Walter Witjoanes, yang tampil di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, didakwa memandu sebuah Toyota Hilux dengan kandungan alkohol sebanyak 247 mg per 100 ml darah, melebihi had dibenarkan, sehingga menyebabkan kematian Dg Nurshamirah Dulamit, 27, dan Dg Nurshatirah Dulamit, 24.
(📸 ©Harian Ekspres Sabah )
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
Kes kemalangan maut dua beradik perempuan dekat KKIA: Lelaki mengaku salah pandu mabuk
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM50,000, jika gagal dipenjara 12 bulan, kerana memandu dalam keadaan mabuk yang mengakibatkan kematian dua beradik.
Majistret Mahkamah Trafik Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Walter Witjoanes, pelajar pengurusan resort semester akhir, ketika kes dibicarakan untuk fakta dan hukuman hari ini.
Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjaranya bermula serta-merta dari tarikh sabitan.
Walter, yang mengaku bersalah pada 9 Jan, didapati bersalah memandu Toyota Hilux dengan 247mg alkohol setiap 100ml darah, jauh melebihi had undang-undang, menyebabkan kematian Dg Nurshamirah Dulamit, 27, dan Dg Nurshatirah Dulamit, 24.
(📸 ©ohmymedia.cc)
Kemalangan tragis itu berlaku pada 30 Ogos 2024, jam 2.35 pagi di lampu isyarat KKIA di Jalan Kepayan.
Susulan itu, Perodua Axia itu telah berpusing masuk ke lorong tengah lalu melanggar bahagian tepi kanan Perodua Viva kemudian menyebabkan kenderaan dinaiki dua mangsa itu terbabas ke bahu jalan berdekatan jejentas lalu terbakar.
(📸 © ohmymedia.cc)
Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman penjara antara 10 dan 15 tahun, denda antara RM50,000 hingga RM100,000, dan hilang kelayakan lesen jika sabit kesalahan.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |