempat tinggal kami agar mudah berulang alik.
Pertemuan pertama pada 19 Ogos 2023. Masa ni review saja gigi dan setelah doktor tengok LM dah cabut kedua gigi bongsu sebelum ni, maka tak perlu ada sebarang gigi yang perlu di cabut lagi. Tak perlu x-ray juga alhamdulillah. Kami set minggu hadapannya untuk terus scalling dan pasang bahagian atas. Doktor kata, pasang berperingkat agar LM tak terkejut sakit bahagian atas dan bawah serentak. Lagi pula bahagian yang teruk cuma gigi atas. Bawah cuma ada sebarang saja gigi yang jarang.
LM pilih braces jenis self ligating, sebab tak minat jenis yang ada getah warna warni tu. Lagi pun, jenis ni mudah sikit nak jaga dari ada getah tu, bab nak jaga kebersihan pun lebih mudah. Jenis self ligating ni rm900 dan braces conventional pula rm500 down paymentnya. Boleh bayar dua kali sebab pasang atas dulu dan kemudian baru pasang bawah pula bulan hadapannya. Temu janji setiap bulan pula bayaranya rm100. Klinik lain, LM dah survey ada yang rm150-rm250. Klinik ni paling murah setakat yang LM jumpa berdekatan dengan rumah LM.
Maka seperti yang dijanji,pada 26 Ogos 2023 LM datang pasang braces bahagian gigi atas. Terus bayar rm900 tu malas nak serabut kata ayah. Haihh kalau tau dia bayar terus, baik pasang atas bawah terus. Hehe
Best sini, tenang dan selesa sangat klinik ni. Doktor pun baik lembut cara kerjanya. Tak sakit langsung semasa pemasangan. Alhamdulillah dapat doktor yang best pun rezeki, nak jumpa tiap bulan kan....
Nak jadi malang, rupanya ada kemungkinan bracket braces tercabut. Kebetulan dua hari selepas pasang braces LM ikut ayah ke Melaka, dah la join naik bas. Bila takda kenderaan dan bracket tercabut maka berhuhu la di sana.
Nak balik macam mana kereta takda. Maka laju-laju search nama klinik dan bagitau tentang kisah bracket tercabut tu. Selama ni ayah yang urus dan mesej memang LM takda nombor klinik pun. Haha..
Bila kecemasan macam ni, takkan nak. Kacau ayah yang sedang ada program. Duk kat bilik dah macam kucing nak beranak masa tu, cemas la juga sebab takut tertelan bracket braces tu. Dia bukan tangga dari dawai tapi dia macam lari dari radar gerak sana sini boleh pusing pusing. Bracket ke dua dari tepi.
Try set appointment nak ke klinik pada Rabu selepas pulang dari Melaka, sebelum gerak ke Thailand tapi klinik tutup pula. Maka berserah saja la set appointment hari ni, Ahad selepas hantar Acha balik asrama. Makan angin sungguh la bila keadaan braces macam tu, memang tak dapat makan sangat pun. Setiap kali time makan cuma tumpang sesudu dua makanan Syahim atau Aish. Sedih sungguh. Lagi pun baru pasang braces kan memang nak kunyah apa pun tak mampu. Telan air liur saja yang tak sakit.
Alhamdulillah harini 3 September 2023 masa yang ditunggu nak betulkan semula bracket yang tangga tu telah tiba. Disebabkan malas nak serabut dan ayah dah bayar rm900 haritu sekaligus, LM request pasang gigi bawah sekali harini. Mudah terus jumpa doktor Oktober pula.
Sakit? Sejujurnya, semasa pasang gigi atas sakit tahap nak kunyah gigi bertemu gigi pun tak boleh. Harini setelah seminggu pakai bahagian atas, dan hampir sehari bahagian bawah, rasa dia okey saja. Cuma bila ada sesuatu pada bibir bawah jadi macam terjuih pula bibir tu. Ops tak la ketara cuma, bibir auto terbuka sikit yang bawah tu. Ishh kena kawal ni, tak elok sungguh kalau orang tengok. Kadang tak perasan terbuka sikit mulut tu. Mungkin belum biasa kan diri.
Berita baiknya, alhamdulillah gigi taring atas ni dah mula gerak. Bila doktor bagitau tadi, patut lah LM perasan baru sekali lidah tertikam dengan gigi tu. Dalam 2 3 hari selepas pasang braces, selepas tu takda dah terluka lidah LM. Ingat kan sebab tak berapa makan, ye lah...makan sikit sure la kurang guna gigi, hehe.
Doakan perjalanan jodoh LM dengan braces tak sampai dua tahun ye. Nak makan puas puas, sekarang ni, 88 kali makan, 88 kali kena berus gigi sehari tau. Makan roti secubit pun gosok gigi. Parah!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2023/09/pemasangan-braces-di-klinik-pergigian.html