Pemanis Mulut Sucree Amor Kini Di Aeon
Pemanis Mulut Sucree Amor Kini Di AEON - Hah nak bagitau ni, sekarang dekat bahagian Delicatessen AEON ada produk baru, pemanis mulut Sucree Amor. Nama pun sedap, apatah lagi pencuci mulut yang disediakan memang sedap dan harga yang sangat berpatutan.
Nad sendiri hadir ke majlis pelancaran Sucree Amor ni dan merasai pelbagai jenis pemanis mulut dari Sucree Amor ni.
Pemanis Mulut Sucree Amor Kini di AEON
Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka, AEON Co (M) Bhd. baru-baru ini memperkenalkan Sucrée Amor, iaitu rangkaian produk baharu yang menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut lazat
Apa itu Sucree Amor
Kalau korang nak tau, Sucree Amor adalah perkataan Perancis yang membawa maksud ‘kelazatan manisan yang memikat’. Sucrée Amor terletak pada teknik yang digunakan dan penggunaan bahan berkualiti tinggi, menghasilkan penampilan menakjubkan dengan gabungan rasa dan tekstur sempurna
Jenis-jenis Pencuci Mulut Sucree Amor
Dengan gabungan rasa dan tekstur yang tepat, Sucree Amor pastinya menjadi pilihan untuk kita dapatkan pelbagai jenis pemanis mulut dan pastri seperti- Macaron- Puding- Kek - Pancake- Mochi- Brownies- Japanese dessert- Waffle
Nad dah cuba sendiri, nad suka dengan kek, mochi dan waffle. Tekstur sangat lembut dan tidak terlalu manis
Dapatkan Pencuci Mulut Di AEON
Korang boleh dapatkan pencuci mulut Sucree Amor di bahagian Delicatessen
Delicatessen AEON menampilkan empat jenama: Coco Café, sebuah kafe yang selesa dengan suasana yang hangat; La Boheme, menawarkan pelbagai roti bakar segar, pastri, dan puding; La Boheme Coffee, terkenal dengan campuran unik biji kopi dari Brazil Cerrado, Colombia Huila, dan Indonesia Sumatra; dan yang baru diperkenalkan, Sucrée Amor.
Lawati mana-mana stor AEON untuk menikmati pencuci mulut Sucree Amir yang lazat ini dan memuaskan selera manis anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2024/05/pemanis-mulut-sucree-amor-kini-di-aeon.html