Pelik Bagaimana Balak Dikeluarkan Tanpa Disedari Jabatan Hutan



PERTUBUHAN Pelindung Khazanah Malaysia (Peka) menganggap penerokaan hutan simpan oleh pekebun durian haram di Raub, Pahang sejak berpuluh-puluh tahun lalu sebagai fenomena yang pelik.
“Bagaimana tiada satu pun agensi kerajaan yang mengesan perkara itu berlaku sedangkan tentunya terdapat pengeluaran hasil dan transaksi jual beli?” kata Naib Pengerusi 1 Peka, Saha Deva dalam temu bual bersama Sinar Harian.

Menurutnya, langkah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menebang pokok durian yang telah matang pastinya akan menimbulkan isu alam sekitar kerana pokok hutan mengambil masa bertahun-tahun untuk membesar.
Dalam temu bual ini, Saha Deva turut memberitahu wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin mengenai pentingnya kebun durian haram di Raub dikembalikan statusnya sebagai hutan simpan kekal.
SINAR HARIAN: Bagaimana anda melihat isu pencerobohan hutan di Raub khususnya Hutan Simpan Kekal Batu Talam?
SAHA DEVA: Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana ia merupakan kawasan hutan simpanan. Tetapi yang peliknya perkara ini boleh berlaku. Terdapat pembukaan hutan tetapi pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) seolah-olah tiada pengetahuan tentang perkara ini.
Agensi kerajaan negeri yang lain juga tidak tahu bagaimana ia berlaku. Macam mana pokok-pokok boleh ditebang, balak-balak dibawa keluar tanpa pengetahuan sesiapa (semasa kawasan itu mula dibuka)?
Kemudian, saya rasa ada pokok durian yang hampir 40 tahun ditanam di sana dan hasilnya telah diambil dari tahun ke tahun.
Jadi bagaimana tiada satu pun agensi kerajaan dapat mengesannya Tentunya terdapat pengeluaran hasil dan transaksi jual beli.
Itu juga menjadi satu tanda tanya. Isu itu perlu disiasat khususnya oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain itu, setelah perkara ini lama dibiarkan, sekarang tiba-tiba kerajaan negeri hendak mengambil tindakan. Tindakan itu pula menimbulkan banyak persoalan. Mengapa kerajaan negeri begitu terdesak hendak menebang pokok durian tersebut?
Saya tidak faham apa perlunya kerajaan negeri menebang pokok-pokok itu dalam keadaan kita ingin menyelamatkan dan menanam pokok?
Adakah langkah menebang pokok durian itu akan memberi kesan kepada tanah di kawasan berkenaan?
Bagi kami, setiap pokok yang tumbuh adalah penting kepada alam sekitar. Setiap pokok itu ada fungsinya sendiri dalam memastikan kelestarian alam.
Paling penting, apakah tujuan menebang pokok itu. Tujuannya tentulah untuk menghentikan pencerobohan.
Namun, mereka sepatutnya mengambil tindakan ke atas penceroboh, bukan terhadap pokok yang telah ditanam. Pokok durian adalah spesies endemik di Pahang.
Ia boleh dibiarkan dan kawasan sekitarnya dapat dipulihkan dengan penanaman semula dan sebagainya. Tentunya dengan menebang pokok-pokok yang sedia, ada kesan-kesannya pada alam sekitar.
Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan perkara ini tidak berulang?
Cara yang terbaik adalah pihak JPNP menjalankan tugas berlandaskan undang-undang. Akta perhutanan di negara kita sudah menyatakan bagaimana hutan-hutan ini perlu dikawal, cara mengambil hasil hutan dan sebagainya.
Satu lagi cara ialah mereka meningkatkan keberkesanan penugasan mengawal kawasan hutan dengan sektor-sektor seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menjalankan kerja-kerja pemantauan.
Bagi membolehkan aktiviti melindungi hutan secara berkesan bersama pihak awam, pihak berkuasa perlu telus memberikan maklumat dan data-data mengenai hutan. Ia penting bagi kita untuk mengenal pasti dengan tepat kawasan yang perlu dilindungi.
Salah satu cara untuk mewujudkan situasi menang-menang ialah kerajaan mengeluarkan lesen pendudukan sementara kepada peneroka tanah. Apa pandangan anda mengenainya?
Bagi pihak Peka, jika tanah itu adalah hutan simpan kekal, maka cadangan itu tidak seharusnya dibenarkan khususnya jika pekebun-pekebun itu menceroboh masuk. Kawasan hutan simpan perlu dikembalikan kepada keadaan asalnya dan usaha-usaha untuk menanam semula perlu dilakukan.
Tetapi jika kerajaan negeri bersedia untuk memberi atau mewartakan satu kawasan hutan lain sebagai hutan simpan kekal bagi menggantikan kawasan terbabit, mereka boleh mengambil tindakan yang perlu seperti memberi lesen sementara (TOL) dan sebagainya.
Namun, jika hutan itu pada asalnya adalah hutan simpan yang telah diceroboh, ini (TOL) bukannya satu pilihan.
Pada pandangan anda, apakah faktor pekebun-pekebun haram ini berani menceroboh tanah kerajaan?
Mungkin sebab mereka tahu mereka boleh terlepas daripada penguatkuasaan.
Yang keduanya, mungkin mereka tahu bahawa pengurusan hutan tidak teratur dan akan mengambil masa sebelum pihak berkuasa mengesan atau mengetahui kawasan itu telah diceroboh oleh pekebun-pekebun haram.
Semua ini andaian, melainkan jika pihak SPRM menyiasat secara mendalam. Hanya selepas siasatan sebegitu barulah kita dapat tahu mengapa perkara ini berlaku.
Apakah tindakan Peka sendiri dalam menangani isu seperti ini?
Pihak Peka akan tetap melobi supaya kawasan tersebut jika dikembalikan kepada kerajaan negeri, akan dikekalkan atau dibaik pulih sebagai hutan simpan kekal.
Memang itu saranan kita kepada kerajaan, bukannya mengambil alih dusun tersebut, kemudian menukar statusnya kepada hutan hasil atau kebun.
Itu tidak boleh. Jika kerajaan negeri mengambilnya kembali, kerajaan perlu memulihkannya sebagai hutan simpan. Mereka tidak boleh ambil hasilnya, atau menjualnya kepada syarikat tertentu.

Apakan saranan anda supaya kerajaan boleh pulihkan status hutan simpan kekal tersebut?
Jawapannya silalah lihat di SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/pelik-bagaimana-balak-dikeluarkan-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 000 Pokok Musang King Selesai Di Tebang 500 Anak Pokok Hutan Telah Mula Di Tanam

15 000 Pokok Musang King Selesai Di Tebang 500 Anak Pokok Hutan Telah Mula Di Tanam

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 381 hits
nbsp RAUB Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya memusnahkan kesemua kira kira 15 000 batang pokok Musang King di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini Pengarah JPNP Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yassin berkata penebangan pokok durian
Jika 20 Tahun Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini

Jika 20 Tahun Penerokaan Hutan Simpan Tak Di Sedari Apa Pejabat Hutan Buat Selama Ini

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 298 hits
RAUB Orang ramai tertanya tanya dengan kenyataan yang dibuat oleh Pegarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Datuk Dr Hizamri Mohd Yassin bahawa penerokaan tanah haram musang king dalam kawasan seluas 101 hektar di Hutan Simpan Kekal Batu Ta
3 Operasi Musnah Pencerobohan Hutan Simpan Dilaksana Tahun Ini

3 Operasi Musnah Pencerobohan Hutan Simpan Dilaksana Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 236 hits
Lebih banyak operasi diadakan selepas dapat persetujuan kerajaan negeri JPNP RAUB Sebanyak tiga operasi bersepadu pemusnahan hutan simpan kekal yang diceroboh di Raub berjaya dilaksanakan dalam tempoh tujuh bulan tahun ini Pegawai Pejabat H...
6000 Tahun Dahulu Padang Pasir Semenanjung Arab Diliputi Hutan Hijau Yang Subur Begini Kejadiannya

6000 Tahun Dahulu Padang Pasir Semenanjung Arab Diliputi Hutan Hijau Yang Subur Begini Kejadiannya

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 384 hits
Suatu masa dahulu kawasan padang pasir di Semenanjung Arab adalah tanah yang subur dengan sungai dan tasik serta hutan menghijau Beberapa surah Al Quran ada menceritakan yang tanah dari kebun kebun yang rimbun dan subur dengan sungai sungai...
Adun Selangor Rombongan Ditahan Di Hutan Cameron Highlands Tanpa Permit

Adun Selangor Rombongan Ditahan Di Hutan Cameron Highlands Tanpa Permit

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 185 hits
KUANTAN Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Selangor difahamkan ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana dikatakan memasuki kawasan hutan di Cameron Highlands tanpa kebenaran Difahamkan JPNP dan Polis Diraja Malaysia turut
Keputusan Tebang Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal

Keputusan Tebang Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 264 hits
KUANTAN Keputusan kerajaan negeri Pahang menebang pokok durian musang king yang ditanam secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam Raub kerana mengambil kira status kawasan itu sebagai HSK Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan R...
Lelaki Ceroboh Hutan Simpan Ditahan Bersama 22 Durian Musang King

Lelaki Ceroboh Hutan Simpan Ditahan Bersama 22 Durian Musang King

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 285 hits
Dakwa tidak sengaja masuk kawasan larangan RAUB Seorang lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King kerana menceroboh Hutan Simpan Batu Talam Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan anggota Unit Penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pah...
Tak Faham Tugas Gamaknya Ni Jenguk Lah Tasek Chini Atau Hutan Ulu Tembeling

Tak Faham Tugas Gamaknya Ni Jenguk Lah Tasek Chini Atau Hutan Ulu Tembeling

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 178 hits
Sibuk dengan kerja orang lain tu hah hadap isu alam sekitar kat tasik chini tu dok sibuk dengan kementerian lain plak
Wartawan Tua Tidak Keruan Tergelak Dalam Sedih Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan

Wartawan Tua Tidak Keruan Tergelak Dalam Sedih Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 505 hits
TEMERLOH Aktivis alam sekitar Mohd Khaidir Ahmad hari ini mendakwa beliau perasaan beliau tiba tiba jadi tidak keruan dan mahu tergelak dalam kesedihan tatkala terbaca satu keratan akhbar bertajuk Pahang negeri terbaik pelihara hutan Kerata...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep