Ketinggalan 1 Lagi Projek Kabel Dasar Laut Malaysia Kesuntukan Masa


Imran AriffSebuah kapal Malaysia melakukan pembaikan kabel dasar laut. Tanpa pengecualian kabotaj, syarikat-syarikat akan membina kabel dasar laut baharu di tempat lain dan tidak melalui Malaysia.PETALING JAYA: Dengan Malaysia ketinggalan dalam satu lagi projek kabel dasar laut, para pemegang taruh berkata, negara kesuntukan masa untuk mengembalikan pengecualian kabotaj bagi mengelakkan terlepas lebih banyak projek infrastruktur digital.
Terdahulu diumumkan kabel dasar laut baharu Apricot, Facebook dan Google, yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan serantau, tidak akan melibatkan Malaysia.
Facebook dalam kenyataan berkata, sistem kabel berkenaan, yang dijangka dilancarkan pada 2024 akan menyediakan kapasiti reka bentuk permulaan lebih 190tbps bagi memenuhi permintaan data serantau yang semakin meningkat dan menyokong kabel Echo dan Bifrost akan datang, yang turut tidak akan disambung dengan Malaysia.
Bercakap dengan FMT, Pengerusi Bursa Internet Malaysia (MyIX) Chiew Kok Hin berkata, beberapa faktor menjadikan Malaysia mangsa dalam kes ini.
“Yang utama adalah isu kabotaj, tetapi begitu juga ketidakstabilan politik semasa,” katanya.
“Kita akan kehilangan kabel selagi keputusan tidak dibuat untuk mengembalikan pengecualian (kabotaj), dan itu tidak sejajar dengan rangka tindakan MyDigital.”
Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, kehilangan satu lagi projek infrastruktur utama adalah “perkara yang menyedihkan buat Malaysia”, sambil menambah, ini menjadi bayangan negara akan terlepas peluang lain pada masa hadapan.
“Sayang sekali kita kehilangan pendaratan kabel seperti itu yang akan memberi impak besar kepada ekonomi dan pekerjaan disebabkan pengekalan dasar kabotaj ini.
“Ini benar-benar menjadi tanda tentang apa yang akan datang,” katanya.
Rais berkata, langkah menghapuskan halangan bagi kapal menjalankan kerja-kerja pembaikan, iaitu tujuan sebenar pengecualian kabotaj, adalah langkah yang “logik”.
Peletakan jawatan Jemaah Menteri menjadikan masa depan isu kabotaj ini lebih kelam. Jemaah Menteri sepatutnya membincangkan dasar kabotaj pada April dan membuat keputusan muktamad mengenai hala tuju negara mengenainya, namun hasil perbincangan berkenaan tidak pernah didedahkan.
“Saya telah menulis surat kepada menteri yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan juga perdana menteri minggu lalu, tetapi tidak mendapat sebarang balasan,” kata Rais.
“Kini Jemaah Menteri tidak lagi berfungsi, saya cuma harap sesiapa yang seterusnya menjadi menteri akan faham bahawa ini adalah isu kritikal bagi negara, terutamanya untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi.
Chiew berkata, negara kini kesuntukan masa kerana kabel ini tidak dibina dengan kerap.
“Kabel-kabel bawah laut berkapasiti tinggi dan pelaburannya bernilai sekitar USD300-USD400 juta,” katanya, sambil menambah, “kita tidak boleh berharap banyak kabel akan dibina di rantau ini.”
“Kita sudah ketinggalan tiga (Echo, Bifrost dan Apricot). Jika kita hilang dua atau tiga lagi, kita akan ketinggalan sepenuhnya.
“Jika kita tidak dapat menarik lebih banyak (projek) kabel dasar laut yang lebih baik, pusat data tidak akan berkembang dan pada masa itu pelaburan apakah yang dapat kita tarik? Adakah syarikat seperti TikTok akan datang ke sini?
“Ada kesan riak terhadap keseluruhan ekonomi,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/tinggalan-1-lagi-projek-kabel-dasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Kabel Dasar Laut Beberapa Negara Jiran Terlibat Tapi Malaysia Sekali Lagi Terlepas Peluang

Projek Kabel Dasar Laut Beberapa Negara Jiran Terlibat Tapi Malaysia Sekali Lagi Terlepas Peluang

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 292 hits
Sayangnya terlepas peluang baik Google dan Facebook baru baru ini mengumumkan akan membina satu sistem kabel dasar laut sepanjang 12000km yang menghubungkan Guam Jepun Taiwan Filipina Indonesia dan Singapura Diberi nama Apricot projek terse...
Malaysia Terlepas Peluang Jaringan Kabel Dasar Laut Terbaru Facebook

Malaysia Terlepas Peluang Jaringan Kabel Dasar Laut Terbaru Facebook

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 378 hits
Menurut sumber dari Malaysia kehilangan peluang pelaburan dari Facebook Inc setelah terkeluar dari senarai negara yang terlibat dalam sistem kabel bawah laut terbaru syarikat gergasi teknologi itu Facebook dalam satu kenyataan semalam mengu...
5 Kota Kuno Tenggelam Di Dasar Laut

5 Kota Kuno Tenggelam Di Dasar Laut

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 165 hits
Kota Purba Yang Hilang Tenggelam Di Dasar LautSalam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan ridz rasanya sudah lama saya tidak kongsikan sesuatu yang berkaitan dengan topik sejarah yang menarik Untuk entri kali ini saya a...
Lelaki Di Temani Puluhan Jerung Ketika Berenang Di Dasar Laut

Lelaki Di Temani Puluhan Jerung Ketika Berenang Di Dasar Laut

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 184 hits
Seorang lelaki berdepan dengan detik cemas apabila dikelilingi oleh 50 ekor jerung semasa dia berenang di laut di Dorset baru baru ini Oly Rush 36 dilaporkan sedang berenang bagi memecahkan rekod dunia untuk perenang terpantas di Isle of Wi...
Malaysia Perlukan Anwar Sebagai Pm Bawa Dasar Baharu Tangani Covid 19

Malaysia Perlukan Anwar Sebagai Pm Bawa Dasar Baharu Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 305 hits
Lim Kit Siang sifatkan PH lebih berkemampuan menangani krisis yang kini dihadapi negara Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar yang lebih segar untuk menangani krisis kesihatan...
Kalendar Islam 2022 Masihi 1443 1444 Hijrah Malaysia

Kalendar Islam 2022 Masihi 1443 1444 Hijrah Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 947 hits
Maklumat kalendar atau takwim Islam JAKIM dan tarikh tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2022M 1443 1444H bagi Malaysia Kalendar Islam atau Kalendar Hijriah adalah kalendar lunar qamariah iaitu kalendar yang dikira berdasarkan pergerakan...
Sungguh Malang Nasib Mu Malaysia

Sungguh Malang Nasib Mu Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 166 hits
NORMAN RADZUAN Tak ada keperluan pun dlm keadaan Pandemik Covid19 perlu jawatan ini diwujudkan Adalah lebih baik diserapkan doktor2 kontrak dlm kerajaan Muhyiddin terlalu byk membazir wang rakyat utk membeli MP dan menawarkan jawatan2 yg ti...
As Pulangkan Lagi Rm1 9 Bilion Dana 1mdb Kepada Malaysia

As Pulangkan Lagi Rm1 9 Bilion Dana 1mdb Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 186 hits
PETALING JAYA Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah memulangkan kepada Malaysia sejumlah RM1 9 bilion lagi dana yang diseleweng dalam skandal rasuah 1MDB DoJ dalam kenyataan berkata lebih RM5 bilion telah dipulangkan setakat ini Katanya ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord