Pelancaran Kad Prabayar Myiou Ka Hplus


PELANCARAN KAD PRABAYAR MYIOU KA$HPLUS | Assalammualaikum semua! Pada 15 Julai 2022 bertempat di MIRF 2022 Kuala Lumpur Convention Centre telah berlangsung pelancaran kad prabayar myIOU KA$Hplus. Keunikan kad prabayar ini adalah semua urus niaga diproses menerusi sistem penjelasan VISA Prabayae di mana anda boleh merancang dan menguruskan kewangan anda. 
Apabila menggunakan kad prabayar myIOU KA$Hplus, anda hanya menambah nilai wang yang diinginkan sebelum menggunakannya. Jika anda jenis berjimat-cermat, tambah nilai wang anda walau sebanyak mana dan kawal penggunaan dengan cara tersendiri. Lebih praktikal dan selesa. 
Tambah nilai kad prabayar ini lebih mudah dengan menggunakan aplikasai KA$Hplus. KA$Hplus melindungi rakyat Malaysia dari aktiviti penipuan dan memperkenalkan kad prabayar perkongsian jenama bersama IOUPay. Jadi, dapatkan sekarang

PELANCARAN KAD PRABAYAR MYIOU KA$HPLUS 
Virtualflex Sdn. Bhd (“Virtualflex”) melancarkan platform e-wallet dan kad prabayar - KA$Hplus, sebagai usaha pemodenan kaedah pembayaran di Malaysia dan mengurangkan risiko terdedah kepada aktiviti penipuan. 
Virtualflex turut mengumumkan perkongsian strategik dengan sebuah syarikat fintech, IOU Pay (Asia) Sdn. Bhd. (“IOUpay”) untuk perkongsian jenama kad prabayar - myIOU KA$Hplus Card yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan myIOU di Malaysia.

Sejak sedekad yang lalu, para pengguna sudah terbiasa untuk menggunakan peranti mudah alih mereka melakukan transaksi atas talian, membeli-belah dan aktiviti perbankan. Walaubagaimanapun, sejak 2 tahun lepas, pandemik Covid-19 telah membuka minat orang ramai terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuhan, demi membendung penyebaran coronavirus. 
Penggunaan meluas sistem e-wallet tidak dapat dielakkan, dan ianya memberi manfaat kepada para pengguna sambil melindungi mereka daripada ancaman aktiviti penipuan.

Dengan peningkatan kes penipuan berkaitan perbankan di Malaysia yang mana wang simpanan dari banyak akaun dilenyapkan, KA$Hplus membantu menangani isu ini dengan solusi kad prabayar yang dapat menghapuskan kebarangkalian maklumat akaun bank para pengguna untuk terdedah semasa melakukan proses pembayaran.

KA$Hplus turut mencegah dari maklumat kad kredit dan kad debit dari dicuri, di mana maklumat-maklumat tidak dipaparkan secara penuh di aplikasi e-wallet. Selain itu, kad prabayar perkhidmatan e-wallet KA$Hplus juga tidak memaparkan nombor kad dan Nilai Pengesahan Kad (CVV), lantas mengurangkan risiko yang diambil para pengguna semasa menggunakan platform mereka. 
Dengan pelancaran KA$Hplus di Malaysia, mereka berniat untuk mendidik para pengguna tentang kaedah-kaedah membendung aktiviti penipuan melalui sistem e-wallet dengan menganjurkan kempen-kempen kesedaran di Lembah Klang pada bulan-bulan yang akan datang

Pelancaran rasmi kad prepaid myIOU KA$Hplus (dari kiri ke kanan) Mr. Yeap Yong Wei, Regional Commercial Officer of IOU Pay; Mr. Wayne Wang, Chief Credit Control Officer of IOU Pay; Mr. Ken Phua, Deputy President of Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Mr. Heng Wa Seng, Chief Executive Officer of VIrtualflex Sdn Bhd; Mr. Lau Teck Huat, Chief Technical Officer of IOUpay
Turut diumumkan di sidang media ini ialah perjanjian eksklusif selama tiga tahun di antara Virtualflex dengan IOUpay untuk melancarkan kad myIOU KA$Hplus secara dua peringkat. Peringkat pertama melibatkan pengagihan Kad myIOU KA$Hplus kepada pelanggan sedia ada perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) myIOU, dan peringkat kedua melibatkan integrasi perkhidmatan BNPL di dalam aplikasi. 
Kerjasama ini adalah disasarkan untuk memberi kelonggaran dan pilihan kepada pengguna di dalam hal pembayaran melalui integrasi kad prabayar ini.

Kesemua kad KA$Hplus, termasuk myIOU KA$Hplus Card, merupakan kad debit prabayar yang boleh ditambah nilai. Ia turut mempunyai fungsi pembayaran Visa yang membolehkan pengguna untuk bertransaksi di serata dunia, di mana sahaja kad Visa diterima. 

Ketua Pemasaran IOUpay, Cik Gwen Khor berkata, “Kerjasama dengan Virtualflex untuk melancarkan myIOU KA$Hplus Card menyediakan produk fintech yang inovatif dan mengukuhkan matlamat kedua-dua syarikat dalam menyediakan solusi pembayaran digital.”. 

Majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM). Dari kiri ke kanan, YBhg. Datuk Hj Mohd Kamal bin Shukor, Senior Manager of Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM); Ken Phua, Deputy President of Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Mr. Heng Wa Seng, Chief Executive Officer of VIrtualflex Sdn Bhd
Di samping itu, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) turut menjalinkan kerjasama dengan KA$Hplus untuk memacu Malaysia ke arah negara berpaksikan teknologi dengan menggalakkan para peniaga memilih kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai kaedah utama dalam transaksi harian.

Tambahan pula, beberapa usaha untuk menerapkan persekitaran tanpa tunai menyeluruh di dalam komuniti bermula dengan sekolah, kolej dan universiti melalui “KA$Hplus Cashless Campus Program 2022”, menawarkan akses kemudahan kad prabayar Visa dan portal pengurusan akaun aplikasi mikro kepada 100 buah institusi pada kadar yang rendah. 
KA$Hplus mensasarkan untuk mengintegrasikan pembayaran tanpa tunai di dalam kehidupan seharian supaya generasi akan datang bersedia untuk mengadaptasi kemajuan teknologi yang bakal menyusul kelak.


“Kami komited di dalam menyumbang dan menambah baik kesejahteraan komuniti dengan solusi fintech yang menawarkan keselamatan maksimum, ketelusan, kemudahan, dan kebolehgunaan. Sama ada kita suka atau tidak, dunia menuju ke arah kaedah pembayaran digital dan tanpa tunai. Dengan pelancaran KA$Hplus dan myIOU KA$Hplus Card, kami berharap untuk memberi impak yang besar di Malaysia dengan melindungi pengguna dari aktiviti penipuan, pada masa yang sama, memajukan negara sebagai sebuah contoh di dalam menerapkan kemudahan fintech,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Virtualflex Sdn. Bhd., En. Heng Wa Seng.

Gambar berkumpulan bersama KOLs. Dari kiri ke kanan, Putera Ameer; Ms.Gwen Khor, Head of Marketing - IOUpay; YBhg. Dato’ Sri Steven Eng, Advisor of Malaysia Digital Chamber of Commerce; Mr. Yeap Yong Wei, Regional Commercial Officer of IOUpay; Mr. Heng Wa Seng, Chief Executive Officer of VIrtualflex Sdn Bhd; Mr. Ken Phua, Deputy President of Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Mr. Kenneth Kuan, Chief Financial Officer of IOUpay; Mr. Wayne Wong, Chief Credit Control Officer of IOUpay; Mr. Lau Teck Huat, Chief Technical Officer of IOUpay; Ms. Carol Fung, Senior Manager of Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); Chuojashni Subramaniam; Beatrice Chong.
Majlis ini dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, termasuk - YBhg Dato’ Sri Steven Eng, Penasihat Malaysia Digital Chamber of Commerce; YBhg Datuk Hj Mohd Kamal bin Shukor, Pengurus Kanan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM); En. Ken Phua, Timbalan Presiden Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Pn. Carol Fung, Pengurus Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); En. Kenneth Kuan, Ketua Pegawai Kewangan IOUpay; En. Wayne Wong, Ketua Pegawai Kawalan Kredit IOUpay; En. Lau Teck Huat, Ketua Pegawai Teknikal IOUpay; En. Yeap Yong Wei, Pegawai Komersial Serantau IOUpay; bersama Pemimpin Pendapat Utama (KOL) – Beatrice Chong, Putera Ameer, and Chuojashni Subramaniam


Bersempena dengan penyertaan Virtualflex dalam Malaysia International Retail and Franchise Exhibition (MIRF) 2022, KA$Hplus menawarkan kredit percuma RM30 kepada 100 pemohon terawal setiap hari dari 14 hingga 16 Julai 2022. Aplikasi KA$Hplus kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://main.kashplus.my/.

MENGENAI KA$HPLUSKA$Hplus ialah penyelesaian pembayaran digital revolusioner, dibawakan kepada anda oleh VIRTUALFLEX SDN. BHD. VIRTUALFLEX, telah ditubuhkan pada 2014 untuk merebut peluang yang ditawarkan oleh pertumbuhan pesat ekonomi digital. 
Ini selaras dengan matlamat Bank Negara Malaysia untuk mempromosikan pengebilan dan pembayaran tanpa tunai, KA$Hplus telah dibangunkan dan direka bentuk untuk perkhidmatan penyelesaian pembayaran digital dan tanpa tunai melalui VISA prabayar, Aplikasi Mudah Alih Digital Wallet dan QRPay

FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/07/pelancaran-kad-prabayar-myiou-kashplus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tukar Kad Debit Maybank Online

Cara Tukar Kad Debit Maybank Online

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 285 hits
Tahukah anda boleh tukar kad debit Maybank yang hampir luput secara online Mudah kan Dah tak perlu lagi nak beratur panjang di kaunter Maybank Cara Tukar Kad Debit Maybank Online Langkah 1 Log in akaun Maybank2u anda Langkah 2 Pergi ke SETT...
Kad Baru Tng Dengan Rfid Kenapa Tidak Dari Dulu Lagi

Kad Baru Tng Dengan Rfid Kenapa Tidak Dari Dulu Lagi

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 177 hits
Kalau Tanya Saya Lah Kalau TnG boleh buat kad untuk direct topup dari aplikasi tak ada sebab kenapa perkara sama tak boleh dibuat dari awal dulu Saya tak nampak kenapa perlu lagi kad baru ini kerana bukankah RFID sepenuhnya dicadang untuk d...
Kad Prihatin Siswa Cara Pengaktifan Faedah Kelebihan

Kad Prihatin Siswa Cara Pengaktifan Faedah Kelebihan

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 443 hits
Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi bersama sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan cashless campus smart campus identiti siswa dan mewujudkan...
Bn Tak Terlibat Beri Kad Pengenalan Kepada Pati Kata Najib

Bn Tak Terlibat Beri Kad Pengenalan Kepada Pati Kata Najib

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 214 hits
Najib Razak dalam sidang media selepas menghadiri program bicara negarawan sempena Konvensyen BN Sabah di Penampang hari ini PENAMPANG Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan Barisan Nasional terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepa...
Penjual Di China Jual Kad Grafik Pada Harga 38 Lebih Rendah Daripada Harga Rasmi

Penjual Di China Jual Kad Grafik Pada Harga 38 Lebih Rendah Daripada Harga Rasmi

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 229 hits
Krisis matawang kripto yang berlaku sebelum ini telah membawa kepada ketidakstabilan dalam industri perlombongan kripto di China Seterusnya krisis tersebut membawa kepada lambakan kad kad grafik yang terpaksa dijual bawah harga pasaran oleh...
Kad Tng Mykad Hilang Atau Amp 039 Expired Amp 039 Ini Cara Mohon Amp 039 Refund Amp 039 Daripada Touch Amp 039 N Go

Kad Tng Mykad Hilang Atau Amp 039 Expired Amp 039 Ini Cara Mohon Amp 039 Refund Amp 039 Daripada Touch Amp 039 N Go

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 199 hits
Ada beberapa situasi yang menbuatkan anda mahu menuntut semula wang dalam kad TNG Selain dicaj berlebihan di plaza tol lazimnya refund dimohon apabila kad TNG MyKad sudah luput atau hilang Baca di SINI untuk ketahui cara semak baki kredit k...
Langsung Pelancaran Keadaan Semasa Sekuriti Makanan Dan Nutrisi Dunia

Langsung Pelancaran Keadaan Semasa Sekuriti Makanan Dan Nutrisi Dunia

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 174 hits
Ikuti Pelancaran keadaan Semasa Sekuriti Makanan dan Nutrisi Dunia 2022 Tahun ini fokus diberikan kepada penggunaan semula dasar makanan dan pertanian untuk menjadikan diet sihat lebih berpatutan AWANInews MalaysiaSihat SUBSCRIBE now Astro ...
Lebih 30 000 Rakyat Kelantan Hadir Majlis Pelancaran Pn Kelantan

Lebih 30 000 Rakyat Kelantan Hadir Majlis Pelancaran Pn Kelantan

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 210 hits
satuberita myBy July 3 2022SAMBUTAN rakyat Kelantan di Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah hari ini disifatkan sebagai luar biasa Pengarah Program Pelancaran PN Negeri Kelantan Datuk Seri Ikmal Hish...
Kisah Punch Kad Merah Ini Cukup Memberi Inspirasi Takkan Lah Sebab Terlewat 2 3 Minit

Kisah Punch Kad Merah Ini Cukup Memberi Inspirasi Takkan Lah Sebab Terlewat 2 3 Minit

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 242 hits
Kisah Punch Kad Merah Ini Cukup Memberi Inspirasi Takkan Lah Sebab Terlewat 2 3 Minit Awak dah tiga kali lewat bulan ini Bulan depan saya tukarkan punch kad awak warna lain Menandakan kehadiran awak dah tiga kali lewat Keras seorang guru be...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba