Pelanggan 1 Dalam 1 000 Mendapat Pujian Dari Netizen Video
‘Pelanggan 1 Dalam 1,000’ Mendapat Pujian Dari Netizen [VIDEO]
Tindakan sebuah keluarga yang mengutip sisa, menyusun pinggan serta mengelap meja semula selepas mereka selesai menjamu selera di sebuah kedai makan telah menerima pujian orang ramai.
Ini kerana, tidak semua individu mampu melakukan perkara seperti itu kerana masih ramai yang gemar meninggalkan meja makan dalam keadaan kotor dan bersepah.
Sikap bertanggungjawab keluarga tersebut sempat dirakam oleh @fruitkingofficial2 dan telah dikongsikan di media sosial.
Sehingga kini, video berkenaan telah menerima lebih 200,000 tontonan.
VIDEO DIBAWAH:-
https://mykmu.net/wp-content/uploads/2022/02/‘Pelanggan-1-Dalam-1000-Mendapat-Pujian-Dari-Netizen.mp4
Menurut perakam, keluarga itu pada mulanya singgah di kedai makan tersebut untuk menjamu selera.
Apa yang menarik perhatian ramai apabila beberapa orang ahlinya bertindak membersihkan meja yang digunakan selepas selesai makan.
Sementara itu, kelihatan seorang wanita pula sedang mengutip sisa-sisa makanan yang bertaburan di atas meja dan diletakkan ke dalam pinggan kotor yang telah pun siap disusun
Selain itu, kerusi yang digunakan juga ditolak semula masuk ke bawah meja dengan keadaan yang kemas.
Dalam pada itu, pengguna media sosial yang lain turut kagum dengan tindakan mereka sekeluarga setelah menonton video tersebut dan rata-ratanya memuji mereka.
“Ini dikatakan pelanggan bijak, bukan jenis pengotor, memang pelanggan satu dalam 1,000,” komen Asyraf Rafael.
“Sepatutnya memang macam ini, memang kita bayar, tapi kita bayar harga makanan, bukan harga mengemas, bertimbang rasa la juga bila bawa anak-anak kecil ke kedai makan, jangan biarkan mereka sepahkan makanan atas meja, kemudian terus balik,” kongsi Zainal Wahab.
“Alhamdulillah, saya pun selalu buat macam ini juga, senang hati apabila pekerja kedai nak angkat, kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita,” kata Fieza. – KOSMO! ONLINE.
‘Pelanggan 1 Dalam 1,000’ Mendapat Pujian Dari Netizen [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
Leissner sogok suami Zeti
Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
Saya tak ada kroni – Mahathir
Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19
The post ‘Pelanggan 1 Dalam 1,000’ Mendapat Pujian Dari Netizen [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/26/pelanggan-1-dalam-1000-mendapat-pujian-dari-netizen-video/