Peluang Pak Cop Di Kerusi Parlimen Tasek Gelugor Nampak Makin Cerah Buat Barisan Nasional
Parlimen P042 Tasek Gelugor - InsyaAllah Akan Kekal Milik Barisan Nasional (BN)...
Calon yg bakal dinamakan bagi mewakili BN sudahpun diumumkan oleh Presiden, dan telah menerima watikah pencalonan daripada Pengerusi BN Negeri P. Pinang... beliau adalah tak lain dan tak bukan, YB Dato Muhammad Yusoff Bin Hj. Mohd Noor...
Merupakan anak tempatan, Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, juga sedang menyandang jawatan selaku ADUN Sungai Dua merangkap Ketua Pembangkang di DUN P. Pinang...
Tak perlu aku cerita keperibadian beliau, kerana beliau sememangnya dikenali malah sangat disenangi oleh masyarakat Tasek Gelugor, tak kira kawan dan lawan... beliau sangat mementingkan politik setempat, sangat dekat dengan masyarakat, sangat bersederhana, mudah dikenali, peramah...
Ketika mana BN berdepan kesukaran dlm PRU14 yg lepas, ramai pemimpin yg kecundang, manakala yg menang pula terpaksa hanya berpuas hati dgn jumlah majoriti yg merosot dan tipis, tapi tidak bagi beliau yg bertanding mempertahankan kerusi DUN Sungai Dua apabila beliau berjaya mencatatkan kemenangan bergaya dengan pertambahan jumlah majoriti yg besar berbanding kerusi2 BN yg lain...
Pendekatan politik beliau yg tampak bersahaja, suka bergurau dengan masyarakat, dekat dengan anak muda, walaupun mungkin ada yg berpandangan beliau kurang bergerak aktif di peringkat nasional dan mungkin agak lemah dari segi berucap di pentas yg besar, namun seperti yg aku katakan tadi bahawa masyarakat Tasek Gelugor lebih mengenali dan mengetahui kelebihan beliau, dan ini sudah cukup untuk memadamkan segala kekurangan yg ada pada beliau...
Apabila parti2 lain selesai mengumumkan nama yg bakal menyaingi beliau, maka apa yg boleh aku simpulkan adalah, peluang untuk YB Cop menang di kerusi Parlimen Tasek Gelugor adalah sangat cerah...
Untuk PERIKATAN NASIONAL (PN), nampaknya mereka tidak meletakkan calon dari PAS, bermakna PAS tidak akan bertanding di Tasek Gelugor kali ini, tidak seperti lazimnya... kerusi Tasek Gelugor asalnya adalah kerusi lompat BN ke PPBM... mungkin kerana mereka yakin PPBM telah berjaya mencuri ramai penyokong UMNO BN melalui penyandangnya apabila beliau melompat tempohari, maka sebab itu PPBM yakin untuk letakkan calon...
PPBM membawa masuk calon dari luar yg merupakan Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan untuk bertanding di sini, sekaligus telah mengenepikan penyandang kerusi tersebut, Datuk Shahbudin Yahya... Ketua Bahagian PPBM T. Gelugor juga diketepikan, iaitu Azmi Alang... malah PAS yg secara tradisinya merupakan pesaing utama kpd BN selama ini, juga kini dikerah untuk bekerja dan memilih calon import dari PPBM ini...
Sudahlah calon luar yg diimport masuk, mempunyai track record sebagai seorang kaki penipu apabila Wan Saiful ini mempunyai peranan yg besar ketika bersama PH tempohari dalam menghasilkan manifesto bukan kitab suci PH, malah mulut beliau juga memang dikenali seorang yg bermulut longkang yg gemar menghina, mencaci maki pemimpin lain, khususnya dari UMNO...
Selain PN, Pakatan Harapan juga sudah menamakan calon mereka di Tasek Gelugor... begitu juga dengan Gagasan Tanahair (GTA) dan ditambah dgn 1 lagi calon yg bakal mewakili Warisan... belum dipastikan lagi latar belakang calon2 yg lain, malah dijangka akan ada lagi nama lain yg dikatakan bakal bertanding atas tiket Bebas...
Apapun, seperti yg dinyatakan tadi, peluang untuk calon BN, YB Cop memenangi kerusi Parlimen Tasek Gelugor adalah sangat cerah... apatah lagi jika sekiranya hubungan baik beliau dengan pimpinan PAS setempat yg telah berputik sejak termeterinya Muafakat Nasional terus bekekalan dan dapat diterjemahkan melalui peti undi tanggal 19 November nanti...
Matlamat utama kita adalah untuk menghalang Pakatan Harapan daripada kembali bekerajaan... dan untuk itu, di Tasek Gelugor, hanya BN saja yg mampu melakukannya dan BN memerlukan undi dari anda semua sebanyak mungkin... walaupun anda mungkin juga tidak mahukan PH, tapi janganlah anda bazirkan 1 undi anda dgn memilih parti2 lain selain drpd BN, kerana kesannya berkemungkinan, bukan parti pilihan anda yg akan menang, bukan BN yg menang, tetapi PH pula yg akan mengambil kesempatan drpd kesilapan 1 undi dari anda... malang sekali jika perkara ini berlaku...
Sumber : Suara Melayu Baru
https://www.suaramelayubaru.xyz/feeds/posts/default
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaramelayubaru.blogspot.com/2022/11/peluang-pak-cop-di-kerusi-parlimen.html