Bentuk Masa Depan Baharu Bersama Bersatu Muhyiddin


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Perhimpunan agung tahunan kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bermula hari ini akan memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan negara dan membentuk masa depan Malaysia baharu yang lebih gemilang.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selepas menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH), parti itu perlu memainkan peranan dalam mendukung hasrat kerajaan melaksanakan semua agenda,
manifesto, cadangan perubahan dan pentadbiran termasuk di peringkat Parlimen, menggubal undang-undang baharu dan memansuhkan undang-undang lama.

“Kita kini adalah gerakan politik baharu, haluan baharu. Kita bentuk masa depan negara baharu, ini yang kita tumpukan. Apabila hala tuju sebegitu rupa dan jelas, maka rakyat tahu kita boleh buat (memerintah),” katanya dalam temu bual dengan beberapa organisasi media baru-baru ini.

Temu bual itu diadakan bersempena perhimpunan agung kali kedua parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula malam ini hingga Ahad.

Kira-kira 3,000 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan agung tiga hari itu melibatkan 135 bahagian di seluruh negara, termasuk 98 bahagian sayap Srikandi dan 115 sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Perhimpunan itu bermula malam ini dengan perasmian perhimpunan sayap Srikandi dan Armada yang akan disempurnakan oleh Muhyiddin, manakala esok akan berlangsung perhimpunan kedua-dua sayap. Malam esok, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan perhimpunan agung itu, dengan perhimpunan berlangsung pada Ahad.

Muhyiddin berkata paling utama adalah bagaimana parti itu boleh membantu dalam menangani isu kos sara hidup rakyat.

“Kita peka hal itu, kerana itu kita ingatkan perwakilan sewaktu perhimpunan agung nanti bahawa mereka ini mesti mewakili rakyat dan kena bantu rakyat. Jadi isu kenaikan harga barang, kurangnya bantuan subsidi, penurunan harga komoditi getah, masalah peneroka kerana tiada bantuan Felda dan isu-isu dihadapi rakyat biasa perlu diperjuangkan agar kepimpinan boleh membawa mesej tersebut ke peringkat pentadbiran kerajaan,” katanya.

Katanya Bersatu juga perlu memainkan peranan dengan berani membuat kenyataan dan pandangan terbuka jika ada polisi kerajaan yang dilihat tidak tepat atau buat ‘pusingan-U’ kerana perubahan yang berlaku ketika ini memerlukan sokongan dan masa untuk dijayakan sepenuhnya.

Beliau mengakui terdapat beberapa perkara yang tidak sempurna sepanjang tujuh bulan pentadbiran PH khasnya berkaitan kehendak rakyat namun percaya, jika diberikan masa secukupnya dan kerjasama semua pihak termasuk penjawat awam, segala perancangan dapat dilakukan sebaik-baiknya.

“Banyak benda. Skopnya begitu luas. Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, saya telah lama berkhidmat dalam kerajaan. Kita sentiasa berfikir kita mahu berubah dari cari lama, yang kita rasa tidak baik. Untuk meletakkannya kembali ke persepktif baharu, kita mesti memastikan penjawat awam memahami apa yang kita lakukan.

“Anda tidak boleh harapkan dalam tempoh tujuh bulan, untuk melakukan begitu banyak perkara, tetapi ia boleh (dijayakan). Anda buat apa yang boleh anda buat dan yang mampu anda lakukan.

Terdapat batasan. Tetapi dalam tempoh masa tertentu, saya tidak kata setahun atau beberapa tahun, kami diberi tempoh lima tahun, sudah pasti banyak perkara dapat diperbaiki,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata parti itu lebih terbuka dan sesiapa sahaja yang berminat boleh menyertai mereka dengan syarat, perlembagaan parti diutamakan dan sanggup berjuang demi negara.

Jelasnya, Bersatu juga mengamalkan sikap telus dalam menentang musuh negara, khasnya rasuah hingga ke hujung pangkal.

Sambil menafikan cakap-cakap perjuangan parti itu mirip kepada perjuangan UMNO kerana Bersatu diterajui ramai pemimpin daripada parti berkenaan, Muhyiddin berkata rakyat pasti dapat menilai sendiri bahawa Bersatu dan komponen lain dalam PH sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat daripada kehendak parti.

Ditanya mengenai stigma masyarakat kononnya bekas pemimpin UMNO cuba menyelamatkan diri daripada kes rasuah dengan menyertai Bersatu, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Bersatu bukanlah rumah perlindungan dan sesiapa yang didapati bersalah, tidak akan selamat.

Jelasnya, ini kerana, parti tersebut tidak akan sesekali melindungi mana-mana anggota atau pemimpin baik dari dalam atau luar parti sendiri.

“Ini bukan (tempat) pelarian, tempat mereka untuk bernaung atau berlindung kalau mereka sudah tahu lakukan kesalahan. Kami sudah jelaskan, kalau mereka ingin masuk, kena isytihar diri keluar dari parti asal dan jadi anggota bebas, kemudian menjalani saringan pihak berkuasa dan juga saringan politik.

“Jika tidak sesuai dengan perjuangan, kita ada hak untuk tolak. Sebab itu kita buat bersungguh-sungguh (dalam penerimaan). Jika mereka sudah isytihar sekalipun, tidak semestinya diterima masuk.
Jika terpalit sekalipun, kita rasa tidak payahlah (setuju dengan permohonan masuk), baik kita cari yang tiada kesalahan,” katanya.

Muhyiddin menarik perhatian, isu lompat parti dan penerimaan bekas pemimpin pembangkang ini harus dilihat daripada konteks yang besar kerana kelak ia akan mewujudkan persaingan positif demi menambah kekuatan PH.– Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/bentuk-masa-depan-baharu-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resolusi 2019 Harus Bisa Selow Hadapi Omongan Orang Toh Dirimu Berhak Bahagia Di Masa Depan

Resolusi 2019 Harus Bisa Selow Hadapi Omongan Orang Toh Dirimu Berhak Bahagia Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 307 hits
Tahun depan saatnya kamu fokus mewujudkan mimpi Bukan meladeni omongan orang yang nggak penting ini
Khaled Umno Terus Hantui Muhyiddin Bersatu

Khaled Umno Terus Hantui Muhyiddin Bersatu

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 364 hits
ULASAN Selaku Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yasin telah diberikan ruang berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung Armada dan Srikandi Parti Peribumi Bersatu Malaysia semalam Tidak banyak yang beliau sentuh dan utarakan Pertama beliau ...
Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak Ketegasan Mak Ayahlah Terbaik Untuk Masa Depan Anak

Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak Ketegasan Mak Ayahlah Terbaik Untuk Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 459 hits
Anak anak ini bukan tahu apa yang mereka nak itu elok atau tak Apa yang penting mereka tunjuk dapat Anak tak kan fikir harganya kesan pada kesihatan dan sebagainya Sebagai ibu bapa kita kena main peranan ini Jangan terlalu ikut sangat apa a...
Masa Untuk Umno Maju Ke Depan

Masa Untuk Umno Maju Ke Depan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 326 hits
Masa untuk Umno maju ke depan Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 18 Dec 2018 11 32PM middot
Paradigma Fokus 2019 Dan Masa Depan Bukan Fokus Individu Tetapi Isu Anti Rasuah

Paradigma Fokus 2019 Dan Masa Depan Bukan Fokus Individu Tetapi Isu Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 282 hits
Anti rasuah dan segala bentuk kemungkaran adalah musuh utama Negara termasuk yang mempertahankan menyokong dan bersubahat FOKUS bukan lagi kepada individual dan parti tetapi APA ISU yang mereka dukong dan bawa Jadilah netizen yang ada disip...
Bersatu Tidak Terima Pemohonan Keahlian Secara Membuta Tuli Muhyiddin

Bersatu Tidak Terima Pemohonan Keahlian Secara Membuta Tuli Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 309 hits
THE MALAYSIAN TIMES MELAKA Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak akan secara membuta tuli menerima permohonan untuk menyertai parti itu daripada mana mana individu tidak kira mereka ternama atau orang biasa kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin...
Nik Amar Saran Umno Di Bubarkan Kerana Tiada Masa Depan

Nik Amar Saran Umno Di Bubarkan Kerana Tiada Masa Depan

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 273 hits
KOTA BHARU Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendapat peribadinya UMNO sudah tidak mempunyai masa depan dalam politik dan mencadangkan parti itu dibubarkan Amar berkata cadangan itu sudah lama disuarakannya dan diula...
Kerana Mulut Tidor Tak Lena Masa Depan Binasa Elok Semua Pilih Jalan Selamat

Kerana Mulut Tidor Tak Lena Masa Depan Binasa Elok Semua Pilih Jalan Selamat

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 503 hits
KENYATAAN YANG MAKAN DIRI DAN PARTINYA MUAL MUAK MENYAMPAH TAKUT PADA BAYANGAN Nurul terkorban sia sia kerana tiada siapa yang bangkit kerana ramai yang melihat itu agenda peribadi Kenyataan ini membolehkan Tun mendapat sokongan Melayu 99 9
Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla

Contoh Pempengaruh Tone Deaf Pentingkan Wang Ada Gerakan Boikot Ameera Khan Rizalman

Jawablah Di Akhirat Nanti Datuk Aaron Aziz Kesal Video Boikot Diputar Belit Individu Tidak Bertanggungjawab

Built To Grind The New Independent X Biltwell Inc Lane Splitter Helmet

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Irresistible Instant Pot Indian Beef Curry Recipe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


27 Aktivis Gsf Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

Arvian Dwi Feat Tri Suaka Melepas Lajang Chord

Small Bribes May Seem Harmless But Can Burn Down Nations Warns Kl Macc Chief

Malaysia S Heritage Food Needs More Than Nostalgia It Needs Sustainable Policy Investment

Five States To Experience Thunderstorms Heavy Rain And Strong Winds On Oct 6

Makan Lontong Di Canningvale Market