Pemain Naturalisasi Bukan Adiwira


SEJAK seminggu lalu, berita mengenai betapa hambarnya prestasi pemain-pemain naturalisasi skuad Harimau Malaya terpampang di dada akhbar nasional serta media sosial.
Situasi ini berlaku selepas menyaksikan skuad bola sepak negara kendalian Tan Cheng Hoe terkulai layu apabila ditewaskan 0-4 dalam aksi Kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Sabtu lepas.
Kekalahan sememangnya keputusan yang boleh diterima dan dijangka penyokong, namun apa yang disaksikan di atas padang ternyata berbeza.
Sebagai rekod, skuad negara baharu memberikan kerakyatan buat dua pemain import yang sudah lama beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) iaitu Liridon Krasniqi dari Kosovo dan Guilherme de Paula (Brazil).
Kedua-dua pemain ini telah melengkapkan senarai tiga pemain naturalisasi negara termasuk Mohamadou Sumareh yang diletakkan dalam senarai 26 pemain untuk membawa misi negara di Dubai, UAE ketika ini.
Namun, ketiga-tiga pemain itu tidak mempamerkan aksi yang memberangsangkan.
Mungkin apa yang dipamerkan oleh Sumareh boleh dimaafkan berdasarkan reputasinya cemerlang ketika mewakili negara pada 2018 sehingga 2019 dan mungkin ketika ini agak bergelut dengan prestasi atau kecergasan.
Namun, situasi berbeza buat Liridon dan De Paula yang dilihat mempamerkan aksi ‘malas’ dan tidak bertenaga di atas padang.
Setiap kritikan haruslah berlapikkan dengan fakta dan program naturalisasi negara ini mempunyai dua fasa yang singkat serta panjang.
Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi menganggap faktor masa yang singkat bersama skuad kebangsaan punca Liridon dan De Paula gagal memberikan persembahan diharapkan.
Malah, Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM turut me­ngakui proses penilaian pemain naturalisasi akan lebih diperketatkan selepas ini.
“Saya tidak anggap naturalisasi pemain ini gagal. Kalau kita lihat kemunculan Sumareh dalam pasukan kebangsaan, dia pun agak bergelut pada awalnya.
“Cuma, saya berpendapat masa tidak mencukupi kerana kedua-dua pemain ini hanya bersama pada pada Mac lepas.
“Tetapi, saya akui pada masa akan datang jika kita ada ba­nyak pilihan, kriteria pemilihan pemain itu akan diperketat de­ngan hanya pemain yang kita fikir boleh bantu pasukan atau berkualiti akan diserap,” katanya.
Sementara itu, bekas penye­rang kebangsaan yang kini ber­aksi dengan Kuala Lumpur City (KL City), Safee Sali turut meluahkan kekecewaannya selepas menyaksikan aksi longlai pemain naturalisasi negara.
“Boleh saya katakan, kita semua hanya terpedaya dengan skuad dan projek naturalisasi membuatkan kita semua percaya dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
“Saya yakin para pemain tempatan kita jika diberi peluang dan kepercayaan, pasukan kita boleh menang dan bermain mati-ma­tian untuk nama negara. Sekarang bukan masa untuk angkat bendera putih, masih ada pe­luang,” katanya.
Benar, peluang masih ada kerana skuad Harimau Malaya akan menentang Vietnam pada te­ngah malam ini dan Thailand pada Rabu depan dengan hanya keputusan positif boleh menentukan nasib skuad negara.
Apa yang penting penyokong perlu terapkan dalam minda bahawa pemain naturalisasi bukanlah adiwira kerana mereka juga manusia biasa. Teruskan perjuangan!
sumber: Kosmo Online
The post Pemain naturalisasi bukan adiwira appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/pemain-naturalisasi-bukan-adiwira/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebatkah Pemain Naturalisasi Atau Kacukan Untuk Malaysia

Hebatkah Pemain Naturalisasi Atau Kacukan Untuk Malaysia

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 287 hits
Pemain Naturalisasi dan Kacukan harapan mereka Setelah tewas 4 0 dengan UAE pelbagai andaian dibuat terhadap pemain naturalisasi negara Mungkin peminat bola sepak Malaysia lupa dalam pusingan pertama kelayakan piala Asia dan Piala Dunia pem...
Kalah 0 4 Di Tangan Uae Pemain Naturalisasi Jadi Sasaran Kemarahan Penyokong Malaysia

Kalah 0 4 Di Tangan Uae Pemain Naturalisasi Jadi Sasaran Kemarahan Penyokong Malaysia

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 240 hits
PETALING JAYA Pemain naturalisasi Malaysia terutama Guilherme de Paula menjadi sasaran kemarahan penyokong Harimau Malaya selepas pasukan negara tumpas 0 4 kepada Emiriah Arab Bersatu dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2...
Kalah Kepada Uae Pemain Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya Bersuara

Kalah Kepada Uae Pemain Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya Bersuara

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 282 hits
Beberapa pemain kacukan Harimau Malaya dilihat memohon para penyokong untuk terus bersama mereka selepas kekalahan kepada UAE dalam aksi kelayakan Malaysia tumpas 0 4 kepada UAE dalam aksi ke 6 Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 Piala As...
Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Buat Kali Kelima

Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Buat Kali Kelima

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 221 hits
Berita yang menggembirakan apabila Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Buat Kali Kelima Ronaldo telah mencatatkan sejarah baharu dalam karier bola sepak apabila memenangi anugerah berprestij Ballon d Or kali kelima Berita keme...
Pemain Harimau Malaya Buat Hal Di Bahrain Safawi Dengan Sumareh Bergadvh Masa Tengah Makan Punca Sebenar Dided4hkan

Pemain Harimau Malaya Buat Hal Di Bahrain Safawi Dengan Sumareh Bergadvh Masa Tengah Makan Punca Sebenar Dided4hkan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 208 hits
Kuala Lumpur Skuad Harimau Malaya dike jutkan ins iden perg aduhan antara dua tonggak sayap Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid ketika pasukan sedang menikm4ti makanan tengahari di hotel penginapan di Manama Bahrain hari ini
Kronologi Timeline Filem Filem Adiwira Marvel Mengikut Jalan Cerita

Kronologi Timeline Filem Filem Adiwira Marvel Mengikut Jalan Cerita

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 422 hits
Kronologi Filem Marvel Studios AWAS Artikel ini mengandungi SpoilerDengan gabungan gambar gambar dan klip klip video bersambungan Dari perlahan sehingga laju Urutan Tonton Filem MarvelLatar belakang warna merah darah ikan mula keluar Perlah...
Sah Pemain Kacukan Malaysia England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang Fc

Sah Pemain Kacukan Malaysia England Nick Swirad Kini Jadi Milik Skuad Sri Pahang Fc

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 172 hits
nbsp KUANTAN Pemain kacukan Malaysia England Nick Swirad sah menyarung jersi Sri Pahang FC apabila menandatangani kontrak bersama pasukan itu hari ini Kehadiran bekas pemain kelab Thailand Nongbua Pitchaya itu diyakini memperkasakan jentera...
Datuk Hamidin Beri Bayangan Pemain Ke 26 Bakal Sertai Harimau Malaya Hari Ini

Datuk Hamidin Beri Bayangan Pemain Ke 26 Bakal Sertai Harimau Malaya Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 191 hits
Adakah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin memberikan bayangan bahawa pemain kacukan Belgium Malaysia Dion Cools akan menyertai skuad Harimau Malaya di Dubai dalam masa terdekat Pasukan negara baharu...
Park Hang Seo Dan Shin Tae Yong Bermain Dengan Nombor Jersi Pemain

Park Hang Seo Dan Shin Tae Yong Bermain Dengan Nombor Jersi Pemain

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 146 hits
Bukan hanya perang psikologi nampaknya Park Hang seo dan Shin Tae yong bermain dengan nombor jersi dalam pertembungan Vietnam dan Indonesia baru baru ini Kedua duanya yang merupakan jurulatih kelahiran Korea Selatan tampaknya memiliki persa...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan