Pelanggan Sidai Peniaga Kuih B4kar Tepi Jalan Mesej Dibiar Blue Tick Masih Bersangka Baik


LANGIT tak selalu cerah, awan pula tak selalu mendung.
Ungkapan itu cukup sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami peniaga kuih b4kar pandan di Paya Rumput Cheng di Melaka, baru-baru ini.
Perniagaannya tiba-tiba diuji dengan kehadiran seorang pelanggan bernama Rizal yang tiba-tiba menghilangkan diri selepas menempah 30 biji kuih b4kar.
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menceritakan tentang kisah dialaminya itu kepada mStar, wanita berusia 29 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Yaa berkata kejadian pada 10 Jun lalu dianggap sebagai pengajaran serta peringatan supaya dia dan ibunya, Badariah Nor Ibrahim sentiasa berhati-hati.
Mengakui pertama kali dianiaya pelanggan, anak kelahiran Muar Johor itu memaklumkan dia tidak pernah mengambil deposit bagi setiap tempahan yang diterima sepanjang tiga tahun berniaga atas dasar percaya.
“Kejadian berlaku pada hari Jumaat, dalam waktu tengah hari. Datang seorang lelaki bawa kereta… katanya nak order 30 biji kuih bakar berempah untuk majlis.

Kuih bakar pandan yang dihasilkan Yaa bersama ibunya.
“Semasa deal memang saya dah maklumkan awal-awal yang kuih bakar berempah dah habis, hanya tinggal pandan sahaja.
“Dia kemudian hubungi abangnya maklumkan hal tersebut. Selepas beberapa ketika, mereka bersetuju untuk tempah sebanyak 30 biji kuih bakar pandan. Pemuda berkenaan berikan nombor telefon abangnya yang bernama Rizal,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Memandangkan itu adalah adunan terakhir yang dibancuh, maka setiap permintaan daripada pelanggan yang datang ke gerai terp4ksa ditolak hanya untuk mencukupkan tempahan berkenaan.
Kira-kira pukul 2 petang, pelanggan terbabit yang dianggarkan berumur 45 tahun datang ke gerai dan bertanyakan tentang kuih bakar yang ditempahnya.
“Saya menjelaskan kuih tersebut boleh diambil dalam tempoh satu jam lagi kerana belum siap sepenuhnya. Dia pun bersetuju untuk mengambilnya sambil berborak dengan saya.
“Pada masa itu, Rizal tak ada sebut fasal nak cancel order atau apa, dia cuma cakap maknya tempah last minute sebab ada majlis nak bawa ke Kuala Lumpur.
“Dia pun asyik bertanya jika ada lebihan kuih bakar sebab dia memang nak borong semua… tapi masa tu, saya cakap kalau ada lebih saya akan maklumkan,” luahnya.

Yaa (depan) bersama ibunya (tengah) dan pekerja mereka.
Selepas berborak, lelaki berkenaan meninggalkan gerai mereka dan berjanji untuk datang semula pada masa yang ditetapkan.
Bagaimanapun apabila tempahan kuih bakar pandan siap dibungkus dan sedia diambil, individu terbabit tidak muncul pada waktu yang dijanjikan.
Lebih terkilan apabila panggilan telefon yang dibuat Yaa tidak dijawab malah mesej menerusi aplikasi WhatsApp hanya dibiarkan bluetick sahaja.
“Pada awalnya saya bersangka baik kerana menyangkakan dia tidak dengar atau tak sempat menjawab panggilan.
“Kemudian saya cuba WhatsApp, dia baca siap bluetick tapi apabila saya hubungi sekali lagi dia tidak jawab pula.
“Masa tu memang rasa dah tak sedap hati, jadi saya WhatsApp sekali lagi dan dia terus tidak baca… hubungi guna nombor lain pun dia tak jawab,” cerita Yaa yang sedih apabila dianiaya pelanggan.
Disebabkan hari sudah semakin petang, Yaa mengambil keputusan untuk menghubungi rakan sekolah rendahnya yang berada di kampung halaman di Pagoh, kerana dia juga terkejar-kejar untuk pulang ke sana.

Mesej yang dihantar kepada pelanggannya.
“Saya ceritakan hal sebenar dan dia sanggup nak bantu saya. Selain itu saya open order dalam group sekolah lama juga dan merekalah yang membeli kuih b4kar saya sehingga habis,” ujarnya sambil menceritakan bahawa pelanggannya itu tinggal di taman perumahan yang terletak berhadapan dengan gerainya.
Berkongsi pengalaman menjual kuih bakar, Yaa berkata ia bermula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama iaitu selepas dia dibuang kerja.
Malah dia tidak menyangka jualan yang awalnya hanya sedikit, kini mendapat permintaan ramai.
Kini, ia tidak terhad di gerai sahaja kerana Yaa juga menjadikan aplikasi TikTok sebagai platform untuk dia berniaga dan menambah pelanggan.
Komen netizen:

Sumber: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/PM5BFxJ


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/06/pelanggan-sidai-peniaga-kuih-b4kar-tepi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Bungkus Dok Tepi Sikit Akak Bagi Siapa Yang Makan Dalam Kedai Dulu Bekas Pelanggan Restoran Viral

Nak Bungkus Dok Tepi Sikit Akak Bagi Siapa Yang Makan Dalam Kedai Dulu Bekas Pelanggan Restoran Viral

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 205 hits
Foto Bangsar BabeNama Restoran 35 sudah menjadi buah mulut ramai pihak Namun begitu semenjak kembali tular restoran ini dikatakan semakin dikunjungi ramai pelanggan Layanan kurang mesra peniaga di premis itu rupa rupanya bukan baru sahaja d...
Perniagaan Tak Jejas Peniaga Syukur Pelanggan Faham Punca Roti Canai Naik Harga

Perniagaan Tak Jejas Peniaga Syukur Pelanggan Faham Punca Roti Canai Naik Harga

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 190 hits
Rata rata peniaga mula menaikkan harga roti canai sebanyak 20 sen susulan kenaikan harga bahan mentah PETALING JAYA Peniaga yang mula menaikkan harga roti canai bersyukur perniagaan mereka tidak terjejas kerana pelanggan memahami kenaikan i...
Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 277 hits
Ini kedai saya saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual demikian suara lantang dari pemilik kedai yang ditujukan kepada pelanggan dalam insiden yang dikatakan berlaku di Melaka nbsp Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan in...
Kajian Bakteria Baik Boleh Membantu Merawat Kemurungan

Kajian Bakteria Baik Boleh Membantu Merawat Kemurungan

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 280 hits
Oleh Nurul Najihah Probiotik bakteria baik yang sering dikatakan memberi kesan positif kepada kesihatan manusia mempunyai peranan dalam merawat kemurungan berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas 47 sukarelawan yang mengalami masalah...
Kenapa Siti Kasim Hendak Bidas Perkara Yang Baik Tanya Neelofa

Kenapa Siti Kasim Hendak Bidas Perkara Yang Baik Tanya Neelofa

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 151 hits
Selebriti dan juga usahawan terkenal Neelofa mempertahankan hujah suaminya Haris Ismail yang disindir peguam dan aktivis Siti Kasim berhubung satu nasihat supaya tidak menyiarkan aurat wanita Islam yang telah meninggal dunia dalam media sos
Dah Jangka Reaksi Baik Buruk Pengarah Kongsi Plot Bahagian 2 Money Heist Joint Economic Area

Dah Jangka Reaksi Baik Buruk Pengarah Kongsi Plot Bahagian 2 Money Heist Joint Economic Area

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 222 hits
Beberapa hari tayangan nampaknya Money Heist Joint Economic Area berjaya merebut hati penonton seluruh dunia apabila menduduki tangga ke 3 dalam ranking global Netflix kini ARTIKEL BERKAITAN Menerusi sebuah tembual pengarah Kim Hong sun ber...
Rakyat Tidak Dendam Dan Zalimi Najib Rakyat Masih Marah

Rakyat Tidak Dendam Dan Zalimi Najib Rakyat Masih Marah

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 223 hits
Kemarahan masih ada kerana Najib masih terus cuba memperbodohkan rakyat Kalau Najib tidak meneruskan percubaan itu diam dan hanya fokus membela dirinya di mahkamah sudah tentu rakyat pun akan memberi peluang kepada dirinya untuk membersihka...
Ridwan Kamil Masih Berduka Sebut Dugaan Eril Tenggelam Karena Kram

Ridwan Kamil Masih Berduka Sebut Dugaan Eril Tenggelam Karena Kram

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 195 hits
Bukan karena kondisi fisik ataupun keahlian berenang Eril diduga tenggelam karena kram
Baik Jadi Setan Bisu

Baik Jadi Setan Bisu

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 203 hits
MOHD AFFENDI ABASNak bantah lagi Takut kerajaan tumbang So jadi setan bisu jelah PAS elok jadi pembangkang sampai akhirat Dosa x dapat Pahala membangkang dapat
Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

After Terengganu Mb S Surveillance Claim Pm Anwar Confirms All Top Leaders Monitored Including Him

Jais Periksa Semua Tanah Kawalan Elak Pencerobohan

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Group Demands Usm Halt Bujang Valley Talk Over Hindu Buddhist Agenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Ketua Aktivis Ppim Santuni Warga Palestin Di Asrama Picoms Ppim 11 04 2025

Aktiviti Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ppim 10 04 2025

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging

Ke Aquaria Klcc Tengok Hidupan Air Dengan Lebih Dekat