Pelantikan Hakim Antara Dibincangkan Dalam Mesyuarat Majlis Raja Raja


Oleh Bernama Yang di-Pertuan Agong berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 (hari kedua) di Istana Negara, hari ini. Mesyuarat yang bermula semalam dipengerusikan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah./ Gambar FB Istana Negara MESYUARAT Majlis Raja-Raja ke-257 hari ini membincangkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI). 
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Timbalan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya juga dibincangkan. 
“Majlis juga telah disembahkan taklimat terkini mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang, dan mengenai keselamatan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. 
“Majlis juga telah mendengar taklimat mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 dan kedudukan semasa ekonomi negara oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama-sama dengan Timbalan Ketua Pengarah (Makro), Unit Perancang Ekonomi Datuk Dr. Zunika Mohamed,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mempengerusikan mesyuarat itu bertitah bahawa Raja-Raja perlu melindungi amalan atau cara pemerintahan, melalui pendidikan dan hebahan yang meluas supaya difahami dan dihayati semua rakyat yang mula lupa dengan sejarah.
“Tindakan ini adalah perlu untuk melahirkan semangat kesatriaan dan patriotisma kepada rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, terutama kepada generasi muda yang akan datang agar mereka dapat mencapai satu political destiny, dalam dunia yang ketika ini berhadapan dengan pelbagai cabaran.
“Oleh itu perpaduan dalam kalangan rakyat, dan kesedaran terhadap cita-cita dan prinsip Rukun Negara, sangat wajar dipupuk secara berterusan, kerana kekuatan kita dan sistem pemerintah cara kita sahajalah, yang dapat mengatasi aneka cabaran, yang akan ditempuh di masa hadapan,” titah baginda dalam lafaz perutusan Pengerusi.
Sementara itu Sultan Sallehuddin dalam titah baginda, berharap agar keadaan hidup rakyat dan ekonomi Malaysia akan pulih seperti sebelumnya susulan pandemik COVID-19, serta negara dilindungi daripada malapetaka dan bencana di masa depan.
Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.
Selain itu, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Mesyuarat yang berlangsung di Istana Negara itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.-BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/pelantikan-hakim-antara-dibincangkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seramai 11 Adun Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka Hari Ini

Seramai 11 Adun Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 186 hits
MELAKA Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka har...
Bersatu Pas Tinggalkan Mesyuarat Depan Pm Antara Punca Rundingan Gagal

Bersatu Pas Tinggalkan Mesyuarat Depan Pm Antara Punca Rundingan Gagal

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 172 hits
Bersatu PAS tinggalkan mesyuarat depan PM antara punca rundingan gagal Seorang pemimpin kanan Umno hari ini mendedahkan rundingan pembahagian kerusi di Melaka dengan Perikatan Nasional digagalkan oleh syarat tidak munasabah sehingga membawa...
Majlis Raja Sehari Ari Erra

Majlis Raja Sehari Ari Erra

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 342 hits
Dan di antara tanda tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan kebahagiaan bersamanya Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah Pelamin Busana pengantin ole...
Hiburan Dulu Mengidam Kahwin Atas Kapal Uyaina Arshad Dan Raja Syahiran Kini Mahu Majlis Ringkas Dan Intim

Hiburan Dulu Mengidam Kahwin Atas Kapal Uyaina Arshad Dan Raja Syahiran Kini Mahu Majlis Ringkas Dan Intim

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 517 hits
Pelakon dan juga personaliti TV dan tunang Raja Syahiran mengakui mereka masih di dalam proses perbincangan bagi menetapkan tarikh perkahwinan yang sesuai berikutan negara masih berada dalam musim wabak COVID 19 Ujar Uyaina atau nama sebena...
Hiburan 63 Ekor Ayam Mati Sakit Jantung Punca Muzik Kuat Dari Majlis Kahwin

Hiburan 63 Ekor Ayam Mati Sakit Jantung Punca Muzik Kuat Dari Majlis Kahwin

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 293 hits
63 ekor ayam dipercayai telah terkena serangan jantung akibat muzik yang terlalu kuat yang dimainkan dalam sebuah majlis perkahwinan di Bhubanewsar India 19 jam laluHarga Sayur Sayuran Di Utara Alami Kenaikan Sebanyak 40 Hingga 200 PeratusA...
Terkini Majlis Tpksa Dipercepatkan Penyanyi Yonnyboii Seiamat Bergeiar Suami Kpd Nik Nazira

Terkini Majlis Tpksa Dipercepatkan Penyanyi Yonnyboii Seiamat Bergeiar Suami Kpd Nik Nazira

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 284 hits
Kuala Lumpur Penyanyi Yonnyboii mengesahkan selamat bernikah dengan wanita pilihannya Nik Nazira Narriman 22 di Duchess Place Ampang di sini pada 20 November lalu
Ketika Masih Berbaju Nikah Saya Perasan Notifikasi Zee Avi Jawab D4kwaan S0rok Majlis Kahwin

Ketika Masih Berbaju Nikah Saya Perasan Notifikasi Zee Avi Jawab D4kwaan S0rok Majlis Kahwin

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 253 hits
Penyanyi kelahiran Sarawak Zee Avi tampil menjawab tindakan mer4hsiakan pernikahannya dengan jejaka dari Jepun Kenji Matano pada minggu lalu Jelas Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman dia memang merancang untuk berkongsi berita baik itu...
Hiburan Sekadar Gimik Majlis Perkahwinan Tauke Jambu Hanya Untuk Iklan Jual Produk

Hiburan Sekadar Gimik Majlis Perkahwinan Tauke Jambu Hanya Untuk Iklan Jual Produk

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 217 hits
Mencetuskan kontroversi untuk membuat marketing bagi melariskan produk itu sudah menjadi kebiasan buat sesetengah pihak dan biarpun bukan sesuatu yang baru dalam dunia perniagaan namun masih ada yang membuatnya serta mendapat perhatian rama...
The Colours Of Life Majlis Anugerah Kecemerlangan Bakat Murid Peringkat Negeri Johor 2020

The Colours Of Life Majlis Anugerah Kecemerlangan Bakat Murid Peringkat Negeri Johor 2020

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 217 hits
The Colours of Life Majlis Anugerah Kecemerlangan Bakat Murid Peringkat Negeri Johor 2020 Terobek 17 November lepas Ada majlis kat desaru Jumpa ramai memember lama Cuma dapat share gambo dari cam sendiri aje Tahniah SMKGP Tahniah Johor Bahr...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik