Peluang Anwar Cerah Ku Li Pesaing Terdekat




Apabila perletakan jawatan Tun Mahathir Mohamad telah diterima oleh Yang Dipertuan Agong dan kemudian diperkenan untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu perlantikan Perdana Menteri baru dibuat, ia adalah gambaran yang jelas tentang pengakhiran karier buat beliau.

Dalam proses Yang Dipertuan Agong menembual kesemua 222 Ahli Parlimen bagi mengetahui siapa yang mereka mahu pilih untuk jadi Perdana Menteri yang baru, nama Tun Mahathir sepatutnya tidak boleh dipilih lagi.

Beliau sudah meletakkan jawatan dan perletakan jawatannya telah diterima, jadi mengapa mesti dipilih semula?

Isyarat penerimaan perletakan jawatannya oleh Yang Dipertuan Agong adalah tidak diragui iaitu Tun Mahathir sendiri tidak mahu lagi menjadi Perdana Menteri.

Jika Yang Dipertuan Agong mahu Tun Mahathir terus jadi Perdana Menteri, surat perletakan jawatannya tentu tidak diterima atau baginda pertimbangkan terlebih dahulu sehingga baginda mendapatkan maklumbalas daripada Ahli-Ahli Parlimen.

Perlantikannya sebagai Perdana Menteri interim adalah semata-mata untuk suatu tempoh yang singkat sementara menunggu Yang Dipertuan Agong mendapatkan maklumbalas siapa yang lebih layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri melalui temubual yang akan dilakukan terhadap kesemua 222 Ahli Parlimen.

Seolah-olah suatu penghinaan kepada kedudukan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara atau baginda seperti boleh “dipermain-mainkan” jika setelah perletakan jawatan Tun Mahathir diterima oleh baginda, tetapi tiba-tiba orang yang sama dipilih untuk datang semula mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan baginda.

Atas premis itu, diberitakan calon-calon Perdana Menteri yang tersenarai untuk dipilih adalah Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Hishammuddin Hussein.

Nama Tun Mahathir tidak lagi dipilih atau dipertimbangkan semula kerana beliau sendiri sudah secara rela hati meletakkan jawatan dan perletakannya pula telah pun diterima dengan senang hati oleh Yang Dipertuan Agong.

Zahid Hamidi dan Najib Razak dikatakan tidak termasuk dalam senarai kerana sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah dan kes kedua-duanya sedang berjalan sekarang ini.

Tentulah tidak munasabah memilh mereka yang sedang berulang-alik ke mahkamah untuk dijadikan sebagai Perdana Menteri.

Hadi Awang pula memang tidak memasukkan dirinya dalam senarai pilihan, sama ada kerana memang tidak mahu atau beliau sedar dirinya tidak mampu mendapat sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam perkiraan tersebut, Anwar menjadi calon pilihan kerana dengan sokongan PKR, DAP dan Amanah saja beliau sudah sekitar 92 Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Jika Anwar berjaya mendapat sokongan daripada GPS di Sarawak, sedikit di Sabah dan daripada kalangan Ahli Parlimen UMNO serta Bersatu, beliau dijangka mampu melepasi jumlah 112 yang diperlukan untuk menjadikannya Perdana Menteri.

Dan selepas berjaya menubuhkan kerajaan nanti, Anwar dipercayai akan terus mendapat sokongan pihak-pihak lain, terutama di Sabah Sarawak yang selalunya berpegang kepada prinsip menyokong “government of the day”

Pencabar terdekat Anwar adalah Tengku Razaleigh yang dipercayai akan mendapat sokongan daripada UMNO, Pas, GPS dan Warisan.

Begitu juga dengan Hishammuddin, beliau turut mampu memberikan cabaran kerana disokong oleh Ahli Parlimen UMNO, kumpulan 11 Azmin Ali, sedikit daripada Bersatu dan juga GPS.

Tetapi Hishammuddin dipercayai tidak mendapat sokongan daripada Pas kerana parti itu tidak berapa mesra dengannya.

Muhyddin hampir pasti akan mendapat undi paling sedikit kerana selain Bersatu sendiri tidak solid menyokongnya, undi daripada parti-parti lain yang mungkin mampu diraihnya juga terlalu minima.

Apa pun, siapa juga yang lebih banyak diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri oleh kesemua 222 Ahli Parlimen yang akan ditemubual sendiri oleh Yang Dipertuan Agong, diharap-harapkan jumlahnya biarlah melebihi 112 undi.

Jika tidak ada yang mendapat sekurang-kurangnya 112 undi, bermakna tiada sesiapa yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri dan ia mungkin membuka ruang kepada berlakunya “snap election” atau pilihanraya mengejut dalam waktu terdekat ini. (ShahbudinHusin 25/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/peluang-anwar-cerah-ku-li-pesaing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 511 hits
Ambillah peluang ini dalam situasi sekarang secara sah daripada sebok tuding sana sini PRU14 PH menang jadi kerajaan atas FAKTOR Anwar Buktikanlah sekarang Kemaskini Tindakan Anwar Wan Azizah Matsabu dan limguaeng ke PMO pagi ini sangat tep...
Perkhianatan Bersatu Segelintir Pemimpin Pkr Hasrat Anwar Jadi Pm Ke 8 Musnah

Perkhianatan Bersatu Segelintir Pemimpin Pkr Hasrat Anwar Jadi Pm Ke 8 Musnah

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 272 hits
Desas desus pembentukan kerajaan baharu sedang hangat diperkatakan sejak semalam dan pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti menguatkan lagi dakwaan itu Dalam pertemuan yang diadakan di Hotel Sheraton Petaling Jaya sebentar tadi dihadiri ol...
Satu Pengkhianatan Kerana Sudah Janji Anwar Ibrahim

Satu Pengkhianatan Kerana Sudah Janji Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 344 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan berlakunya pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang mungkin menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan dalam masa terdekat Menerusi tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Ke...
Anwar Ibrahim Frust Kabinet Mahathir Baru Mungkin Dibentuk Esok

Anwar Ibrahim Frust Kabinet Mahathir Baru Mungkin Dibentuk Esok

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 411 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan politik tanah air hari ini sebagai satu pengkhianatan Dan kita juga dikejutkan hari ini dengan perkembangan yang bagi kita satu juga pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya maka me...
Anwar Satu Pengkhianatan Terhadap Pakatan Harapan

Anwar Satu Pengkhianatan Terhadap Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 278 hits
SEGAMBUT Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terkejut dengan perkembangan yang berlaku dalam negara dan percubaan pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan Menurutnya menerusi maklumat diterima beliau men
Kerajaan Baru Penyokong Anwar Adakan Majlis Salat Hajat Doa Selamat

Kerajaan Baru Penyokong Anwar Adakan Majlis Salat Hajat Doa Selamat

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 401 hits
Penyokong Anwar pada majlis salat hajat bacaan Yasin dan doa selamat di kediamannya di Segambut malam di sebalik cakap cakap mengenai pembentukan kerajaan baru KUALA LUMPUR Di sebalik desas desus akan berlakunya rombakan besar Kabinet dan p...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes