Pelantikan Datuk Ir Amarjit Singh Sebagai Pengarah Jans Tidak Sah


Datuk Ir Amarjit Singh
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini mengisytihar pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Datuk Ir Amarjit Singh tidak sah kerana bertentangan dengan Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air 2003.

Keputusan itu dibuat Hakim Ravinthiran R Paramaguru, berhubung kes difailkan oleh Plaintiff iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee yang juga Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.

Yong dan seorang ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung ketika memfailkan saman itu menyatakan bahawa pelantikan berkenaan bertentangan dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Seksyen 3 dalam enakmen itu menyatakan bahawa pelantikan jawatan kanan mestilah dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Sebelum dilantik sebagai Pengarah JANS oleh kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) Amarjit bukan seorang anggota perkhidmatan awam.

Dalam saman tersebut, Amarjit dinamakan sebagai Defendan pertama manakala Kerajaan Negeri Sabah ialah Defendan kedua.

Mewakili Yong dan Pang ialah Yong Yit Jee dan Darren Nicholas Punai manakala Puan Dayangku Fazidah dari Pejabat Peguam Besar Negeri bertindak untuk kedua Defendan.

Dalam saman itu, mereka mendakwa sebaik dilantik ke jawatan tersebut, Amarjit telah mengambil tindakan yang mendatangkan kemudaratan kepada bekalan air Sabah.

Antaranya, dakwa mereka ialah pembatalan dua projek bekalan air penting di Tawau dan Lahad Datu pada hari pertama beliau menjadi pengarah JANS.

Yong dan Pang turut mendakwa tindakan Amarjit menamatkan perjanjian antara JANS dan enam syarikat konsesi air menunjukkan ketidakcekapan beliau.

Akibat tindakan tersebut, Kerajaan Negeri berdepan dengan saman berjumlah RM409.8 juta, kata mereka.

Mengulas tentang keputusan tersebut, Yong berkata walaupun Mahkamah tidak memerintah pembatalan semua keputusan yang telah dibuat sepanjang Defendan menjawat jawatan tersebut beliau menyeru pihak kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah.

"Pelantikan itu diisytiharkan Mahkamah sebagai tidak sah berkuatkuasa hari ini (9 Oktober, 2019)," kata Yong lagi.

"Oleh itu, satu-satunya yang harus dilakukan oleh beliau ialah untuk mengosongkan pejabat dan berhenti daripada memberi apa-apa arahan kepada mana-mana pegawai ataupun kakitangan JANS," katanya.

Ketika dihubungi, Yong berkata pihak Defendan berhak membuat rayuan terhadap keputusan tersebut namun beliau berpendapat ianya hanyalah memberi mereka masa untuk menyelesaikan masalah di peringkat pentadbiran jabatan.

"Buat masa sekarang, Perintah Mahkamah mengisytiharkan pelantikan Amarjit sebagai pengarah JANS tidak sah tidak boleh dipertikaikan.

"Keputusan Mahkamah akan terus berkuatkuasa sehinggalah atau sekiranya ianya diubah oleh Mahkamah Rayuan. Inipun akan memakan jangkamasa berbulan lama.

"Oleh demikian, mengikut undang-undang JANS kini tidak mempunyai Pengarah," ujar Yong.

Seorang pegawai kerajaan yang bersesuaian dan berkelayakan seharusnya dilantik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menjalankan tugas Pengarah Jabatan Air Sabah, katanya.

Pegawai di Pejabat Peguam Besar Negeri tidak dapat dihubungi untuk komen.

Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mysabahnews.blogspot.com/2019/10/pelantikan-datuk-ir-amarjit-singh-tidak-sah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Penghakiman Tidak Menjelaskan Mengapa Perlantikan Amarjit Singh Tidak Sah

Keputusan Penghakiman Tidak Menjelaskan Mengapa Perlantikan Amarjit Singh Tidak Sah

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 235 hits
KOTA KINABALU Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hanya memutuskan perlantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Datuk Amarjit Singh bertentangan dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 tetapi tidak menyatakan bahawa perlantikan itu tidak sah Ketua...
5511 Aktiviti Jemputan Sebagai Ahli Panel Dalam Forum Buy Muslim First Ppim 21 11 2019

5511 Aktiviti Jemputan Sebagai Ahli Panel Dalam Forum Buy Muslim First Ppim 21 11 2019

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 477 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi telah dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Buy Muslim First anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Dewan UIAM Gombak
Jadikan Buah Tomato Sebagai Perhiasan Perkahwinan Kerana Emas Terlalu Mahal

Jadikan Buah Tomato Sebagai Perhiasan Perkahwinan Kerana Emas Terlalu Mahal

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 433 hits
Mungkin cara perhiasan macam ni boleh digunakan kalau harga emas terlalu mahal Tapi kaum wanita nak ke hias macam ni Kalau korang nak tahu seorang wanita dari Pakistan telah viral apabila hanya menggunakan buah tomato sebagai set perhiasan ...
Lantiklah Teresa Kok Sebagai Pengerusi Ijn

Lantiklah Teresa Kok Sebagai Pengerusi Ijn

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 637 hits
Tersebar gambar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berbincang sesuatu yamg serius pada Rabu lepas Ramai yang mengandaikan Perdana Menteri akan ubah anggota kabinet dan sedang berbi...
Benarkah Orang Yahudi Sedang Memerhatikan Bangsa Melayu Kerana Dianggap Sebagai The Lost Tribe

Benarkah Orang Yahudi Sedang Memerhatikan Bangsa Melayu Kerana Dianggap Sebagai The Lost Tribe

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 882 hits
OLEH Taufiq Tuah Pernahkah anda terfikir kenapa negara kita aman Negara kita terletak di tempat geografi yang sangat stratergik sehingga barat sangat cemburu dengan selat Melaka Pulau Pinang dan Singapura Di kala negara Islam lain bergolak ...
Puluhan Tahun Beroperasi Pabrik Tahu Di Sidoarjo Pakai Limbah Plastik Sebagai Bahan Bakarnya

Puluhan Tahun Beroperasi Pabrik Tahu Di Sidoarjo Pakai Limbah Plastik Sebagai Bahan Bakarnya

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 384 hits
Selain bisa mengontaminasi tahu tahu yang diproduksi asap buangan pabriknya juga pasti turut mencemari Bisa picu berbagai penyakit
Kemenko Perekonomian Jangan Lihat Perjanjian Perdagangan Bebas Sebagai Ancaman

Kemenko Perekonomian Jangan Lihat Perjanjian Perdagangan Bebas Sebagai Ancaman

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 287 hits
Hingga kini besarnya ekspor terhadap ekonomi Indonesia tinggal 21 sampai 22 persen Hal tersebut menandakan pasar domestik atau domestic market telah menjadi zona nyaman bagi pelaku industri industri lokal Padahal seharusnya industri harus m...
No Time To Die Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

No Time To Die Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 545 hits
Filem ke 26 James Bond yang bakal ditayangkan kelak bakal menjadi filem terakhir untuk pelakon Daniel Craig sebagai James Bond Filem yang diberi judul No Time To Die itu bakal menyaksikan Daniel Craig memegang watak James Bond dalam filem k...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback 2024 Join Competition Sempena Deepavali Celebration Kat Tempat Kerja

Lima Grill Cafe Taiping

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan