Peluncur Udara Maut Tapak Sukan Udara Kuala Kubu Bharu Ditutup 3 Minggu
Peluncur udara maut: Tapak sukan udara Kuala Kubu Bharu ditutup 3 minggu
Tapak sukan udara Kuala Kubu Bharu ditutup selama tiga minggu bermula 25 April susulan kemalangan maut melibatkan seorang lelaki warga Pakistan ketika melakukan aktiviti luncur udara pada Sabtu.
Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa penutupan itu bagi memberi ruang kepada pemurnian semula prosedur operasi standard (SOP) supaya kejadian tersebut tidak berulang.
“Siasatan awal oleh pasukan siasatan khas MSAF mendapati ketika kejadian, cuaca berada dalam keadaan baik dan peralatan sukan luncur udara yang digunakan juga diselenggara serta berada dalam keadaan memuaskan
“Bagaimanapun, pasukan siasatan khas MSAF mendapati terdapat ruang penambahbaikan terutamanya daripada sudut SOP di tapak sukan dan tindak cepat dalam usaha menyelamat pemain luncur udara,” kata Presiden MSAF Mohd Nurhaqimy Mohd Ismail
Menurut MSAF, mangsa, Dr Muhammad Fahad Khalid, 44 tahun, merupakan pemegang lesen Juruterbang Lanjutan (PL2) berdaftar dan diperakui oleh MSAF serta mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 200 kali penerbangan sejak mula aktif pada tahun 2020
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah ditemukan tersangkut di pokok balak pada ketinggian 12 meter pada kira-kira jam 4.50 petang Sabtu di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa didapati patah kaki dan mengalami pendarahan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
Menurut Ketua Polis Daerah Huru Selangor Supt Arsad Kamaruddin, payung terjun dikendalikannya hilang kawalan dan mangsa merempuh sebatang pokok dipercayai akibat masalah teknikal yang belum dikenal pasti, bukan akibat faktor cuaca dan angin-AA
Peluncur udara maut: Tapak sukan udara Kuala Kubu Bharu ditutup 3 minggu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
Fasha Sandha Teruk Dikecam
30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun
Mawar Karim Akui Sedang Bercinta
Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)
The post Peluncur udara maut: Tapak sukan udara Kuala Kubu Bharu ditutup 3 minggu appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/24/peluncur-udara-maut-tapak-sukan-udara-kuala-kubu-bharu-ditutup-3-minggu/