Pemandu Wanita Di Penjara 6 Tahun Denda Rm8 000 Sebabkan Kematian Anggota Tentera


 


JOHOR BAHRU -- Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan dekat Plaza Pelangi di sini, Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah,
Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan tersebut selepas Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin agar dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan selain hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun.
Selain itu, mahkamah juga menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM3,300 atau 13 bulan penjara jika gagal membayar denda atas tiga kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kenderaan yang tiada cukai jalan dan serta insurans kenderaan.
Nur Fatin, seorang pekerja kilang, didakwa menyebabkan kematian anggota tentera Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, di persimpangan lampu isyarat Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada jam 8.24 pagi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.
Sementara itu, di kamar mahkamah berasingan, tertuduh turut membuat pengakuan bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam tubuh badannya pada hari yang sama.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu, dia turut diperintahkan menjalani hukuman penjara tujuh bulan dengan perintah pengawasan selama dua tahun oleh Majistret R. Salini.
Hukuman penjara itu tersebut dijalankan secara berasingan.
Terdahulu, dalam rayuan pertuduhan utama, Nur Fatin menzahirkan permohonan maaf dan kekesalannya kepada keluarga mangsa atas perbuatan yang dilakukannya.
Dia turut memohon agar mahkamah mengenakan hukuman dengan mengambil kira tanggungjawabnya terhadap keluarga yang menyara kedua ibu bapa dan adik beradik.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Tengku Abdul Rahman dan Noridayu Md Kassim meminta mahkamah memberi hukuman setimpal kerana berpendapat kesalahan itu tidak boleh dipandang remeh.
Dalam sesi mahkamah yang sama, tunang wanita itu, Nuraiman Fathi Mohd Zukki, 23, yang juga pemilik kereta Perodua Myvi itu, dijatuhi hukuman denda RM3,300 selepas mengaku bersalah salah atas tiga pertuduhan.
Dia dakwa membenarkan tunangnya memandu kereta tanpa lesen, cukai kenderaan tamat tempoh dan kenderaan tiada insurans. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 13 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.
Suhaila turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama setahun bermula hari ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/10/pemandu-wanita-di-penjara-6-tahun-denda.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Wanita Sebabkan Kematian Anggota Tentera Dipenjara 6 Tahun Dan Denda Rm8 000 Selepas Mengaku Bersalah

Pemandu Wanita Sebabkan Kematian Anggota Tentera Dipenjara 6 Tahun Dan Denda Rm8 000 Selepas Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 816 hits
JOHOR BAHRU 15 Okt Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan dekat Plaza Pelangi di sini Sabtu lalu dijatuhi hukuman penjara enam tahun denda RM8 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesa...
Pemandu Myvi Dijatuhkan Hukuman Penjara 6 Tahun Denda Rm8 000

Pemandu Myvi Dijatuhkan Hukuman Penjara 6 Tahun Denda Rm8 000

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 340 hits
Johor Bahru Pemandu wanita yangmenyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memandu di bawah penga...
Pemandu Myvi Nur Fatin Nazrah Suhaimi Dipenjara 6 Tahun Denda Rm8 000

Pemandu Myvi Nur Fatin Nazrah Suhaimi Dipenjara 6 Tahun Denda Rm8 000

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 551 hits
The ReporterMahkamah Majistret Johor Bahru menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM8 000 terhadap Nur Fatin Nazrah Suhaimi 23 kerana didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang anggot...
Elak Salah Guna Media Sosial Atau Berdepan Penjara Denda Rm50 000

Elak Salah Guna Media Sosial Atau Berdepan Penjara Denda Rm50 000

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR 15 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan atau bahan berunsur kecaman yang boleh menimbulkan kemarahan dan menjej...
Lelaki Pukul Anggota Bomba Dipenjara 6 Bulan Denda Rm6 000

Lelaki Pukul Anggota Bomba Dipenjara 6 Bulan Denda Rm6 000

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 433 hits
Lelaki yang menumbuk anggota bomba ketika sedang memadam kebakaran pada keretanya beberapa hari lalu dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM6 000 di dua Mahkamah Majistret Kajang hari ini Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamma...
Wanita Tawar Khidmat Seks Menerusi Michat Didenda Rm3 000

Wanita Tawar Khidmat Seks Menerusi Michat Didenda Rm3 000

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 460 hits
Seorang wanita didenda RM3 000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini kerana menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi MiChat Tertuduh berusia 35 tahun turut berdepan empat bulan penjara sekiranya gagal melunaskan denda berkena...
Lucinta Luna Dipenjara 1 Tahun 6 Bulan Denda Rp 10 Juta

Lucinta Luna Dipenjara 1 Tahun 6 Bulan Denda Rp 10 Juta

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 452 hits
Artis Indonesia Lucinta Luna 31 dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun 6 bulan dan denda 10 juta rupiah atas kesalahan penyalahgunaan dadah Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh Ayluna Putri atau Lucinta Luna selama satu tahun ...
Rajin Solat Tahajud Baca Al Quran Rahsia Wanita 104 Tahun Kekal Sihat Alhamdulillah

Rajin Solat Tahajud Baca Al Quran Rahsia Wanita 104 Tahun Kekal Sihat Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 429 hits
Menjelang usia senja pastinya terdapat perubahan drastik yang berlaku kepada tubuh badan seseorang Sudah pastinya kudrat sudah tidak seperti di waktu muda Mata telinga ingatan masih kuat Namun tidak bagi wanita dari Indonesia ini dikenali s...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku