Pelbagai Aktiviti Yukazan Jayakan Acara Eksklusif Bersama Mark Tuan Buat Peminat
Teater Aurum, The Exchange TRX hari ini, penuh dengan tenaga dan keterujaan apabila Yukazan meraikan detik penting dengan kehadiran Duta Global pertama mereka, Mark Tuan untuk acara eksklusif bersama peminat dan peruncit eksklusif untuk kempen ini, Watsons Malaysia.
Peminat idola K-pop itu memenuhi lokasi dan bersemangat untuk meraikan kedatangan Mark Tuan. Acara hari ini merupakan lawatan pertama Mark ke Kuala Lumpur sejak beliau dilantik sebagai Duta Global Yukazan. Yukazan komited dalam membina komuniti yang lebih sihat dan lebih baik, di mana penjagaan diri bukan hanya sekadar trend, tetapi merupakan aspek penting dalam kesejahteraan diri.
Acara “Meet Mark Tuan with Yukazan” ini adalah tentang meraikan kegembiraan yang datang daripada detik-detik dalam menjaga hubungan yang sihat dengan diri sendiri. Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada Mark untuk berhubung dengan peminatnya dalam usaha menanamkan sikap positif dan saling memberi semangat melalui saat-saat yang bermakna.
Yukazan meraikan pelantikan Mark dengan melancarkan kolaborasi eksklusif, Mark Tuan X Yukazan Exclusive Box Sets pada Oktober 2024 yangi menampilkan koleksi terpilih produk penjagaan diri Yukazan kegemaran Mark, untuk memberi inspirasi kepada rutin kesejahteraan harian bagi semua. Set kotak terhad ini juga termasuk koleksi eksklusif Mark Tuan, menjadikannya barang wajib untuk peminat. Set kotak ini boleh didapati untuk pembelian melalui laman web rasmi Yukazan, kedai rasmi Yukazan di Shopee, Lazada serta TikTok Shop.
Pengarah Urusan Kumpulan MKA Joycare, Lee Joyce berkata, pihaknya teruja untuk menyambut kedatangan Mark secara rasmi di Kuala Lumpur sebagai duta global Yukazan. Ini kerana di Yukazan, “self-care” bukan sekadar rutin, tetapi penting untuk kehidupan yang lebih memuaskan. “Mark juga sangat berdedikasi dalam mempromosikan kesejahteraan melalui “self-care”i dan kolaborasi ini, selaras dengan falsafah jenama Yukazan – ‘Your Everyday Self-Care’ ini akan membantu menyebarkan mesej kami untuk kebahagiaan yang berpanjangan melalui menjaga diri sendiri.”
“Hari ini adalah hari yang tidak akan dilupakan bagi Yukazan dan peminat Mark. Kami berharap ia memberi penekanan kepada pentingnya mengutamakan kebahagiaan peribadi dan memberi inspirasi kepada semua untuk menjadikan penjagaan diri sebagai rutin harian,” katanya.
Bagi meraikan pelantikan Mark, Yukazan turut mengadakan Kempen “Top Spender” pada Oktober 2024. Selain itu seramai 180 pemenang dari kempen itu menerima jemputan, termasuk 50 ahli Watsons eksklusif, sementara 20 “Top Spender” diberikan sesi Mewarna Batik Eksklusif bersama Mark. Acara dimulakan dengan paparan mesej penuh perasaan daripada Mark di skrin, di mana beliau berkongsi kepentingan penjagaan diri, mencipta suasana positif untuk acara tersebut. Ia diikuti tayangan perdana iklan televisyen pertama Yukazan dengan menampilkan Mark, yang menekankan bahawa kebahagiaan datang dari dalam dan ia dibentuk melalui perjalanan penjagaan diri bersama Yukazan.
Keterujaan memuncak apabila Mark akhirnya muncul di pentas, disambut dengan sorakan gemuruh dari peminat setianya. Sepanjang acara, Mark membawa kegembiraan dan gelak ketawa ke pentas apabila beliau bermain 3 jenis permainan interaktif dengan 15 peminat bertuah, termasuk cabaran kreatif memakai pelekat mata dengan Bright Eye Patch terbaharu Yukazan, permainan penjagaan diri yang menyeronokkan dan cabaran mengisi botol minyak mandian badan Mark Tuan x Yukazan.
Sesi-sesi yang tidak dapat dilupakan itu membawa peminat lebih dekat dengan Mark, yang mempamerkan kehangatan dan semangatnya. Bagi menambahkan keseronokan, setiap peminat bertuah juga menerima hadiah eksklusif dari Yukazan.
Penutup acara, setiap orang akan menerima beg hadiah yang dipenuhi dengan produk penjagaan diri jenama itu. Acara luar biasa ini meninggalkan mereka dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan, yang telah dijayakan oleh Yukazan.
Untuk lebih banyak kemas kini, ikuti Yukazan di laman web rasmi Yukazan atau di laman media sosial mereka.
The post Pelbagai Aktiviti, Yukazan Jayakan Acara Eksklusif Bersama Mark Tuan Buat Peminat! first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/pelbagai-aktiviti-yukazan-jayakan-acara-eksklusif-bersama-mark-tuan-buat-peminat/