Pelik Kapal Equanimity Dalam Tahanan Boleh Bersiar Siar Ke Langkawi



KAPAL layar mewah, Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low Teck atau Jho Low dan skandal rasuah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan berlabuh di Markas Wilayah Laut 3 Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Langkawi di Tanjung Lembung, Langkawi, hari ini.

Tinjauan NSTP setakat 5 petang tadi di pangkalan itu, mendapati kapal layar mewah itu tiba di limbungan itu hari ini selepas dipercayai berlayar dari Pelabuhan Klang ke Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim pula ketika dihubungi mengesahkan kapal itu berlabuh di Langkawi dan tiba dari Pelabuhan Klang, 10.30 pagi tadi.

Menurutnya, kapal itu kini berada Markas Wilayah Laut 3 Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Langkawi di Tanjung Lembung.

Ketika ditanya tujuan kapal itu berada di sini, pihaknya tidak dapat memastikannya dan hanya mengetahui ia tiba di sini hari ini.

Gambar berkaitan kehadiran kapal yang dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB itu turut dikongsi pengguna laman sosial Facebook kira-kira 4 petang tadi.

Melalui semakan di laman Web Marine Traffic, kapal itu berlepas dari Pelabuhan Klang pada 10.18 pagi semalam dan berlayar dengan kelajuan 8.6 knot.

Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya berikutan kapal tersebut kini dalam proses bidaan kepada mereka yang berminat memilikinya.

Seorang pemilik akaun Facebook yang hanya dikenali sebagai Tun Carlos turut memuat naik status kapal berkenaan yang dipercayai berada di Langkawi.

Dalam status Tun Carlos itu turut disertakan dua keping gambar kapal berkenaan di sebuah pelabuhan di Langkawi.

Pada 24 Ogos lalu Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia dan tiga lagi untuk menjual kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah penilaian dan penjualan dikemukakan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua subsidiarinya Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited mengikut Perintah 29 Aturan 4 Kaedah Mahkamah 2012.

Melalui permohonan difailkan pada 6 Ogos lalu, mereka menamakan pemilik kapal dan syarikat Equanimity (Cayman) Ltd beralamat di United Kingdom sebagai defendan pertama dan kedua.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dengan alasan bagi mengelakkan kos penyelenggaraan tinggi, selain ia boleh menyebabkan kerosakan sehingga aset itu susut nilai dan alasan keselamatan.

Bakal pembida yang berminat untuk membeli kapal layar mewah Equanimity milik ahli perniagaan Jho Low, dikehendaki membayar deposit AS$1 juta (RM4.18 juta) terlebih dulu.

Peguam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ong Chee Kwan berkata, bayaran deposit itu diperlukan bagi memastikan hanya bakal pembeli yang serius mengemukakan bidaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 November 2018 @ 7:00 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/pelik-kapal-equanimity-dalam-tahanan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersiar Siar Ke Taman Eco Rimba Kl Bukit Nenas

Bersiar Siar Ke Taman Eco Rimba Kl Bukit Nenas

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 730 hits
Salam to all readers Aku kalau balik rumah sewa hujung minggu memang tak lekat dekat rumah Ada je tempat nak pergi kalau boleh taknak pergi tempat yang kena keluarkan modal yang banyak Mujur ada housemate yang rajin layan kerenah aku Kalau ...
Equanimity Sails Into Langkawi S Calm Blue Waters As Close Of Auction Nears

Equanimity Sails Into Langkawi S Calm Blue Waters As Close Of Auction Nears

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 227 hits
1MDB lawyer Jeremy M Joseph has confirmed that the Equanimity is in Langkawi until the bidding process for the superyacht ends on Nov 28 The vessel arrived at the island earlier today after sailing from Port Klang yesterday The Equanimity w...
Equanimity Berlabuh Di Langkawi

Equanimity Berlabuh Di Langkawi

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 324 hits
Equanimity kapal layar mewah yang dikaitkan dengan skandal 1MDB tiba di Langkawi hari ini untuk tujuan simpanan sementara selepas belayar dari Pelabunan Klang semalam Kapal sepanjang 92 meter itu kini berlabuh di Pangkalan Markas Wilayah La...
Ships Must Be Run Mahathir Says On Equanimity S Move To Langkawi

Ships Must Be Run Mahathir Says On Equanimity S Move To Langkawi

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 273 hits
The US 250 million superyacht Equanimity was moved from Port Klang to Langkawi yesterday SINGAPORE Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today explained the relocation of luxury yacht Equanimity from Port Klang to Langkawi saying ships cannot ...
Equanimity Dihantar Ke Langkawi Hanya Untuk Pelihara Keadaannya

Equanimity Dihantar Ke Langkawi Hanya Untuk Pelihara Keadaannya

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 239 hits
15 November 2018 3 56 PM SINGAPURA Kapal tidak boleh dibiar berlabuh sepanjang masa kerana jika demikian akan timbul masalah seperti teritip melekat di badan kapal kata Perdana Menter
Samsung Bakal Memperkenal Telefon Pintar Boleh Lipat Pertama Minggu Ini

Samsung Bakal Memperkenal Telefon Pintar Boleh Lipat Pertama Minggu Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 344 hits
Baru sahaja jenama Royole umumkan menjual peranti pintar pertama di dunia yang boleh lipat jenama dari Korea Selatan iaitu Samsung telah menberi gambaran mengenai peranti pintar yang boleh pertama mereka Kali ini jenama ini telah menampilka...
Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 393 hits
Semua ibu bapa mahu anak masing masing membesar dengan bijak Tolong elakkan daripada buat perkara perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplora...
Android Kini Menyokong Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Android Kini Menyokong Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 409 hits
Skrin jenis AMOLED adalah sejenis skrin yang boleh dilengkungkan Disebabkan itu peranti seperti Samsung Galaxy yang terkini Huawei siri iPhone X atau juga Oppo hadir dengan rekaan skrin yang hampir nirbingkai dan atau melengkung di sisi Den...
Samsung Infinity Flex Display Diperlihatkan Untuk Kegunaan Peranti Skrin Boleh Lipat

Samsung Infinity Flex Display Diperlihatkan Untuk Kegunaan Peranti Skrin Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 419 hits
Misteri rekaan peranti skrin boleh lipat pertama Samsung sedikit terungkai pagi ini apabila rekaan skrinnya telah dipertontonkan di Samsung Developer Conference sebentar tadi Hanya bahagian skrin yang diberi nama Samsung Infinity Flex Displ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba