Pelancaran Bulan Pemerhatian Tumbesaran Untuk Kesedaran Masalah Bantut Dalam Kalangan Kanak Kanak Di Malaysia


Pelancaran Bulan Pemerhatian Tumbesaran (Growth Watch Month) Untuk Kesedaran Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak Di Malaysia | Assalamualaikum semua.. Wah, lain macam la topik sis untuk entri kali ni. Ya, pasal kanak-kanak. Walaupun sis ni bukan la seorang ibu tapi perlu juga tahu isu-isu sebegini malah perkongsian sis ni mesti dapat membantu para pembaca sis yang dah bergelar ibu bapa


Bagi seorang ibu bapa, melihat anak-anak membesar di depan mata adalah momen yang terindah dalam hidup kan. Tapi jika anak-anak mengalami masalah tumbesaran (bantut), pasti akan merunsingkan ibu bapa. Lebih teruk jika ibu bapa tidak sedar atau tidak ambil tahu masalah ini. Jadi, bagi memberi kesedaran dan juga membantu ibu bapa yang melalui masalah ini, Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) telah melancarkan Kempen 'Growth Watch Month'


Untuk pengetahuan semua, Bulan Pemerhatian Tumbesaran (Growth Watch Month) telah dirasmikan hari ini bagi mengumpulkan usaha sama daripada pakar penjagaan kesihatan dan ibu bapa untuk mencegah masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Dengan ini, mereka boleh mencapai potensi pertumbuhan optimum untuk masa depan yang lebih cerah


Kempen tahunan ini diperkenalkan di seluruh negara oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) di bawah program IMFeD For Growth yang telah bermula sejak tahun 2012. Bulan Pemerhatian Tumbesaran ini dilancarkan secara rasmi oleh MPA bersama-sama dengan rakan kongsinya iaitu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Pakar-pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan Tadika Malaysia (PTM) dan Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PPBM)


MENANGANI MASALAH BANTUT
Menurut Profesor Dr Lee Way Seah, Pengerusi Program IMFeD For Growth, Bulan Pemerhatian Tumbesaran ini didekasikan untuk mengenal pasti kanak-kanak dan remaja yang terbantut atau berisiko untuk mengalami masalah ini. Melalui perlaksanaan aktiviti yang berkaitan, penganjur akan menasihati ibu bapa tentang intervensi pemakanan yang bersesuaian dan sokongan yang diperlukan untuk mengembalikan tahap pertumbuhan anak yang optimum

"Walaupun kebanyakan kanak-kanak dan remaja Malaysia membesar secara normal, masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak kekal menjadi suatu kebimbangan."~ Profesor Dr Lee Way Seah, Pengerusi Program IMFeD For Growth ~
Pada usia 5 tahun, kanak-kanak sepatutnya mencapai 60% daripada ketinggian dewasa mereka. Malangnya, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, 21.2% atau 1 dalam 5 kanak-kanak mengalami masalah bantut. NHMS 2022 juga melaporkan bahawa 6.8% daripada remaja kita mengalami masalah bantut. Individu-individu ini tidak mencapai puncak pertumbuhan yang sepatutnya, iaitu 15 ke 20% hampir dengan potensi ketinggian dewasa mereka


Kesan jangka pendek dan jangka panjang daripada masalah bantut adalah jelas. Kanak-kanak yang terbantut lebih cenderung untuk jatuh sakit lebih kerap, terlepas peluang dalam pembelajaran sehingga menjejaskan prestasi di sekolah dan mempunyai keyakinan diri yang rendah. Mereka juga berisiko mengalami pembantutan ketika dewasa yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kronik, penurunan produktiviti ekonomi dan potensi pendapatan seumur hidup yang lebih rendah

"Kita perlu mengatasi masalah pembantutan ini dari awal. Masalah ini sentiasa bermula dengan pertumbuhan yang terbantut, apabila kanak-kanak tidak menerima pemakanan yang mencukupi sehingga memperlahankan kadar pertumbuhan mereka. Tanpa tenaga, protein, lemak dan mikro nutrien yang mencukupi, termasuk kalsium, vitamin D dan sebagainya, pembentukan tulang dan otot mereka tidak dapat berlaku pada kadar yang sihat."~ Profesor Dr Lee Way Seah, Pengerusi Program IMFeD For Growth ~

Tumbesaran terbantut boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada di peringkat kanak-kanak mahupun remaja dan kebiasaannya berlaku secara beransur-ansur tanpa disedari. Dari masa ke masa, kanak-kanak bukan sahaja hilang peluang untuk mencapai ketinggian dewasa yang optimum, malah mereka akan kekal bantut ketika dewasa dan menghadapi kesulitan yang ketara sepanjang hayat

Profesor Lee menegaskan bahawa pertumbuhan optimum hanya boleh dicapai apabila wujudnya asas-asas tertentu seperti amalan pemakanan yang baik, nutrisi lengkap, aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan umur dan pemantauan pertumbuhan yang kerap dari usia muda

"Kami juga menggalakkan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka yang berumur 1 hingga 17 tahun untuk mendapatkan pemeriksaan tumbesaran daripada pengamal kesihatan yang telah dilatih untuk menjalani menggunakan pendekatan M-I-M kami."~ Profesor Dr Lee Way Seah, Pengerusi Program IMFeD For Growth ~
M (Measure) pertama merujuk kepada 'Mengukur’. Langkah ini melibatkan pengukuran berat dan ketinggian kanak-kanak yang diplot pada carta pertumbuhan World Health Organization (WHO) untuk memastikan sama ada tumbesaran kanak-kanak dalam justifikasi normal, berisiko atau terbantut


Seterusnya, jika anak-anak terbantut atau mengalami tumbesaran yang tidak konsisten, kita perlu meng‘identifikasi’ (I = Identify) punca yang mendasarinya. Faktor biasa yang menyebabkan tumbesaran terbantut pada kanak-kanak ialah kekurangan zat makanan, tabiat gaya hidup yang tidak sihat, keadaan kesihatan yang tidak dikenalpasti, kemahiran keibubapaan yang lemah atau gabungan beberapa faktor tersebut

Akhir sekali, pengamal-pengamal kesihatan akan bersedia untuk 'Mengurus' (M = Manage) keadaan tersebut. Intervensi yang mungkin dilakukan termasuklah penjagaan pemakanan yang mencukupi dan bersesuaian, peningkatan kemahiran keibubapaan dan penggalakan tabiat gaya hidup sihat


AKTIVITI BULAN PEMERHATIAN TUMBESARAN
Menurut Dr Selva Kumar Sivapunniam, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Bulan Pemerhatian Tumbesaran membuka peluang untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap tumbesaran kanak-kanak dan remaja

“Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk menjalankan aktiviti pendidikan serta memperluaskan konten melalui penulisan media dan temubual. Ibu bapa dan penjaga juga akan dapat mengikuti empat siri Forum Ibu Bapa yang disiarkan secara langsung melalui Zoom, https://www.facebook.com/MPAEDS/ dan https://www.youtube.com/@mpaeds"~ Dr Selva Kumar Sivapunniam, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) ~

Menampilkan hos selebriti dan ahli Panel Pakar IMFeD For Growth, forum tersebut akan merangkumi topik:• Pemakanan, Nutrisi dan Tumbesaran Untuk Kanak-Kanak• Meningkatkan Kecemerlangan Kanak-kanak Di Sekolah• Memupuk Tumbesaran Optimum Dalam Kalangan Remaja• Petua Keibubapaan Untuk Anak Kekal Sihat
Dr Selva menyatakan bahawa terdapat satu lagi acara utama dalam Bulan Pemerhatian Tumbesaran iaitu Kempen Saringan Tahunan IMFeD For Growth yang bakal berlangsung mulai Ogos hingga November 2023 di semua klinik IMFeD yang disenaraikan di https://clinics.imfed.my/. IMFeD telah menyaring 127,000 orang kanak-kanak sejak tahun 2018


Majlis pelancaran Bulan Pemerhatian Tumbesaran hari ini menampilkan forum yang membincangkan topik “Masalah bantut dalam Kanak-kanak & Remaja: Semula Jadi atau Dipupuk?” Hos selebriti Daphne Iking menjadi moderator bagi sesi ini di mana pakar IMFeD For Growth berkongsi pandangan dan nasihat yang berkaitan dengan topik perbincangan. Pakar IMFeD For Growth ini terdiri daripada Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik; Prof Dr Firdaus Mukhtar, Pakar Psikologi Klinikal; dan Cik Rozanna M Rosly, Pakar Pemakanan Klinikal

Alhamdulillah, lepas menghadiri majlis pelancaran Growth Watch Month ni, banyak input yang sis ye.. So, if korang ada anak-anak yang mempunyai masalah tumbesaran, boleh la datang ke klinik yang disenaraikan untuk membuat pemeriksaan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2023/06/imfed-growth-watch-month.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Dan Pm Malaysia Sepakat Bentuk Mekanisme Khusus Selesaikan Masalah Pmi

Jokowi Dan Pm Malaysia Sepakat Bentuk Mekanisme Khusus Selesaikan Masalah Pmi

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 145 hits
Jokowi menghargai komitmen PM Anwar memberi perlindungan bagi PMI Serta ada penegakan hukum yang adil untuk para PMI
Video Presiden Jokowi Turun Tangan Selesaikan Masalah Lama Dengan Malaysia

Video Presiden Jokowi Turun Tangan Selesaikan Masalah Lama Dengan Malaysia

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 181 hits
Presiden Jokowi terbang ke Malaysia menemui Perdana Menteri Anwar Ibrahim Jokowi berencana menyelesaikan masalah lama yang tak kunjung tuntas Selain ke Malaysia Jokowi turut mampir ke Singapura Di mana Jokowi berencana menemui pengusaha kay...
Rakyat Malaysia Susah Nak Menyimpan Setiap Bulan Simpanan Kerap Bocor

Rakyat Malaysia Susah Nak Menyimpan Setiap Bulan Simpanan Kerap Bocor

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 274 hits
SEBANYAK 84 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan tetap setiap bulan berdasarkan kaji selidik Jaringan Pendidikan Kewangan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kebanyakan rakyat Malaysia hanya
Huawei Malaysia Welcomes Simon Sun As New Chief Executive Officer

Huawei Malaysia Welcomes Simon Sun As New Chief Executive Officer

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 218 hits
Huawei Technologies Sdn Bhd has announced the appointment of Mr Simon Sun as its new CEO The broad range of responsibilities Mr Sun will oversee include setting the company s organisational strategy and goals maintaining customer centricity...
How Serious A Problem Is Underage Driving In Malaysia

How Serious A Problem Is Underage Driving In Malaysia

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 140 hits
In 2015 transport minister Liow Tiong Lai said that there were around seven million unlicensed drivers on Malaysian roads These offenders are only identified after a crash occurs What is the statistic for today On June 11 the traffic police...
Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Rakyat Malaysia Permohonan Dibuka

Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Rakyat Malaysia Permohonan Dibuka

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 338 hits
Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Rakyat Malaysia Permohonan Dibuka Bantuan lesen memandu B2 merupakan program yang diperkenalkan oleh kerajaan Maalysia bagi membantu rakyat mendapatkan lesen memandu kelas B2 dengan kos yang lebih rendah atau ...
Malaysia Mudah Menewaskan Solomon Island Yang Lebih Banyak Bermain Secara Bertahan

Malaysia Mudah Menewaskan Solomon Island Yang Lebih Banyak Bermain Secara Bertahan

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 294 hits
Malaysia Mudah Menewaskan Solomon Island dengan Jaringan 4 Gol Berbalas 1Malaysia menunjukkan prestasi cemerlang dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung pada 14 Jun 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil Pasukan Harimau Ma...
Jadual Malaysia Vs Kepulauan Solomon Dan Papua New Guinea Tahun 2023

Jadual Malaysia Vs Kepulauan Solomon Dan Papua New Guinea Tahun 2023

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 264 hits
Kita lupakan sekejab berkaitan aksi Liga Super dan tumpukan sepenuhnya kearah skuad bola sepak kebangsaan negara iaitu menerusi pasukan Harimau Malaya yang akan mengharungi dua perlawanan persahabatan Tier 1 iaitu bertemu Kepulauan Solomon ...
Malaysia Vs Kepulauan Solomon Analisis Perlawanan Dengan 10ribu Tiket Telah Terjual

Malaysia Vs Kepulauan Solomon Analisis Perlawanan Dengan 10ribu Tiket Telah Terjual

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 196 hits
Malaysia vs Solomon Siapa yang akan berjaya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Kepulauan Solomon pada hari Rabu ini akan menjadi ujian terakhir bagi kedua dua pasukan sebelu...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien