Peletakan Jawatan Azalina Adakah Perang Dalam Umno Bakal Bermula


agendaily.com02/09/2022
Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini semasa UMNO mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional membuat keputusan meletak jawatan sebagai Timbalan Speaker.
Selepas menerima kritikan ekoran ucapannya semasa Taklimat Khas berhubung keputusan mahkamah menghukum Datuk Seri Najib Razak, akhirnya Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan sudah meletak jawatannya sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia).

Peletakan jawatan ini bukan kali pertama dilakukan oleh Ahli Parlimen Pengerang tersebut, malah semasa krisis politik sebelum ini semasa mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga beliau bertindak membuat keputusan sama dengan meletak jawatan sebagai Timbalan Speaker.

Azalina meletak jawatannya pada ketika UMNO menerusi gerakan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merancang menjatuhkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai cikgunya.

Ironinya, langkah sama diambil Azalina semasa Zahid sedang memberi tekanan dengan berterusan mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dengan segera.

Gesaan supaya PRU-15 diadakan segera semakin kuat selepas Najib dihukum penjara 12 tahun, terkini isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sudah didapati bersalah terhadap pertuduhan kes rasuah solar di Sarawak.

Spekulasi berhubung peletakan jawatan Azalina lebih awal tersebar, bagaimanapun beliau cuba menafikan tetapi semalam bertindak membuat pusingan U apabila mengesahkan sudah menghantar surat meletak jawatannya kepada Ismail Sabri.

Azalina menerima kecaman teruk selepas ucapannya semasa taklimat dipanggil Zahid pada hujung minggu lalu apabila secara terbuka mempersoalkan mengapa Ismail Sabri tidak melantik peguam negara pilihannya sendiri tetapi mengekalkan lantikan yang lama.

Dalam ucapannya, Azalina mengkritik Ismail Sabri dengan berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik “orang dia” untuk memudahkan urusan.

“Pelantikan peguam negara (AG) adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik ‘orang dia’ sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.

“Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM. Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh.

“Di mana-mana negara, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan memilih orangnya sendiri untuk menjadi AG.

“Saya sudah menjadi ketua bahagian UMNO lebih 20 tahun. Sudah tentu setiausaha bahagian adalah orang saya sendiri, begitu juga ketua penerangan kerana saya melantik mereka,” katanya semasa perhimpunan raksasa UMNO tersebut.

Azalina dijemput untuk memberikan ucapan semasa taklimat yang dipanggil Zahid itu bagi memberikan penerangan berhubung hukuman terhadap Najib, ia sebaliknya menjadi satu perhimpunan mengkritik badan kehakiman kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Untuk rekod, Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

Bagaimanapun, spekulasi juga sedang bertiup kuat dalam UMNO berkemungkinan bakal berlaku satu lagi perang dalaman melibatkan pemimpin utama parti itu ekoran pendirian Ismail Sabri yang tidak menentu berhubung tarikh PRU-15.

Jika sebelum ini Azalina boleh setia berada dalam satu kem dengan Zahid semasa menjatuhkan kerajaan PN, tidak mustahil episod dan skrip sama mungkin berulang kali ini.

Adakah ini bakal menjadi petanda awal satu lagi krisis politik bakal berlaku, namun beranikah UMNO menentang Perdana Menteri daripada partinya sendiri hanya semata-mata mahu mendesak PRU-15 segera


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/peletakan-jawatan-azalina-adakah-perang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Tangisan Ahli Umno Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib

Adakah Tangisan Ahli Umno Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 176 hits
Sebanyak 70 peratus ahli Umno termasuk akar umbi berdukacita dan sedih terhadap nasib bekas Presidennya Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dapatan itu di...
Penganalisis Ismail Ditekan Sebab Presiden Umno Tak Ada Apa Apa Jawatan Ini Satu Lipatan Sejarah Bagi Umno

Penganalisis Ismail Ditekan Sebab Presiden Umno Tak Ada Apa Apa Jawatan Ini Satu Lipatan Sejarah Bagi Umno

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 206 hits
Lengahkan tarikh PRU15 mungkin makan diri Ismail kata penganalisis August 28 2022 Ismail Sabri Yaakob pada minggu lalu menyatakan pilihan raya umum mungkin dilewatkan susulan kontroversi pembelian kapal pesisir laut PETALING JAYA Tindakan m...
Yoursay Azalina Was Playing To The Umno Gallery

Yoursay Azalina Was Playing To The Umno Gallery

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 172 hits
YOURSAY Her speech last Saturday left me aghast MP SPEAKS Coward The two might have wanted the same thing when it comes to the attorney general but the way they want to achieve it is different Azalina s way at the minimum feels like startin...
Ketika Umno Diasak Ismail Sabri Kata Akan Fikir Jawatan Presiden

Ketika Umno Diasak Ismail Sabri Kata Akan Fikir Jawatan Presiden

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 171 hits
agendaily com23 08 2022Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memikirkan bertanding jawatan presiden parti apabila tiba masanya kelak Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau akan memikirkan untuk bertanding...
Azalina Penasihat Khas Pm Tapi Secara Terbuka Hentam Pm Bila Lagi Nak Letak Jawatan

Azalina Penasihat Khas Pm Tapi Secara Terbuka Hentam Pm Bila Lagi Nak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 143 hits
Dalam majlis taklimat Presiden UMNO semalam yang sebenarnya lebih berupa majlis solidariti kepada Najib Razak yang dipenjara atas kesalahan jenayah pemimpin UMNO yang terlihat begitu ghairah seronok dan bersemangat memberi ucapan ialah Azal...
Piihanraya Awal Bulan 10 Ujung Bulan 10 Sebab Umno Bakal Melingkup

Piihanraya Awal Bulan 10 Ujung Bulan 10 Sebab Umno Bakal Melingkup

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 191 hits
Belanjawan 2023 diawalkan perkara biasa kata PM August 26 2022 Ismail Sabri Yaakob berkata pembentangan belanjawan pernah diawalkan pada September ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri KUALA LUMPUR Pembentangan Belanjawan 202...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 326 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru