Pelantikan Dua Wanita Sebagai Peguam Cara Negara Pengiktirafan Membanggakan






 Pelantikan dua peguam kanan wanita sebagai Peguam Cara dan Peguam Cara Negara II yang baharu membanggakan golongan wanita di negara ini.

Wanita KEADILAN Pusat menyifatkan pelantikan tersebut satu pengiktirafan kepada keupayaan wanita dalam bidang undang undang selepas pelantikan Ketua Hakim Negara sebelum ini yang juga seorang wanita.

Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin, pelantikan Datuk Almalena Sharmila Johan (gambar atas, kiri) yang dilantik sebagai Peguam Cara Negara dan Datuk Suzana Atan (gambar atas, kanan) sebagai Peguam Cara Negara II yang baharu, berkuatkuasa 2 Oktober 2023 amat mengujakan sayap Wanita KEADILAN.

"Pelantikan mereka ini memperlihatkan satu lagi pencapaian gemilang kaum wanita dalam sistem perundangan negara, setelah Tun Tengku Maimun Tuan Mat memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara sejak Mei 2019 lalu.

"Pelantikan dua wanita hebat yang menduduki jawatan tertinggi di Jabatan Peguam Negara adalah sangat dibanggakan serta menyuntikan semangat kepada wanita lain untuk turut melakar sejarah gemilang dalam kerjaya masing-masing.

"Ini juga membuktikan kemampuan kaum wanita di negara ini untuk diberi amanah menjawat jawatan penting sangat diyakini serta diiktiraf kredibiliti mereka," katanya dalam kenyataan.

Sayap wanita yang dipimpin Ketua Wanita KEADILAN, Fahdlina Sidek itu juga berharap dengan pelantikan tersebut akan memberi lebih rangsangan kepada wanita-wanita bekerjaya lain untuk terus berusaha mencapai kedudukan tertinggi dalam karier masing-masing.
Noraini Nordin
"Bagi Wanita KEADILAN kedua-dua wanita berkenaan amat berkelayakan memegang jawatan yang diumumkan itu berdasarkan prestasi dan rekod kerja yang cemerlang selama ini di Jabatan Peguam Negara," kata Noraini lagi.

Semalam, Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mengumumkan pelantikan Almalena Sharmila dan Suzana ke jawatan masing masing selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Undang-Undang Bilangan 107 dan 108 Tahun 2023.

Almalena, yang sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai Peguam Cara yang baharu bagi menggantikan Datuk Ahmad Terrirudin yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Peguam Negara pada 6 September 2023.

Antara peranan penting Almalena di Jabatan Peguam Negara sebelum ini ialah bersama-sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahankan kepentingan negara dalam isu tuntutan Kumpulan Sulu di Mahkamah Antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Almalena juga terkenal sebagai penggubal yang sangat teliti dan kemas dalam menjalankan tugas berkaitan penggubalan undang-undang.

Pelantikan Suzana sebagai Peguam Cara II pula bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Almalena Sharmila.

Beliau adalah Peguam Kanan Persekutuan yang banyak mengendalikan kes-kes sivil, petisyen pilihanraya dan namanya juga tercatat dalam hampir semua kes berkaitan mempertahankan kerajaan.

Justeru, kata Noraini, Wanita KEADILAN mengucapkan selamat berkhidmat kepada Almalena Sharmila dan Suzana. Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus menjalankan tugas dengan cemerlang serta mengharumkan nama negara.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/pelantikan-dua-wanita-sebagai-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selalu Disakiti Wanita Berang Jadikan Mayat Dua Lelaki Sebagai Kimchi

Selalu Disakiti Wanita Berang Jadikan Mayat Dua Lelaki Sebagai Kimchi

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 137 hits
Kimchi merupakan hidangan sampingan utama bagi rakyat Korea Tapi bayangkan jika ada bahan lain yang tidak disangka di dalamnya ARTIKEL BERKAITAN Tahukah korang ada satu kes jenayah di Korea seorang wanita membunuh suami dan teman lelakinya ...
Kes Mahkamah Zahid Hamidi Hanya Dihenti Sementara Untuk Siasat Bukti Baru Kata Peguam Negara

Kes Mahkamah Zahid Hamidi Hanya Dihenti Sementara Untuk Siasat Bukti Baru Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 289 hits
JABATAN Peguam Negara dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbudi yang melibatkan Dr Ahmad Zahid Hamidi Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata...
Idrus Harun Must Answer Madani Says Peguam Negara Kata So You Discussed Dnaa With Him Why Did You Do That

Idrus Harun Must Answer Madani Says Peguam Negara Kata So You Discussed Dnaa With Him Why Did You Do That

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 222 hits
You can listen to the one minute video here Netizens have raised questions For example Madani says clearly Peguam Negara kata So IDRUS HARUN PLEASE EXPLAIN WHEN EXACTLY did you Peguam Negara kata And WHY Why did you Idrus Harun go and Pegua...
Lantikan Peguam Negara Baharu Kenapa Sekarang Baru Nak Bising

Lantikan Peguam Negara Baharu Kenapa Sekarang Baru Nak Bising

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 168 hits
Oleh Abdullah ZaidIsu pelantikan Peguam Negara baharu yang dipertikaikan oleh pembangkang PN hari ini mendapat respons balas Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Ahli Parlimen Lim Guan Eng membidas dakwaan pembangkang kononnya isu pelantikan Pe...
Perbicaraan Zahid Dihentikan Sementara Siasatan Menyeluruh Dibuat Peguam Negara

Perbicaraan Zahid Dihentikan Sementara Siasatan Menyeluruh Dibuat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 194 hits
MalaysiakiniPeguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata surat surat representasi dan perkembangan lain yang memberikan fakta baru berkatan perbicaraan kes Yayasan Akalbudi terhadap Ahmad Zahid Hamidi membuatkan perbicaraan perlu dihe...
Parlimen Dnaa Kes Zahid Keputusan Peguam Negara Saya Tidak Campur Tangan Pm Anwar

Parlimen Dnaa Kes Zahid Keputusan Peguam Negara Saya Tidak Campur Tangan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 170 hits
Fareez AzmanSeptember 19 2023 18 20 MYTAnwar ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 12 di Dewan Rakyat hari ini fotoBERNAMAKUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan campur tangan dalam...
Cara Aktifkan Kad Debit Untuk Travel Luar Negara

Cara Aktifkan Kad Debit Untuk Travel Luar Negara

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 180 hits
Selain kad kredit anda juga boleh gunakan kad debit untuk travel ke luar negara Ini bagi mereka yang menjaga supaya tidak overspent semasa travel melancong di luar negara Almaklum lah bila dalam mood travel melancong semua yang depan mata c...
Cara Daftar Menyertai Sebagai Gogetter Aplikasi

Cara Daftar Menyertai Sebagai Gogetter Aplikasi

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 350 hits
CARA DAFTAR MENYERTAI SEBAGAI GOGETTER APLIKASI Seperti yang anda ketahui perbelanjaan taraf hidup kini semakin meningkat Seharusnya anda ingin mencari pendapatan sampingan bagi menambahkan pendanpatan anda Kini anda boleh mencai Part time ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran