Parti Harapan Rakyat Sabah Dibubar 64 000 Ahli Akan Sertai Ppbm


DENYUT REFORMASI



KOTA KINABALU: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Lajim Ukin mengumumkan pembubaran parti itu hari ini untuk membolehkan 64,000 ahlinya menyertai PPBM.

Katanya, sebanyak 36,744 borang permohonan akan diagihkan pada majlis pelancaran PPBM Sabah esok.

“Kami mahu mendaftarkan semua ahli kami, tetapi masa terlalu pendek untuk mendaftarkan mereka semua.

“Bagaimanapun, saya yakin kami dapat mendaftarkan mereka semua sebagai ahli PPBM tidak lama lagi.

”Harapan Rakyat didaftarkan pada 25 Oktober 2016. Ia adalah parti komponen Gabungan Sabah ketika itu dan bertanding 16 kerusi Parlimen serta 25 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 lalu, tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Lajim turut gagal mempertahankan kerusinya di Klias, selepas tewas kepada calon Barisan Nasional, Isnin Aliasnih.

Isnin antara 30 pemimpin Umno Sabah yang meninggalkan parti itu akhir tahun lalu dan dijangka menyertai PPBM.

Ditanya hubungannya dengan bekas pemimpin Umno Sabah lain, Lajim berkata, walaupun mereka pernah berselisih faham, ia adalah perkara biasa dalam politik.

Katanya, kemasukan PPBM ke Sabah bertujuan menyatukan pemimpin Bumiputera dan ia adalah parti terbaik untuk berdamai.

Mengenai kebimbangan sesetengah pihak yang PPBM akan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Warisan, Lajim berkata, isu itu tidak timbul kerana Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad sudah memberi jaminan parti itu melebarkan sayap ke Sabah untuk memperkukuhkan kerajaan negeri.

“Kami tiada niat mengambil alih atau menuntut kerajaan menerima kami. Kami akan sentiasa menyokong kerajaan dan dasarnya yang kami fikir baik untuk rakyat.

“Bagaimanapun, kami juga akan menyuarakan bantahan kami, jika kami fikir sesuatu dasar tidak memanfaatkan rakyat supaya mereka boleh memperbaiki kesilapan.”

Bekas timbalan ketua menteri itu disebut-sebut sebagai calon untuk mengetuai PPBM Sabah, tetapi bekas ketua Umno Sabah, Hajiji Noor juga dikatakan akan dilantik ke jawatan itu.

Lajim berkata, beliau tiada masalah bekerjasama dengan mana-mana bekas pemimpin Umno Sabah kerana beliau pernah menjadi ahli Umno dan mengenali ramai pemimpinnya.

“Kami akan sokong sesiapa saja yang dipilih PPBM sebagai ketua Sabah kerana keputusan itu terpulang kepada parti itu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/parti-harapan-rakyat-sabah-dibubar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah S Harapan Rakyat Dissolved 64 000 Members To Join Ppbm

Sabah S Harapan Rakyat Dissolved 64 000 Members To Join Ppbm

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 306 hits
Parti Harapan Rakyat Sabah president Lajim Ukin displaying a PPBM flag after announcing the dissolution of his party today KOTA KINABALU Parti Harapan Rakyat Sabah president Lajim Ukin announced the dissolution of the party today to allow i...
Pelancaran Parti Terbesar Pernah Disaksikan Tun M Bersatu Terima Lebih 125 000 Permohonan Jadi Ahli Baru Di Sabah

Pelancaran Parti Terbesar Pernah Disaksikan Tun M Bersatu Terima Lebih 125 000 Permohonan Jadi Ahli Baru Di Sabah

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 489 hits
Foto oleh Berita HarianPeluasan Bersatu ke Sabah dilakukan kerana ramai bekas ahli Umno di negeri itu yang mahu menjadi anggota baru parti tersebut kata Dr Mahathir Mohamad Kata pengerusi Bersatu itu sedari awal pembentukan parti itu dua ta...
Tok Mat Lambang Harapan Rakyat

Tok Mat Lambang Harapan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 415 hits
Wartawan Watan Online Bekas menteri besar Negeri Sembilan yang menjadi calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau merupakan simbol kepada harapan rakyat pada ketika ini Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddi...
Dalam 1 Juta Ahli Pas 800 Ribu Berkira Nak Keluar Parti Kata Mat Sabu

Dalam 1 Juta Ahli Pas 800 Ribu Berkira Nak Keluar Parti Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 383 hits
Tidak dapat dinafikan dalam sejuta ahli Pas yang ada kini 800 ribu sedang membuat peralihan Demikian dinyatakan oleh Presiden PAN Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah beliau di Bukit Besar Kedah pada Ahad Malah katanya setelah menjadi k...
Calon Bebas Prk Rantau Ahli Parti Amanah Negara

Calon Bebas Prk Rantau Ahli Parti Amanah Negara

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 348 hits
Di dalam kehangatan PRK Rantau ada satu polemik politik berkisar salah seorang calon Pilihan Raya Kecil Dun Rantau adalah Ahli PAN Parti Islam Semalaysia telah menafikan kenyataan media massa adalah beliau adalah Ahli PAS Nampaknya Pakatan ...
Hajiji Noor Named Sabah Ppbm Chief

Hajiji Noor Named Sabah Ppbm Chief

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 257 hits
Sulaman assemblyman Hajiji Noor KOTA KINABALU Sulaman assemblyman Hajiji Noor has been named Sabah PPBM chief coordinator putting to rest speculation on who will lead the party in Sabah In his speech at the launching of Sabah PPBM here toda...
Hajiji Noor Dilantik Ketuai Ppbm Sabah

Hajiji Noor Dilantik Ketuai Ppbm Sabah

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 511 hits
KOTA KINABALU Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman Hajiji Noor dilantik sebagai pengerusi PPBM Sabah sekali gus menamatkan spekulasi tentang pemimpin yang akan mengetuai parti itu di negeri ini Dalam ucapannya ketika melancarkan PPBM Sabah di...
Malaysia Ahli Parlimen Pas Dihalau Dewan Rakyat Selepas Gelar Guan Eng Pondan

Malaysia Ahli Parlimen Pas Dihalau Dewan Rakyat Selepas Gelar Guan Eng Pondan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 437 hits
Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary diperintah meninggalkan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan menarik balik kenyataan pondan ditujukan kepada Lim Guan Eng Sebelum itu berlaku pertikaman lidah di antara kedua dua anggota ...
Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Rahsia Langsaikan Hutang Ptptn Lebih Awal Tanpa Beban Panduan Praktikal Dari Ebook Ini

Top Business Growth Strategies

How Biometric Payment Systems Are Shaping The Future Of Transactions

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service

Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

My Moving Journal A Fresh Start


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq Video

Beli Kenangan Coffee Latte Rm6 90 Je

Tiada Tuhan Selain Allah

4u2c Kami Rappers Chord

Rangka Manusia Ditemui Di Felda Bukit Mendi Dikenal Pasti Milik Seroang Lelaki Dilaporkan Hilang 14 Bulan Lalu

Pursuing The Timeless The Gasbox Bmw R80