Pelantikan Baharu Perkukuh Pengurusan Dan Pentadbiran Ksn


PUTRAJAYA: Rombakan besar membabitkan pertukaran Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan Ketua Pengarah (KP) jabatan kerajaan yang berkuat kuasa Isnin ini, mampu memperkukuhkan pentadbiran selain pengurusan tertinggi peringkat kementerian serta agensi terbabit.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar, berkata pengisian jawatan berkenaan dilakukan berikutan kekosongan akibat persaraan wajib dan tamat tempoh kontrak penyandang serta mengambil kira keperluan untuk dibuat pusingan penempatan dalam kalangan KSU kementerian sedia ada.
“Ini adalah langkah pembaharuan kepada perkhidmatan awam yang menjadi elemen penting dan tulang belakang pentadbiran negara.
“Saya percaya pengisian jawatan-jawatan KSU ini akan memperkukuhkan lagi barisan pengurusan tertinggi peringkat kementerian dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan dan memberikan perkhidmatan terbaik demi kemakmuran rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hari ini, BH dalam laporan eksklusifnya melaporkan sembilan KSU dan tiga KP terbabit dalam pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat yang berkuat kuasa Isnin ini.
Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan terbaru, seramai 12 KSU terbabit dalam pertukaran berkenaan iaitu tujuh membabitkan pertukaran kementerian manakala lima lagi membabitkan kenaikan pangkat sebagai KSU baharu.
KSU Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim ditukarkan ke Kementerian Kerja Raya dan tempat beliau digantikan oleh Datuk Dr Mohd Gazali Abas yang sebelum ini KSU Kementerian Pendidikan.
Tempat Dr Mohd Gazali pula diisi bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr Syed Omar Shariffuddin Syed Ikhsan, yang dinaikkan pangkat.
Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abdul Aziz, dinaikkan pangkat sebagai KSU kementerian sama.
KSU Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripudin Kassim pula ditukarkan ke Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala Timbalan KSU (Dasar) Kementerian Pengangkutan, Mohd Khairul Adib Abd Rahman, dinaikkan pangkat sebagai KSU kementerian berkenaan.
KSU Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Tan Yew Chong pula bertukar tempat dengan Datuk Zurinah Pawanteh ke Kementerian Industri Utama.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob pula dilantik sebagai KSU Kementerian Luar Negeri, menggantikan Datuk Seri Ramlan Ibrahim, 61, yang tamat kontrak perkhidmatan pada 6 Januari lalu.
KSU Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Isham Ishak pula bertukar ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya manakala tempatnya pula diisi KSU Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali.
Tempat Lokman Hakim pula diisi oleh Timbalan KSU (Operasi) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Waitchalla RRV Suppiah, yang dinaikkan pangkat.
Timbalan KSU (Pengurusan), KDN, Datuk Jamil Rakon pula dilantik sebagai Ketua Pengarah Imigresen yang baharu menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali, yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang baharu diwujudkan.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) manakala bekas Ketua Pengarah JKPTG, Datuk Seri Salehudin Ishak, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu, menggantikan Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
Turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Zolkipli Dahalan, sebagai Ketua Pengarah ICU yang baharu.
Semua pelantikan itu sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
The post Pelantikan Baharu Perkukuh Pengurusan Dan Pentadbiran – KSN appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/pelantikan-baharu-perkukuh-pengurusan-dan-pentadbiran-ksn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Smk Gelang Patah Inaz Hari Pendaftaran Dan Taklimat Murid Baharu Tingkatan 1 2019

Smk Gelang Patah Inaz Hari Pendaftaran Dan Taklimat Murid Baharu Tingkatan 1 2019

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1148 hits
SMK Gelang Patah Inaz Hari Pendaftaran dan Taklimat Murid Baharu Tingkatan 1 2019 Hari ni siap awal cam biasa Sarap telur separuh masak dulu Inaz dan ici akan mula berorientasi di sekolah baharu hari ni So Aku gerak dan bertanggungjawab den...
Tahun Baharu 2019 Semestinya Traveloka Menjadi Pilihan

Tahun Baharu 2019 Semestinya Traveloka Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 577 hits
Teruja juga dengar kawan aku yang suka travel sana sini bercerita tadi setiap tahun dia dan kawan kawan akan ke Thailand untuk celebrate salah satu festival terbesar iaitu perayaan Songkran Perayaan Songkran ini adalah untuk menyambut Tahun...
Tadika Kemas Wawasan Ici Hari Orientasi Murid Baharu 2019

Tadika Kemas Wawasan Ici Hari Orientasi Murid Baharu 2019

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 724 hits
Tadika Kemas Wawasan Ici Hari Orientasi Murid Baharu 2019 Pagi ni ici gi tadika kemas dengan atuk dan mama Orientasi ni dari jam 8 sampai 10 pagi Kisahnya Dia dok perati mama ngan atuk je Tak lepas mandang Berjaya cipta rekod murid pertama ...
Masjid 99 Kubah 1 Dari 30 Masjid Unik Di Dunia Ikon Baharu Sulawesi

Masjid 99 Kubah 1 Dari 30 Masjid Unik Di Dunia Ikon Baharu Sulawesi

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 902 hits
MASJID Raya 99 Kubah di Makassar Sulawesi Selatan Indonesia dijangka siap tahun hadapan AGENSIJAKARTA 28 Dis Masjid Raya 99 Kubah dekat Makassar bakal menjadi ikon baharu Sulawesi Selatan selepas kerja pembinaannya dijangka siap tahun hadap...
Bentuk Masa Depan Baharu Bersama Bersatu Muhyiddin

Bentuk Masa Depan Baharu Bersama Bersatu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 422 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Perhimpunan agung tahunan kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang bermula hari ini akan memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan negara dan membentuk masa depan Malaysia baharu yang lebih gemilang Pres...
Tun M Melancarkan Mercu Tanda Baharu Arca Putrajaya

Tun M Melancarkan Mercu Tanda Baharu Arca Putrajaya

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 340 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan arca PUTRAJAYA di Dataran Putra di sini yang menjadi mercu tanda baharu dan tarikan kepada pengunjung ke sini Struktur arca dengan lebar 1 5 meter dan tinggi 2 4 meter serta panj...
Perlukah Azam Baru Untuk Tahun Baharu

Perlukah Azam Baru Untuk Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 394 hits
Kita telah meninggalkan tahun ini dengan pelbagai kenangan pahit dan manis serta suka dan duka Ada orang mengenang tahun sebelumnya sebagai tahun kejayaan kecemerlangan dan kebahagiaan tetapi ada pula orang yang mengenang tahun itu sebagai ...
7 Bayi Tahun Baharu Di Htjs

7 Bayi Tahun Baharu Di Htjs

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 380 hits
Menyambut tahun baru dengan kehadiran anak pertama tidak pernah dijangkakan Akma Farhana Ishak 25 dan suami Mohd Ezri Rozlan 30
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Positif Dalam Negatif

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa