Pelbagai Usaha New Zealand Bagi Membantu Mangsa Yang Terjejas



KUALA LUMPUR - Kerajaan New Zealand dan rakyatnya telah melakukan pelbagai usaha membantu mangsa yang terjejas akibat serangan pengganas di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu, dengan memberikan sokongan serta kata-kata semangat, kata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Hunter Nottage.

"Fokus utama kami sekarang ialah untuk membantu mengurangkan kesedihan, memberikan sokongan serta semangat kepada mereka yang terkesan akibat tragedi itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Loading...
Pada 15 Mac lalu, New Zealand digemparkan dengan insiden serangan pengganas di dua masjid iaitu Al Noor dan Linwood di Christchurch semasa solat Jumaat yang menyaksikan 50 nyawa terkorban dan lebih 40 lagi cedera.

Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Kuala Lumpur turut menzahirkan ucapan takziah dan bersimpati kepada semua mangsa yang terjejas akibat serangan itu.

"Doa dan ingatan kami kepada rakyat Malaysia yang turut cedera dalam kejadian itu. Malaysia dan New Zealand berkongsi sejarah persahabatan sejak sekian lama begitu juga hubungan rakyat dengan rakyat," katanya.


Nottage berkata, negaranya juga terharu dengan sokongan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Kerajaan Malaysia serta rakan-rakan di Malaysia.

"Keselamatan dan sokongan terhadap rakyat Malaysia yang terlibat sangat penting kepada New Zealand. Ahli keluarga yang ingin mengetahui maklumat terkini mengenai keluarga mereka boleh menghubungi polis New Zealand di talian 0800 115 019 (dalam negara) atau +64 3 353 4532 (di luar negara), "katanya.

Di samping itu, ujar Nottage pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington kini berada di Christchurch bersama Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala Kementerian Luar, Datuk Nadzirah Osman untuk memberi sokongan kepada mangsa dan keluarga mereka.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan tiga rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden itu dan seorang masih hilang.

Mereka yang cedera ialah Mohd Tarmizi Shuib, 46, dari Kedah; Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang; dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan; manakala yang hilang ialah Mohd Haziq Mohd Shuib, 17.

Nottage turut menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke New Zealand sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai nasihat perjalanan dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia.

"Difahamkan nasihat perjalanan tidak mengalami perubahan drastik ketika ini namun anda masih perlu terus menyemaknya.

"Terdapat peningkatan kehadiran polis khususnya di lokasi kejadian dan kawasan lain. Perkara itu akan berterusan selagi dilihat perlu. Pada ketika ini, keselamatan sangat penting, dan menjadi tumpuan utama New Zealand serta agensinya," katanya.

Beliau berkata tindakan pantas pihak berkuasa New Zealand berjaya menahan tiga suspek setakat ini, seorang daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu.

Dilaporkan suspek Brenton Tarrant, 28, kelahiran Australia, dituduh membunuh dan ditahan reman tanpa membuat pengakuan sehingga 5 April. 

Menurut polis tertuduh dijangka akan berdepan lebih banyak lagi pertuduhan selepas ini.

"Keganasan melampau ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang melakukan perbuatan itu," kata Nottage.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut mengecam serangan keganasan itu dan menyifatkan tindakan itu satu perbuatan yang langsung tidak boleh diterima akal.

Tragedi itu merupakan "hari paling malang buat New Zealand", ujar Ardern.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/pelbagai-usaha-new-zealand-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Christchurch Pemain Futsal New Zealand Antara Mangsa

Tragedi Christchurch Pemain Futsal New Zealand Antara Mangsa

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 408 hits
Tragedi Christchurch Pemain futsal New Zealand antara mangsaPersatuan Bolasepak New Zealand mengesahkan pemain futsal kebangsaan negara itu Atta Elayyan antara mangsa tragedi serangan pengganas di Christchurch kelmarin Elayyan 33 pernah mel...
Serangan Masjid Rakyat New Zealand Berhimpun Solidariti Kepada Mangsa

Serangan Masjid Rakyat New Zealand Berhimpun Solidariti Kepada Mangsa

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 335 hits
Semalam penduduk Wellington tak mengira bangsa dan agama berkumpul untuk menyatakan solidariti terhadap para Muslim yang terkorban dalam serangan teroris di Christchurch
Bekas Pelajar Mckk Antara Mangsa Tembakan Rambang Di New Zealand

Bekas Pelajar Mckk Antara Mangsa Tembakan Rambang Di New Zealand

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 721 hits
WELLINGTON Seorang warga Malaysia yang berkhidmat sebagai pengendali simulator penerbangan di New Zealand dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch New Zealand hari ini Menurut Pesuruhjaya Tinggi Mal...
Serang Masjid Di New Zealand Kesan Islamfobia Tajaan Barat

Serang Masjid Di New Zealand Kesan Islamfobia Tajaan Barat

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 292 hits
Oleh KAM KUALA TERENGGANU Parti Islam Se Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serangan tembakan rambang di Masjid Christchurch New Zealand Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan seran...
Adun Dap Kurang Ajar Cuba Kaitkan Kerjasama Umno Pas Dengan Serangan Di New Zealand

Adun Dap Kurang Ajar Cuba Kaitkan Kerjasama Umno Pas Dengan Serangan Di New Zealand

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 478 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkibol Chew Song Sin yang menyamakan serangan di Christchurch New Zealand dengan permuafakatan UMNO dan Pas sebelum menarik balik kenyataan itu dalam sebuah portal tempatan disifatkan seba...
20 Fakta Apa Yang Berlaku Disebalik Kejadian Serangan Masjid Di Christchurch New Zealand

20 Fakta Apa Yang Berlaku Disebalik Kejadian Serangan Masjid Di Christchurch New Zealand

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 703 hits
Membongkar tragedi berdarah di masjid Christchurch New Zealand1 Jumaat tanggal 15 Mac 2019 insiden tembakan rambang berlaku di masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch New Zealand ketika umat Islam mahu menunaikan solat Jumaat Dian...
Bangga Mengaku Muslim Pegawai Polis New Zealand Ini Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch

Bangga Mengaku Muslim Pegawai Polis New Zealand Ini Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 487 hits
PEGAWAI polis beragama Islam yang berpangkat tertinggi di New Zealand menahan tangisan ketika berkongsi mesej untuk mangsa tragedi tembakan di Christchurch Bercakap di pusat bandar Aotea Square di Auckland Supritendan Naila Hassan memberita...
Ucapan Pegawai Polis Wanita Muslim New Zealand Ini Terima Pujian Dunia

Ucapan Pegawai Polis Wanita Muslim New Zealand Ini Terima Pujian Dunia

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 459 hits
Tragedi hitam semasa solat Jumaat di Christchurch tempoh hari pasti meninggalkan kesan mendalam buat segenap masyarakat terutamanya penganut agama Islam Begitu juga dirasai pegawai polis wanita New Zealand ini Supritendan Naila Hassan tidak...
Dalam Apa Yang Disifatkan Oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern Sebagai Serangan Pengganas 9251

Dalam Apa Yang Disifatkan Oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern Sebagai Serangan Pengganas 9251

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 379 hits
Kisah Para Pahlawan Saat Aksi Teror di Masjid Selandia Baru TerjadiKompas com 16 03 2019 11 15 WIBDaoud Nabi Salah satu korban tewas penembakan di masjid Selandia Baru Jumat Nabi tewas ditembak ketika melemparkan dirinya ke arah teroris dem...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Pasu Kosong

Percutian Ke Batam Indonesia

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Opposition Mp Moots Shift Towards Centrist Approach In Politics

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Thailand Travel Guide

Al Fateh Tak Sihat