Pelantikan Latheefa Psc Tulis Surat Untuk Jumpa Dr M


Kow Gah Chie 
   
Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen untuk Pelantikan Jawatan Awam Utama (PSC) akan menulis surat kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengatur pertemuan, kata pengerusinya, William Leong.

Jelas Leong yang juga merupakan ahli parlimen Selayang, jawatankuasa itu tidak mendapat kerjasama daripada eksekutif dalam tiga pelantikan awam utama.

Leong merujuk pelantikan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan yang terbaru Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.

Leong yang sebelum ini berkata jawatankuasa yang dipengerusikannya itu tidak dimaklumkan berhubung pelantikan Latheefa, menambah bahawa mereka juga tidak dimaklumkan berhubung pelantikan ketua polis negara dan ketua hakim negara.

"Pelantikan ini tidak dimaklumkan kepada kami untuk memberi kami peluang meneliti. Kami cuma dapat tahu melalui laporan media.

"Kami terkejut dan kecewa (perbincangan tentang pelantikan itu) tidak dibawa kepada kami," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambah Leong, dia sedang menulis surat kepada perdana menteri dan berharap surat itu dapat dihantar hari ini.

"Jelas sekali kita perlu duduk bersama kerana jika perkara ini berterusan, jawatankuasa ini tidak akan berfungsi.

"Kita akan beritahu perdana menteri bahawa kita tidak mengambil alih kuasanya," katanya.

Mengambil maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai peruntukan bagi jawatankuasa berkenaan, Leong berkata, kerajaan masih tetap boleh bekerjasama dengan mereka dalam pelantikan itu.

Menurutnya, melibatkan jawatankuasa pemilihan parlimen dalam pelantikan awam akan memberi gambaran bahawa pelantikan itu dibuat mengikut merit dan garis panduan, katanya.

Perkara itu akan menambah keyakinan orang awam, kata Leong lagi.

Leong bagaimanapun berkata, untuk jangka masa panjang, kerajaan mungkin perlu meminda Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan untuk membolehkan semak dan imbang oleh legislatif dalam pelantikan awam.

Buat masa ini, jelasnya, jawatankuasa pemilihan parlimen hanya diberi taklimat dan berbincang tentang pelantikan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada penghujung Mei.
Bagaimanapun, Leong berkata, belum ada keputusan tentang individu yang akan menjawat jawatan itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/pelantikan-latheefa-psc-tulis-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Jumpa Dr M Bincang Isu Pelantikan Latheefa

Anwar Jumpa Dr M Bincang Isu Pelantikan Latheefa

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 516 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menerusi sosial media miliknya hari ini memberitahu beliau telah bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkenaan isu pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM Dalam pertemuan yang berlangs...
Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 487 hits
Penganalisis menolak andaian bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM merupakan konspirasi besar untuk menghalang Anwar menjadi perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Penganalisis menolak andaia...
Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 823 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa pelantikan peguam dan bekas ahli PKR Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai unsur kejutan Kadang kadang perkara seperti itu terjadi Sebagai contoh apabila ...
Pelantikan Latheefa Macam Tak Ada Orang Lain Bidas Pas

Pelantikan Latheefa Macam Tak Ada Orang Lain Bidas Pas

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 380 hits
Iskandar Abd SamadKUALA LUMPUR Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad hari ini mempersoalkan niat sebenar Pakatan Harapan melantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu dalam kalangan orang politik Ujarn...
Pas Alu Alukan Pelantikan Latheefa Koya

Pas Alu Alukan Pelantikan Latheefa Koya

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 862 hits
DATO TAKIYUDDIN HASSAN06 JUNE 2019PAS mengalu alukan pelantikan Peguam Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Mengikut Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 Yang di Pertuan Agong melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM a...
Pelantikan Latheefa Sudah Tepat Salahnya Sikit Sahaja

Pelantikan Latheefa Sudah Tepat Salahnya Sikit Sahaja

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 429 hits
ULASANDALAM status FB pagi ini saya mempertikaikan sikap para menteri yang tidak bersuara langsung menegur tindakan Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Bibee Koya sebagai Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Malaysia dan menganggap merek...
Pelantikan Latheefa Koya Drastik Dan Perlu Dalam Reformasi Ezam

Pelantikan Latheefa Koya Drastik Dan Perlu Dalam Reformasi Ezam

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 483 hits
Ezam Mohd NorKUALA LUMPUR Pelantikan peguam Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai keputusan drastik dan perlu dalam proses pembaharuan serta reformasi Sekretariat penaja Parti Negara se...
Terkini Saya Ke Umrah Tidak Tahu Tentang Pelantikan Latheefa Azmin Ali

Terkini Saya Ke Umrah Tidak Tahu Tentang Pelantikan Latheefa Azmin Ali

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 489 hits
Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui dirinya tidak tahu menahu tentang pelantikan Latheefa Koya sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sebaliknya kata Timbalan Presiden PKR itu ketika keputusan berhubung...
Anwar Jumpa Pm Bincang Isu Latheefa

Anwar Jumpa Pm Bincang Isu Latheefa

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 444 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim memberitahu beliau telah bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selama kira kira 30 minit hari ini Menurut Anwar beliau menjelaskan kepada perdana menteri konteks persoalannya mengenai bagaimana Latheefa Koya...
Branding The Heartbeat Of Business

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Tips Mengatasi Lidah Pahit

Ghatah Siput Bakaq Kuala Sungai Baru

Menegurlah Dengan Hikmah

Cekodok Pisang Buat Nellisa

Buasir Otak Tv Bila Orang Cakap Tengah Fokus Buat Kerja

Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Elit Politik Malaysia Perlu Muhasabah Dari Insiden Di Indonesia

Dua Kanak Kanak Lemas Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan

Datuk Zaharil Dimasukkan Ke Hospital Akibat Serangan Jantung

Thomas Arya Izinkan Ku Menyintamu Chord

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient