Itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam Aktiviti Restoran Halal Mesra Poket


Rakyat Malaysia tak sah kalau tak bercuti ke Hatyai. I don't blame them. Hatyai memang best! Bajet kecil, makanan sedap serta boleh shopping murah. Kalau tengah plan nak ke sana, ini itinerary Hatyai 3 hari 2 malam untuk rujukan anda kelak!
Kami yakin anda tidak akan bosan sekiranya bercuti di Hatyai. Dari pengangkutan, hotel, tempat menarik di Hatyai, tempat makan halal, semuanya padu dan mesra poket. 
Oleh itu kami buat panduan lengkap untuk percutian 3 hari 2 malam di Hatyai. 
Kelebihan bercuti di Hatyai? Makanan halal dan sedap mudah didapati. Menjadi sebab utama kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Jarak perjalanan yang singkat dan murah. Boleh ke Hatyai dengan van, bas, keretapi, atau kapal terbang. Banyak tempat shopping murah di Hatyai. Banyak tempat menarik untuk pelancong. Mesra muslim. Pilihan restoran halal, tempat solat, dan hotel mesra muslim.
Dokumen perjalanan untuk ke Hatyai Terdapat dua dokumen perjalanan yang boleh digunakan untuk ke Hatyai. Pilih salah satu.
Guna passport Pastikan passport anda sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan. Visa tidak diperlukan untuk ke Thailand sekiranya perjalanan tidak melebihi 30 hari.
Guna border pass

Tak ada passport? Jangan risau. Boleh mohon border pass. Tetapi border pass ini hanya layak kepada warganegara yang:
Lahir di negeri Kelantan, Perlis, Kedah, dan Daerah Hulu Perak (termasuk Pengkalan Hulu, Grik, dan Lenggong). Bermastautin di daerah di atas. Nanti saya buat artikel khas tentang border pass ni okay?
Bagaimana cara ke Hatyai (Pengangkutan)
1. Ke Hatyai dengan KTM ETS dari KL Sentral

Cara paling bajet tapi seronok. Anda akan naik keretapi ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. Harga tiket cuma RM76 (5 jam 30 minit)
Tiba di Padang Besar, beli tiket keretapi State Railway of Thailand ke Hatyai dengan harga RM6 sahaja. Perjalanan cuma 1 jam.
2. Ke Hatyai dengan kapal terbang Ramai juga yang ke Hatyai dengan flight. Lebih cepat. Harga tiket flight pun tak mahal.
Harga tiket flight ke Hatyai bermula dari RM169 sahaja. Anda akan tiba di Hatyai International Airport yang dekat je dari pusat bandar.
3. Ke Hatyai dengan kereta sendiri Yang ni banyak benda kena buat. Dokumen yang diperlukan adalah:
Passport / border pass Insurans kereta (Wajib ada. Boleh beli di www.gothai.my) Geran asal kenderaan Permit kenderaan Laluan ke Hatyai:
Bukit Kayu Hitam –> Sadao (1 - 2 jam) Rantau Panjang –> Sungai Golok –> Hatyai (4 jam) Itinerary Hatyai 3 Hari 2 malam Hari Pertama (Day 1)

Setiba di Hatyai, check-in hotel dulu untuk letak barang dan berehat setelah berjam-jam travel.
Banyak hotel menarik di Hatyai yang strategik dan selesa. Kami dah kumpulkan beberapa hotel popular. Korang boleh rujuk link di bawah dan cek harga okay?
Hotel menarik di Hatyai bawah RM200
Z Sleep Hotel - RM118 Red Planet Hatyai - RM108 May Flower Grande Hotel - RM137 Hatyai Signature Hotel - RM103
1. Makan tengah hari di Kai-Tod Decha

Korang wajib makan di tempat makan best di Hatyai ni tau! Popular dengan nasi komok & ayam goreng berempah Thailand yang beraroma tu. 
Selain nasi komok, banyak lagi menu lain seperti masakan panas, dessert Thai, sup, daging harimau menangis, dan mi celup.
Kat sini memang ramai orang tau. Elak datang pada waktu puncak.
Waktu operasi: 10 am–9 pm
2. Pergi Khlong Hae Floating Market

Pasat Terapung ini memang lokasi idaman pelancong Malaysia. Sebab di Malaysia memang susah nak dapat vibe sebegini.
Bot-bot terapung yang berlabuh di tepi sungai ini menjual pelbagai makanan dan snek sedap. Ais krim kelapa dalam buluh, mi celup, dan ayam goreng adalah menu popular di sini. 
Disamping pasar terapung, ada pasar tani di sebelahnya. Ia umpama Uptown di KL. Banyak barangan dan murah.
Waktu operasi: 3 pm – 9 pm (tutup Rabu & Khamis)

3. Bang Han Restaurant

Untuk makan malam kami sarankan anda ke Bang Han Restaurant kerana mereka sediakan pelbagai jenis menu. 
Anda mungkin tak lapar sangat sebab dah makan di Khlong Hae tadi. Jadi boleh order dim sum, roti canai, pancake, atau ayam susu.
Nasi kerabu dan masakan panas pun ada tau. Berbaloi kalau singgah.
Hari Kedua (Day 2) Full day di Hatyai! Apa kata mulakan pagi anda dengan pergi ke tempat sarapan pagi halal di Hatyai.
1.  Sarapan di Khaled Restaurant

Kalau tak nak breakfast di hotel, korang kena selit restoran ni dalam itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam tau. 
Banyak menyediakan masakan Kelantan seperti nasi dagang, nasi kerabu, dan laksam. Kuih muih tradisional Kelantan pun banyak dijual.
Anda juga boleh makan roti canai dan lauk campur lain di sini. Murah je tau.
Waktu operasi: 6 am–8 pm
2. Melawat Hatyai Municipal Park

Lokasi wajib pelancong dari dalam dan luar negara. Pengunjung boleh lihat pemandangan bandar Hatyai dari bukit Municipal Park ni. 
Di punca terdapat tokong setinggit 20 meter yang menjadi mercu tanda wilayah Selatan Thailand.
Apa yang best di Municipal Park adalah korang boleh naik kereta kabel ke puncak.
3. Shopping di Central Festival Hatyai

Walaupun banyak tempat shopping di KL, vibe nya tak sama dengan membeli-belah di Hatyai. Shopping mall terbesar di Hatyai ni lebih murah dan banyak pilihan kedai.
Girls, korang kena pergi ke Beautrium. Macam Watsons, tapi lebih grand. Banyak skincare berjenama tau. 
Kedai makanan halal pun banyak. 
Waktu operasi: 10 am - 10 pm
4. Asean Night Bazaar

Haruslah kami selitkan Asean Night Bazaar dalam list itinerary Hatyai 3 hari 2 malam ni. Salah satu tempat menarik Hatyai waktu malam tau. 
Macam-macam jenis makanan dijual, banyak gerai halal. Tempat makan pun luas dan selesa.
Selain makanan, banyak juga kedai pakaian & snek murah. Bolehlah beli buah tangan di sini. 
Waktu operasi: 4.30 pm - 10 pm
Hari Ketiga (Day 3) 1. Dimsum Chabura Hatyai

Mulakan hari anda dengan bersarapan di Dimsum Chabura Hatyai. Restoran ni tutup pukul 2 petang tau. Datang awal. 
Dimsum kat sini memang murah dan banyak pilihan. Kalau tak nak makan dimsum pun tak ada. Banyak lagi menu best lain seperti gyoza, masakan panas, nasi kerabu, daging harimau menangis, dan pancake.
2. Jalan-jalan di Kim Yong Market

Ramai yang rancang nak membeli-belah di Kim Yong market ni. Lokasi terbaik untuk anda beli buah tangan seperti snek, kuih tradisonal Thailand, baju, dan aksesori lain. 
Yang paling mendapat perhatian di sini adalah gerai nasi komok popular, Kai Tod Meena. Gerai dibuka seawal 10 pagi. Dari jauh lagi dan boleh bau ayam gorengnya.

Datang awal, sebab kena beratur.
Waktu operasi: 7 am - 6 pm
Jom balik!
Dah beli semua barang yang anda nak kan? Lepas check out hotel, boleh terus naik van ke stesen keretapi atau airport.
Goodbye Hatyai!
Kesimpulan Korang ada idea lokasi lain ke nak selit dalam itinerary Hatyai 3 hari 2 malam ni? Kalau ada kongsikan dalam ruang komen di bawah. Semoga artikel ini bermanfaat!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nikkhazami.com/2024/11/itinerary-hatyai-3-hari-2-malam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Vietnamese Muslim Foods Di Restoran Berkat Aba

Makan Malam Vietnamese Muslim Foods Di Restoran Berkat Aba

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 437 hits
Assalamualaikum WBT TRAUMATIK sungguh bangun dari tidur pagi tadi Biasanya bila dengar bunyi alarm mata masih terpejam sambil bangkit dari pembaringan Tapi pagi tadi mata terus terbeliak memandang ke tingkap dan tengok di luar rumah dah cer...
Ulangtahun Perkahwinan Ke 32 Tahun Makan Malam Simple Di Restoran Cosy Place

Ulangtahun Perkahwinan Ke 32 Tahun Makan Malam Simple Di Restoran Cosy Place

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 222 hits
Alhamdulillah tahun ni kami sambut ulangtahun perkahwinan ke 32 Tahun ni agak berbeza sebab habibi hadiahkan sejambak bunga buat pertama kalinya Rasa bahagia sangat walau habibi bagi sekuntum bunga pun dah memadai tanda dia ingat ulangtahun...
Susulan Pengisytiharan Undang Undang Tentera Beberapa Aktiviti Hiburan Dibatalkan Hari Ini Bagi Isu Keselamatan

Susulan Pengisytiharan Undang Undang Tentera Beberapa Aktiviti Hiburan Dibatalkan Hari Ini Bagi Isu Keselamatan

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 195 hits
Korea Selatan telah dikejutkan dengan pengumuman dari Presiden Yoon Seok yeol untuk melaksanakan Undang Undang Tentera Artikel Berkaitan Disebabkan itu beberapa aktiviti hiburan harus dibatalkan bagi isu keselamatan meskipun Perlembagaan Ko...
Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Presiden Angkasa Ppim 21 11 2024

Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Presiden Angkasa Ppim 21 11 2024

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 196 hits
Sekitar perjumpaan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah di ANGKASA Petaling Jaya Selangor
Kpdn Pahang Berjaya Membongkar Aktiviti Simpan Barang Kawalan Bersubsidi Di Bera Pagi Tadi

Kpdn Pahang Berjaya Membongkar Aktiviti Simpan Barang Kawalan Bersubsidi Di Bera Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 159 hits
KUANTAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pahang membongkar kegiatan menyimpan barang kawalan bersubsidi di Bera pagi tadi Pengarahnya Jezlily Jamaluddin berkata kejayaan itu dilakukan menerusi dua serbuan serentak ole...
Polis Berkas Empat Lelaki Dipercayai Terlibat Aktiviti Jual Air Ketum Dalam Serbuan Di Tanjung Lumpur

Polis Berkas Empat Lelaki Dipercayai Terlibat Aktiviti Jual Air Ketum Dalam Serbuan Di Tanjung Lumpur

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 93 hits
KUANTAN Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran air ketum ditahan dalam satu serbuan di Tanjung Lumpur di sini pada Sabtu Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kesemua yang ditahan b...
Konsert N Flying Last Dinosaurs Lagi Aktiviti Menarik Di Lembah Klang Hujung Minggu Ini

Konsert N Flying Last Dinosaurs Lagi Aktiviti Menarik Di Lembah Klang Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 465 hits
Akhir minggu telah tiba dan itu bermakna lebih banyak acara menarik di Lembah Klang Jika anda sedang mencari aktiviti seronok untuk mengisi hujung minggu lihat senarai aktiviti kami yang telah dirangka khas untuk anda Minggu ini kita ada be...
10 Aktiviti Menarik Di Jakarta Tempat Untuk Dikunjungi

10 Aktiviti Menarik Di Jakarta Tempat Untuk Dikunjungi

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 225 hits
10 Aktiviti Menarik di Jakarta Tempat untuk Dikunjungi Jakarta adalah merupakan ibu negara Indonesia yang sememangnya menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk pelancong Dengan gabungan kekayaan sejarah tarikan moden serta budaya tempatan y...
Pegawai Kerajaan Negeri Ditahan Kerana Lindungi Aktiviti Punggah Hasil Galian

Pegawai Kerajaan Negeri Ditahan Kerana Lindungi Aktiviti Punggah Hasil Galian

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 107 hits
KUALA LUMPUR Sebuah operasi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam telah membawa kepada penahanan seorang pegawai dari agensi kerajaan negeri dan dua individu lain Mereka ditangkap kerana disyaki terlibat dalam rasuah untuk mel...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan