Misteri Duit Kertas Rm50 Rm100 Hilang Di 4 Kampung Sejak 10 Tahun


ADA penduduk terpaksa menyembunyikan wang dalam peti ais. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt) Misteri duit hilang di 4 kampung KOTA BHARU - Penduduk di empat kampung dalam mukim Kubang Kerian di sini bingung dengan kehilangan wang yang kerap berlaku sejak setahun lalu.

Wang kertas RM50 dan RM100 menjadi sasaran 'pencuri' di empat kampung di Kubang Kerian.
Lebih 70 penduduk di empat kampung di Mukim Kubang Kerian di sini berdepan misteri kehilangan wang kertas RM50 dan RM100 sehingga kerugian mencecah RM10,000 setiap mangsa secara berperingkat. Dakwaan mistik itu timbul apabila beberapa siri kehilangan wang itu dikatakan pelik kerana kejadian tidak disedari dan tidak meninggalkan sebarang kesan langsung, malah sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Misteri kehilangan wang berkenaan membabitkan Kampung Pulong, Chicha, Kenali dan Pulau Raja dengan kejadian terbaharu berlaku adalah pada Jumaat.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa kejadian misteri itu angkara toyol.

Kes kecurian di empat kampung di Kubang Kerian sejak 10 tahun lalu dan kembali kerap sejak kebelakangan ini dikaitkan dengan makhluk halus atau toyol. - GAMBAR HIASAN
Salah seorang mangsa, Sudarwaty Abdul Rajab, 42, yang tinggal di Kampung Pulong berkata, dia dan keluarga mengalami kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM5,000 akibat misteri berkenaan sejak setahun lalu.

“Duit kerap kali hilang tanpa mengira waktu dan hilang dalam pelbagai jumlah bermula RM50 sehingga RM1,000. Terbaharu berlaku pada Jumaat lalu apabila duit RM500 yang diletakkan di dalam dompet didapati hilang.

“Sebelum itu, pada petang Khamis, saya mengeluarkan wang tunai RM1,000 dari bank untuk diberikan kepada ibu bapa, tapi pada petang Jumaat, wang RM500 disedari lesap tanpa kesan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Dia berkata, pelbagai cara dilakukan bagi mengelakkan terus menjadi mangsa, namun semua gagal serta buntu, malah wang milik anak-anak turut hilang.

“Pelbagai cara dilakukan, lipat duit, gumpal dan menyembunyikan di mana-mana tempat tersorok, alih-alih hilang juga.

“Kejadian ini sangat aneh dan sememangnya tidak boleh dibiarkan lagi kami sudah mengalami banyak kerugian dan akan membuat laporan polis berkait perkara ini,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 41, berkata, misteri kehilangan wang tunai membabitkan 15 ahli keluarganya yang tinggal di Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian sudah berlaku sejak 10 tahun lalu dan terbaharu pada awal tahun ini.

Katanya, dia mencuba pelbagai cara termasuk menyimpan wang di dalam peti sejuk dan sentiasa membawa beg tangannya, namun wang kertas RM50 dan RM100 yang berada di dalam dompet tetap hilang.

“Selain RM50 atau RM100, kepingan wang RM20, RM10, RM5 dan RM1 tidak pula hilang.

“Perkara ini sudah terlalu lama berlaku menyebabkan saya sangat berhati-hati dan sentiasa membawa beg duit ke mana-mana sahaja, namun kejadian hilang duit masih berlaku,” ujarnya.


Menurutnya, pada awal kejadian lalu, dia dan keluarga berdepan kesukaran kerana pandangan sinis masyarakat yang mendakwa kejadian itu membabitkan ahli keluarga sendiri.

“Saya ada tiga anak-anak lelaki berusia 10 tahun hingga 17 tahun. Kejadian hilang duit ini membabitkan tujuh ahli keluarga saya yang tinggal berasingan termasuk duit ibu dan arwah bapa, adik-beradik dan ipar.

“Saya mula-mula marah pada anak-anak kerana menyangkakan mereka yang mencuri tetapi apabila berlaku kepada orang lain sehingga 15 keluarga di satu kampung, barulah kami sedar yang kejadian ini sangat ganjil,” katanya.

Malah, katanya, anak saudara perempuannya yang berusia 28 tahun turut menjadi mangsa apabila wang tunai RM1,000 yang disimpan untuk majlis akikah anak sulungnya pada Aidiladha tahun lalu, hilang.

Katanya, dia menyimpan duit berkenaan dengan cara menindih dengan batu bata bagi mengelakkan dicuri atau diketahui orang.

“Semasa nak ambil duit tersebut, saya didapati sudah hilang dan memang terkejut dan sedih," katanya.

Siti berkata, dia pernah meminta bantuan seorang ustaz pada awal tahun ini dan sejak itu kejadian wang hilang sudah tidak berlaku di rumah keluarganya.

“Sebaliknya, kampung-kampung lain pula kecoh dengan kejadian kehilangan wang sehingga ada yang rugi mencecah RM10,000,” katanya.


Tambahnya, mangsa-mangsa yang terlibat bagaimanapun tidak membuat laporan polis kerana menganggap kejadian dilakukan oleh makhluk halus.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Saya nasihatkan mangsa-mangsa yang terlibat untuk membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat dilakukan,” katanya.

SOURCE: SInar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hantudunia.blogspot.com/2021/10/misteri-duit-kertas-rm50-rm100-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Misteri Duit Hilang Di Empat Kampung

Kelantan Misteri Duit Hilang Di Empat Kampung

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 183 hits
Siti Rohana Idrisam hmetro com myKota Bharu Penduduk di empat kampung dalam mukim Kubang Kerian di sini bingung dengan kehilangan wang yang kerap berlaku sejak setahun lalu Kejadian difahamkan sudah berlaku lebih 10 tahun lalu tapi tidak se...
Gadis Hilang Hampir 11 Tahun Rupanya Hanya Tinggal 500 Meter Dari Rumah Ibubapa

Gadis Hilang Hampir 11 Tahun Rupanya Hanya Tinggal 500 Meter Dari Rumah Ibubapa

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 179 hits
October 18 2021 Gadis hilang hampir 11 tahun rupanya hanya tinggal 500 meter dari rumah ibubapa Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari kampungnya di Palakkad Kerala sejak 11 tahun lalu ditemui tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah ...
Naik Gred Untuk Kemudahan Rakyat Bertahun Tahun Air Tak Da Bagi Duit Beli Mercedes

Naik Gred Untuk Kemudahan Rakyat Bertahun Tahun Air Tak Da Bagi Duit Beli Mercedes

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 239 hits
ABU MUSA Masalah air di Selangor adalah sementara kerana kerja kerja upgrade Bukan macam di Kelate Terengganu berbulan bulan tanpa penyelesaian Bodoh punya suara Syaitan
Adik Yang Hilang 5 Tahun Lalu Akhirnya Ditemukan Keajaiban Twitter Do Your Magic Bikin Takjub

Adik Yang Hilang 5 Tahun Lalu Akhirnya Ditemukan Keajaiban Twitter Do Your Magic Bikin Takjub

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 303 hits
The power of Twitter lagi lagi bikin merinding kekuatan warganet kalau udah bersatu emang bikin sesuatu yang sangat sulit bisa terwujudkan Respek
4 471 Kes Kanak Kanak Hilang Dari 2017 Hingga 1 September Tahun Ini

4 471 Kes Kanak Kanak Hilang Dari 2017 Hingga 1 September Tahun Ini

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 237 hits
PDRM menjalin kerjasama dengan 40 agensi lain melalui NUR Alert iaitu sistem amaran awal bagi kes kehilangan kanak kanak untuk membantu agensi penguatkuasa undang undang dalam menjalankan siasatan Gambar hiasan PARLIMEN Lebih 10 000 kes ora...
Hiburan Bagai Nak Mati Bayar Tiga Tahun Kumpul Duit Beli Mikrofon Aina Abdul Nafi Menunjuk Nunjuk

Hiburan Bagai Nak Mati Bayar Tiga Tahun Kumpul Duit Beli Mikrofon Aina Abdul Nafi Menunjuk Nunjuk

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 380 hits
Penyanyi popular Aina Abdul menyimpan duit selama tiga tahun bagi membeli mikrofon idaman yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit demi kepuasannya untuk menyanyi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAina atau nama sebenar Nurul Aina Abdul ...
Dompet Hilang Lebih 50 Tahun Dipulangkan Semula Kepada Pemilik

Dompet Hilang Lebih 50 Tahun Dipulangkan Semula Kepada Pemilik

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 190 hits
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA LOS ANGELES Polis di Kansas Amerika Syarikat memulangkan semula sebuah dompet yang hilang lebih 50 tahun kepada pemilik asalnya Lapor portal UPI Jabatan Polis Great Bend menerusi satu hantaran di Facebook memaklumk...
5 Pemimpin Kerajaan Yang Kisah Cintanya Bak Film Romantis Ada Yang Janjian Nikah Sejak Umur 7 Tahun

5 Pemimpin Kerajaan Yang Kisah Cintanya Bak Film Romantis Ada Yang Janjian Nikah Sejak Umur 7 Tahun

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 359 hits
Masing masing punya cara untuk membuktikan cinta mereka Seperti kisah Ratu Victoria yang berkabung 40 tahun lamanya setelah sang raja meninggal dunia
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp