Pelbagai Pengiktirafan Bukti Malaysia Bukan Negara Gagal


Oleh Mohd Iskandar Ibrahim  Hishammuddin menerima sumbangan dari Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan (kanan) yang mewakili kerajaan Arab Saudi menyerahkan sumbangan 4.5 juta unit bekalan peralatan perubatan bernilai RM21.14 juta di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa. FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI.  KUALA LUMPUR: Pelbagai pengiktirafan dan sokongan diterima dari banyak negara luar membuktikan Malaysia bukan negara gagal seperti didakwa segelintir pihak
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Malaysia turut menerima pelbagai sumbangan yang disalurkan sekutunya sebagai tanda penghargaan kepada negara.
"Jika benar kita negara gagal, saya tidak rasa kita akan diberi pengiktirafan dan penghargaan.
"Buktinya kita boleh lihat pelbagai sumbangan dari negara luar diberikan kepada Malaysia, terutama membabitkan sumbangan vaksin," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perubatan COVID-19 daripada Arab Saudi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.
Hishammuddin berkata, Malaysia setakat ini sudah menerima sumbangan masing-masing sejuta dos vaksin daripada Amerika Syarikat (AS) dan Jepun serta 500,000 dos dari China.
Katanya, United Kingdom (UK) pula menyumbangkan 450,000 dos vaksin yang dijangka tiba Selasa ini.
"Hari ini suka saya umumkan kerajaan Arab Saudi akan menyumbangkan sejuta dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia," katanya.
Malaysia turut menerima sumbangan 4.5 juta unit bekalan peralatan perubatan bernilai RM21.14 juta daripada kerajaan Arab Saudi.
Sumbangan diserahkan Mahmoud Hussien kepada Hishammuddin itu antaranya ialah pelitup muka, kelengkapan pelindung diri (PPE), bekalan oksigen dan katil elektrik.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, keprihatinan berterusan Raja Arab Saudi, Raja Salman terhadap Malaysia serta kesungguhan kerajaannya membuktikan tekad Arab Saudi untuk berjuang bersama Malaysia di era pandemik yang serba mencabar.
"Ini bukan kali pertama kerajaan Arab Saudi menghulurkan bantuan COVID-19 kepada Malaysia.
"Arab Saudi adalah antara negara terawal tampil menyalurkan sumbangan iaitu kira-kira lapan juta unit peralatan perubatan kepada Malaysia pada Mei tahun lalu," katanya. 
LIHAT VIDEO DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pelbagai-pengiktirafan-bukti-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
T21g17 Malaysia Tuntut Bukti Tragedi Mh17 Didedahkan

T21g17 Malaysia Tuntut Bukti Tragedi Mh17 Didedahkan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Malaysia menuntut semua bukti berkaitan tragedi pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk timur Ukraine tujuh tahun lalu didedahkan kepada umum Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan ber...
Terkini Tahniah Lee Zii Jia Cemerlang Tewaskan Brice Leverdez Leverdez Gagal Robek Hati Peminat Malaysia

Terkini Tahniah Lee Zii Jia Cemerlang Tewaskan Brice Leverdez Leverdez Gagal Robek Hati Peminat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 316 hits
Photo credit to BERNAMA TERKINI Tahniah Lee Zii Jia Cemerlang Tewaskan Brice Leverdez Brice Leverdez sedia untuk merobek hati peminat Malaysia untuk mengalahkan Lee Zii Jia Namun hasrat ini tidak kesampaian apabila Lee Zii Jia melakar kemen...
Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi Hancur Akibat Wabak Covid 19 Lapor Data Antarabangsa

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi Hancur Akibat Wabak Covid 19 Lapor Data Antarabangsa

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 492 hits
Baru baru ini kita dilaporkan dengan keruntuhan sistem kesihatan di India yang terkesan dengan lonjakan kes wabak COVID 19 Selain dari India Biro Kewartawanan Penyiasatan menganalisis data yang disediakan oleh Breath Counts Coalition NGO Pa...
Pas Pandang Serius Letak Tabung Haji Di Bawah Seliaan Bank Negara Malaysia

Pas Pandang Serius Letak Tabung Haji Di Bawah Seliaan Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR PAS memandang serius keputusan Jemaah Menteri Malaysia untuk meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad menegaskan TH merupakan institusi umat Islam yang...
Benarkah Gabenor Bank Negara Malaysia Aishah Wujud

Benarkah Gabenor Bank Negara Malaysia Aishah Wujud

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 524 hits
Wang Kertas RM1 Tandatangan Gabenor Aishah Ini gambar wang kertas RM1 yang dikatakan telah ditandatangani oleh gabenor Bank Negara Malaysia bernama Aishah benarkah gabenor BNM Aishah wujud dalam penulisan kali ini mykoleksi akan merungkaika...
Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 721 hits
The Women Family and Community Development Ministry has provided three additional telephone numbers to facilitate applications for the Bakul Prihatin Negara aid launched by Prime Minister Muhyiddin Yassin on July 15 Its minister Rina Mohd H...
Pas Perosak Imej Islam Dalam Negara Malaysia Dato Mahfuz Omar

Pas Perosak Imej Islam Dalam Negara Malaysia Dato Mahfuz Omar

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 267 hits
PEMBOHONG KUATLihatlah gelagat pimpinan Pas ketika ini Mereka menggunakan segala macam dalil untuk menghalalkan perkara yang mereka sendiri katakan salah ketika menjadi pembangkang dahulu
Rakyat Malaysia Antara 49 Negara Dibenarkan Tinggal Di Saudi Hingga 90 Hari

Rakyat Malaysia Antara 49 Negara Dibenarkan Tinggal Di Saudi Hingga 90 Hari

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 264 hits
Pelancong dari 49 negara termasuk Malaysia layak memohon visa selama setahun dan kebenaran tinggal sehingga 90 hari untuk menunaikan umrah serta mengikuti pelbagai aktiviti melancong di Arab Saudi KUALA LUMPUR Arab Saudi membuka kembali pin...
Pengiktirafan Uec Suatu Pengkhianatan Kepada Peradaban Bangsa Dan Negara

Pengiktirafan Uec Suatu Pengkhianatan Kepada Peradaban Bangsa Dan Negara

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 283 hits
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Bukan sekadar pengiktirafan kepada komunis seperti saya tulis dahulu RAMAI yang meminta saya mengulas mengenai UEC walaupun sebelum ini telah acap kali saya lontarkan pandangan sebegini UEC tidak boleh disamatar...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin