Peluru Berpandu S 400 Rusia Mampu Menjatuhkan Jet Pejuang Tercanggih As


Negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), terutama AS, melihat rancangan Turki membeli sistem pertahanan peluru berpandu dari Rusia dengan penuh kecurigaan, namun Ankara yang juga anggota NATO berkata, mereka memerlukannya bagi menghadapi ancaman di wilayah itu.

S-400 missile

Perjanjian S-400 itu, dilaporkan bernilai kira-kira AS$2.5 bilion (RM10.15 bilion) mencetuskan kebimbangan di Barat kerana Turki adalah anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan sistem itu tidak boleh disepadukan dalam persekitaran Nato.

S-400 adalah sistem pertahanan peluru berpandu mudah alih generasi terbaharu yang mampu membawa tiga jenis misil berlainan dan berupaya memusnahkan pelbagai sasaran udara dari jarak dekat mahupun jauh.

Sistem pertahanan peluru berpandu S-400 dinaiktaraf secara besar-besaran daripada S-300 dan disebabkan kemampuannya, negara China, Arab Saudi, Turki, India dan Qatar mahu membelinya.

Peluru berpandu S-400 boleh mengesan sejumlah besar ancaman, termasuk menyasarkan pesawat tersembunyi, termasuklah jet pejuang tercanggih F-35 AS.

Keinginan negara-negara terbabit memiliki S-400 bagaimanapun berdepan dengan ancaman, termasuk dari segi diplomatik, oleh AS dan negara NATO.

Penyelidik kanan Stockholm International Peace Research Institute’s (SIPRI), Siemon Wezeman berkata, S-400 adalah antara sistem pertahanan udara canggih yang ada sekarang ini, berbanding apa yang terbaik mampu Barat tawarkan.

Sistem radar dan sensornya, juga peluru berpandu, boleh menjangkau jarak yang luas, menjangkau julat sekurang-kurangnya 600 kilometer, sementara peluru berpandunya mencapai 400 kilometer.

S-400 tepat dan dapat mengesan sejumlah besar sasaran yang berpotensi, termasuk sasaran tersembunyi.

Kelebihan lain sistem pertahanan S-400 ialah dari segi persediaan modular dan mobiliti tinggi, yang bermakna ia mudah dipasang, ditembak dan digerakkan dalam tempoh beberapa minit sahaja.

S-400 menjadi sistem satu saiz untuk peluru berpandu, boleh dikonfigurasi menjadi sistem senjata untuk jarak jauh, sederhana jauh, sederhana dan dekat, bergantung kepada kehendak pengguna, kata penganalisis ketenteraan, Kevin Brand.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, tahun 2018 lalu berkata, Ankara akan berusaha mendapatkan S-400 secepat mungkin, selepas menandatangani pembeliannya pada 2017.

Mampu Menjatuhkan F-35

F-35, jet pejuang generasi kelima terbaharu Amerika Syarikat yang dilengkapi teknologi ‘menghilangkan diri daripada radar’ berdepan ancaman sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia.

F-35 adalah jet pejuang generasi kelima terbaharu AS, menggabungkan teknologi ‘menghilangkan diri daripada radar’ dan memiliki kelajuan serta ketangkasan.

Tiga varian F-35 akan menggantikan pesawat A-10 dan F16 Tentera Udara AS; F/A-18 Tentera Laut AS; dan AV-8B Harrier Marin AS.

F-35 dioptimumkan untuk menjadi jet pejuang pelbagai fungsi, dengan keupayaan untuk melaksanakan misi memusnahkan udara ke udara, udara ke darat, perisikan, pengawasan dan tinjauan.

F-35 juga direka untuk mengalahkan mana-mana sistem teknologi canggih yang memberi ancaman sama ada di udara atau darat namun, kewujudan sistem pertahanan udara S-400 Russia menimbulkan kebimbangan kepada AS.

S-400 yang dijuluki sebagai Triumf atau Triumph, kod NATO ialah SA-21 Growler, adalah sistem peluru berpandu jarak jauh darat ke udara yang dihasilkan oleh Almaz-Antey, dan ia mampu mengesan F-35 walaupun pesawat itu berada dalam mod ‘menyembunyikan diri’.

Ketakutan AS

Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Turki supaya tidak meneruskan hasrat membeli sistem pertahanan peluru berpandu canggih Russia – S-400 – yang dipercayai Pentagon mampu memberi ancaman kepada pesawat tempur termajunya, F35.

Jabatan Negara AS memberi amaran itu selepas Komander Pusat Pemerintah AS Eropah (EUCOM), Jeneral Curtis Scaparrotti memberitahu ahli politik di Capitol Hill dan berkata Turki sepatutnya menimbang semula hasrat memperoleh S-400 Rusia.

EUCOM adalah salah satu daripada 10 pusat pemerintah tempur AS, berpangkalan di Stuttgart, Jerman.

Dengan jelas, kami memberi amaran kepada Ankara terhadap hasratnya untuk membeli S-400 akan menyebabkan penyertaan Turki dalam program F-35 akan dinilai semula, dan merisikokan pemindahan senjata lain ke negara itu pada masa depan, kata jurucakap Jabatan Negara, Robert Palladino.

AS sebelum ini bersetuju menjual 100 pesawat pejuang generasi kelima terbaharu F-35 kepada Turki dan setakat ini sudah menghantar dua jet berkenaan namun, tahun 2018 lalu Kongres AS mengarahkan penghantaran berikutnya ditangguhkan.

Tapi, apa sebenarnya yang menggerunkan AS tentang peluru berpandu S-400?

Sudah pasti kerana kelajuan misil ini 'mengejar' sasaran pada kepantasan 14 Mach kerana  jet pejuang F-35 hanyalah 1.60 Mach dan Raptor-22, 2.25 Mach. Menakutkan bukan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Peluru Berpandu Zircon, Rusia Cipta Misil Hipersonik Yang Tidak Mampu DipintasRusia Cipta Sarmat, Peluru Berpandu Yang Digelar 'Syaitan'


sumber: ismaweb



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/peluru-berpandu-s-400-rusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pandang Remeh Rasa Pening Kebas Dan Tidak Mampu Mengimbangkan Badan

Jangan Pandang Remeh Rasa Pening Kebas Dan Tidak Mampu Mengimbangkan Badan

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 307 hits
JANGAN PANDANG REMEH RASA PENING KEBAS DAN TIDAK MAMPU MENGIMBANGKAN BADAN 4 MEI 2019 Pernah dengar penyakit Multiple Sclerosis Saya ada seorang pesakit 30an yang kerap mengadu pening dan lemah saraf Bukan dia tak mampu memegang dengan kuat...
Bantu Pelajar Kurang Mampu Program Siswa Asuh Sebaya Di Banyuwangi Donasikan Rp 17 M

Bantu Pelajar Kurang Mampu Program Siswa Asuh Sebaya Di Banyuwangi Donasikan Rp 17 M

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 227 hits
Pada bulan Ramadan ini pelajar Banyuwangi membagikan 4 288 paket sembako untuk para pelajar dari keluarga kurang mampu dan warga dhuafa dalam program SAS Bergerak Berbagi untuk Sesama yang dipusatkan di di SMPN 1 Muncar
Cip Snapdragon 7cx Bakal Dihasilkan Untuk Komputer Riba Windows 10 Arm Mampu Milik

Cip Snapdragon 7cx Bakal Dihasilkan Untuk Komputer Riba Windows 10 Arm Mampu Milik

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 249 hits
Di Computex minggu lalu komputer riba Lenovo Project Limitless telah diperlihatkan sebagai yang pertama dengan sokongan 5G dan penggunaan cip Snapdragon 8cx Komputer Windows 10 yang menggunakan cip ARM ini hanya akan ke pasaran pada tahun 2...
Hiburan Saya Ingin Buktikan Saya Mampu Beri Impak Positif Pada Uitm Vivy Yusof

Hiburan Saya Ingin Buktikan Saya Mampu Beri Impak Positif Pada Uitm Vivy Yusof

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 642 hits
Pelantikan pemilik empayar Fashion Valet dan Duck Group Datin Vivy Yusof sebagai salah seorang daripada ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara menerima pelbagai reaksi daripada netizen Walaupun menerima kritikan Vivy sedikit pun ti...
039 Liverpool Mampu Ke Final Ucl Lagi 039 Video

039 Liverpool Mampu Ke Final Ucl Lagi 039 Video

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 284 hits
BEKAS pengurus Manchester United Jose Mourinho meramalkan Liverpool akan ke final Liga Juara Juara untuk tahun ketiga berturut turut selepas menyaksikan skuad Jurgen Klopp menewaskan Tottenham di Madrid awal pagi tadi Mourinho yang membuat ...
Nokia 2 2 Dilancarkan Peranti Kelas Permulaan Mampu Milik

Nokia 2 2 Dilancarkan Peranti Kelas Permulaan Mampu Milik

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 382 hits
Peranti mampu milik Nokia 2 2 telah dilancarkan di India sebentar tadi Ia dilengkapi skrin 5 7 HD dijana cip MediaTek Helio A22 memori sehingga 3GB RAM storan sehingga 32GB kamera swafoto 5 Megapixel kamera utama 13 Megapixel dan bateri seb...
Operasi Ketupat Mampu Ciptakan Mudik Aman Dan Hepi

Operasi Ketupat Mampu Ciptakan Mudik Aman Dan Hepi

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 106 hits
Masih dalam suasana libur Lebaran 2019 semua pemangku kepentingan dilibatkan untuk menciptakan keselamatan dan kenyamanan saat masyarakat banyak pulang kampung Mengimplementasikan mudik hepi atau mudik asyik maka road safety harus dibangun ...
Kajian Menarik Bersenam Mampu Merawat Orang Yang Ada Masalah Mental

Kajian Menarik Bersenam Mampu Merawat Orang Yang Ada Masalah Mental

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 399 hits
Ini satu berita menarik yang anda perlu ambil perhatian Terutamanya untuk mereka yang lebih banyak duduk daripada bergerak Kurang bergerak merupakan satu masalah paling besar yang sedang melanda umat manusia moden sekarang ini Anda yang sed...
Lama Mana Kabinet Atok Mampu Bertahan

Lama Mana Kabinet Atok Mampu Bertahan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 507 hits
Ada lagi ker malapetaka yang akan menimpa kita di negara tercinta nie lepas sambutan Hari Raya Aidilfitri Atau kita akan di hidangkan lagi dengan pelawak2 dalam kabinet Atok Jom kita imbas balik pencapaian cemerlang lawak2 bodoh dari badut2...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat