Pemandu Treler Positif Dadah Langgar Jejantas Sehingga Runtuh Menyebabkan 2 Pekerja Kilang Maut


The Reporter



Sebuah van pekerja kilang dilaporkan dihempap runtuhan jejambat sebuah projek lebuh raya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MMR2) dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang Rabu, 3 Mac 2021. 


Kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk pada laluan berkenaan susulan runtuhan dan operasi menyelamat lima mangsa yang terperangkap dalam kenderaan itu. 


Seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras dikerahkan ke lokasi kejadian. 


Difahamkan, jejambat projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) itu runtuh selepas sebuah treler yang membawa jengkaut terlanggar perancah besi binaan itu, lalu menghempap sebuah van pekerja kilang yang datang dari arah pusat bandar menuju ke tempat kerja. 


Pemaju Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd bagi projek pembinaan SUKE berkata, treler berkenaan bukan milik pihaknya dan tidak terbabit dalam projek pembinaan tersebut. 


Mangsa pertama iaitu lelaki (pemandu) berjaya dikeluarkan dari van tersebut pada jam 8.55 malam terus dibawa ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz untuk mendapatkan rawatan. 


Jam 9.17 malam, dua mangsa seterusnya berjaya dikeluarkan dan keadaan mereka dilihat stabil setelah salah seorang daripada mereka dilihat mengangkat tangan. Malangnya, dua mangsa terakhir yang dikeluarkan, dilaporkan telah meninggal dunia.


Maslinawati Abdullah, 43, kakak kepada salah seorang mangsa yang maut (Nor Hayati Abdullah, 42) terkejut menerima panggilan daripada pegawai polis yang memaklumkan adiknya telah meninggal dunia dalam tragedi runtuhan itu. 


Maslinawati terdahulu dimaklumkan oleh penyedia adiknya yang memaklumkan berlaku kemalangan ketika adik dan rakannya dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang elektronik di Subang Mewah. Maslinawati kemudian diminta datang ke hospital oleh pihak bagi melakukan pengecaman jenazah. 


"Kali terakhir kami berjumpa Ahad lalu di kampung. Terasa sangat kehilangan ini, seperti tak percaya berita ini. Saya lihat tadi keadaannya seperti tidur. Insya-Allah kita sama-sama doakan untuknya," katanya. 




Difahamkan sehingga kini, ibunya, Hasmah Sohor, 77, yang uzur masih tidak mengetahui kejadian yang menimpa anak perempuannya itu. 


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu treler berusia 40 tahun terbabit positif dadah jenis methamphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing di IPD Dang Wangi. 


Berdasarkan siasatan awal, treler tersebut melalui MRR2 dan sebaik tiba di lokasi, kenderaan berat itu terlanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki menyebabkan rusuk keluli bersama perancah besi terjatuh di dua-dua laluan MRR2 sebelum menghempap van pekerja kilang. 


Kejadian itu menyebabkan pemandu van, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, mengalami patah tulang bahu kiri, bengkak pada paru-paru dan berlaku pendarahan dalaman. Dua penumpang, Zaitun Zainal, 54, cedera di kaki kiri dan Zakiyyah Yakop, 51, cedera di betis kaki kiri. 


Dua mangsa yang meninggal dunia ialah Nurina Edwin Abdullah, 47, dan Nor Hayati Abdullah, 42. 


Pemandu treler itu ditahan dan direman mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sumber: Harian Metro


March 04, 2021 at 02:22AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/03/pemandu-treler-positif-dadah-langgar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jejambat Runtuh Pemandu Treler Langgar Perancah Besi Pembinaan Lebuhraya Suke Positif Dadah Polis

Jejambat Runtuh Pemandu Treler Langgar Perancah Besi Pembinaan Lebuhraya Suke Positif Dadah Polis

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 327 hits
103 total views 103 views today Pemandu treler yang membawa muatan yang dilaporkan melanggar perancah besi pembinaan lebuhraya SUKE semalam disahkan positif dadah Perkara itu disahkan melalui ciapan di laman Twitter Bernama yang memetik ken...
Pekerja Kilang Maut Motosikal Dirempuh Diseret Sejauh 1 5km Oleh Pemandu Mabuk

Pekerja Kilang Maut Motosikal Dirempuh Diseret Sejauh 1 5km Oleh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 214 hits
180 total views 180 views today Seorang pekerja kilang Muhammad Akmal Hakim dirempuh dari arah belakang sebelum motosikal diseret kira kira 1 5 kilometer oleh kenderaan pelbagai guna dipandu seorang lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Sung...
2 Maut Struktur Binaan Di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang Runtuh

2 Maut Struktur Binaan Di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang Runtuh

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 262 hits
Pasukan bomba dan penyelamat mengambil empat jam untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang PETALING JAYA Dua maut manakala tiga lagi parah selepas sebahagian struktur tapak ...
Pemandu Lori Edar Dadah Dijatuhi Hukuman Gantung

Pemandu Lori Edar Dadah Dijatuhi Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 277 hits
Oleh Ambara berkerusi roda ke Mahkamah Tinggi Tawau mendengar keputusan hakim yang menjatuhi hukuman mati mandatori kepadanya kerana mengedar dadah pada tahun 2017 FOTO NSTP ABDUL RAHEMANG TAIMING TAWAU Mahkamah Tinggi di sini hari ini menj...
Jejambat Dalam Pembinaan Runtuh Hempap Van Kilang

Jejambat Dalam Pembinaan Runtuh Hempap Van Kilang

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 394 hits
Oleh Sebuah jejambat dalam pembinaan runtuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berhampiran Desa Tun Razak di Kuala Lumpur petang ini NSTP Hairul Anuar Rahim KUALA LUMPUR Sebuah jejambat yang sedang dalam pembinaan runtuh di Lebuh Raya Lingkara...
Video Detik Cemas Besi Penghadang Balkoni Runtuh Tujuh Pelajar Dilaporkan Maut

Video Detik Cemas Besi Penghadang Balkoni Runtuh Tujuh Pelajar Dilaporkan Maut

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 298 hits
1 682 total views 1 682 views today Tujuh orang pelajar kolej dilaporkan maut setelah terjatuh daripada balkoni tingkat empat salah sebuah bangunan kuliah di salah sebuah universiti terletak di Bolivia lapor Daily Mail Menurut portal itu ke...
Kilang Jadi Makmal Dadah Polis Rampas Syabu Bernilai Rm3 Juta

Kilang Jadi Makmal Dadah Polis Rampas Syabu Bernilai Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 400 hits
By Malinda Abdul Malik Malaysia GazetteGEORGE TOWN Tindakan sindiket pengedaran dadah menjadikan sebuah kilang sebagai makmal memproses bahan terlarang itu berjaya dibongkarkan selepas polis menahan empat lelaki semalam Serbuan bermula jam ...
Treler Penyebab Jambatan Runtuh

Treler Penyebab Jambatan Runtuh

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 501 hits
KUALA LUMPUR Pemaju projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang menjelaskan kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 berhampiran Bandar Tasik Selatan petang tadi disebabkan sebuah treler yang membawa muatan berlebihan P...
Pemandu Bas Ekspres Positif Covid 19

Pemandu Bas Ekspres Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 288 hits
Sepang Pemandu bas ekspres membawa pesakit Covid 19 yang merempuh Plaza Tol UPM Serdang dekat sini hari ini didapati positif virus berkenaan Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata ujian saringan Cov...
Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm