Pelan Pengukuhan Diri Bukan Negara


ULASAN

Mahidaddin bentang pelan
kukuhkan kedudukan diri bukan negara.SEMUA orang sudah dengar perutusan khas Mahiaddin Md Yassin membentangkan pelan, (saya panggil "peler") pemulihan negara sekejap tadi. Mahiaddin membuat perutusan itu kurang 24 jam Raja-Raja Melayu dan Yang diPertuan Agong berjumpa di Istana Negara esok untuk "berbincang-bincang" masalah negara.
Perjumpaan esok ramai yang salah anggap sebagai persidangan Majlis Raja-Raja (MMR). Bukan, ia perjumpaan luar biasa antara Raja-Raja Melayu dengan Agong. 
Perjumpaan itu ekoran Yang diPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Billah Shah memanggil menghadap ketua-ketua parti politik dua tiga hari lepas. Gambarannya perjumpaan itu penting dan mustahak? 
Mungkin ada keperluan dan suatu kebijakan untuk baginda memaklum atau menerima pandangan balas daripada Raja-Raja Melayu berhubung pertemuan baginda dengan ketua-ketua parti politik. Perjumpaan esok sebenarnya bukan keperluan terdesak atau penting yang seharusnya ditangani oleh Raja-Raja walaupun ada harapan rakyat kepada baginda. 
Perjumpaan besok ia tidak lebih bagi menunjukkan bahawa Raja-Raja Melayu mengambil berat dan cakna ke atas apa yang sedang berlaku sekarang ini. Sebagai Payung Rakyat, maka baginda seharusnya peka dan prihatin kepada segala masalah. Tetapi dari konteks Raja Berperlembagaan baginda tidak dapat berbuat lebih daripada kuasa yang ada. Kuasa baginda terbatas dan terhad.  
Perlu difahami, apa yang ada dalam benak Raja Raja berbeza dengan apa yang ada dalam benak orang politik. Baginda berfikir untuk kesejahteraan rakyat umum, orang politik lebih berfikir untuk kepentingan diri dan puak. Ini "farak" antara Raja dengan orang politik.  
Tetapi kerana masalah negara kini yang dilihat penat dan celaru di bawah Mahiaddin, ramai yang menaruh harapan kepada Raja Raja Melayu ikut sama memikir dan bertanggungjawab serta menuntaskan permasalahan mereka. Rakyat meletakkan kepercayaan kepada Raja-Raja untuk menyelesaikan masalah mereka apabila kerajaan (perdana menteri) dilihat lemah, lembab dan gagal. 
Justeru kerana berfikir demikian, maka ramai yang menganggap perbincangan esok akan memberi natijah yang positif memenuhi kehendak orang ramai ketika ini. Rakyat menanti akan ada pengumuman atau pengisytiharan sesuatu daripada hasil perbincangan itu. Sebab itu peristiwa esok ditunggu-tunggu.  
Lantaran itu pada awalnya saya sendiri menduga perbincangan esok penting menyebabkan orang akan berdebar-debar menunggu hasilnya. 
Tetapi apabila hari ini Mahiaddin membentangkan "peler" pemulihan negara yang mempunyai empat fasal, menjadikan hasil perjumpaan Raja-Raja esok seperti anti klimaks. Rasanya tidak ada apa yang lebih penting yang mungkin akan dicapai dalam perbincangan itu melainkan membuka sidang parlimen, serta bercerita fasal tempoh darurat. 
Kerana dua subjek inilah yang menjadi pokok masalah diutarakan oleh ketua-ketua parti ketika menghadap Yang diPertuan Agong selain daripada masalah pandemik, bahkan kelemahan dan kegagalan dalam sudut-sudut tertentu dalam menangani Covid-19 disebabkan dua perkara itu. 
Namun tadi dalam perutusannya, Mahiaddin sudah bayangkan parlimen akan dibuka pada bulan Oktober depan setelah fasal pemulihan memasuki ke fasal ke empat. Tidak ada tanda-tanda parlimen akan dibuka dalam waktu terdekat walaupun secara hibrid, walaupun keperluan itu diharapkan.  
Sepatutnya Mahiaddin embargo dahulu pelan berkenaan, semolek-moleknya beliau serahkan kepada Yang diPertuan Agong biarlah dapat perkenaan daripada Agong baharulah perjumpaan Raja-Raja esok ada signifikan. Memang beliau tidak perlu mendapat perkenan, tetapi sebaik-baiknya. 
Ataupun beliau sudah sembahkan pelan berkenaan kepada Agong dan sudah diperkenan. Kalau sudah sembah apa makna perjumpaan dengan Raja-Raja esok? Namun selagi belum tiba besok, kita tetap berharap ada sesuatu saguhati untuk rakyat daripada Raja-Raja.
Fasal-fasal yang dirangka oleh Mahidaan itu agak meragukan kerana ia bergantung kepada perkembangan pandemik, turun naik ke dan juga tahap vaksinasi semata-mata. Ia tidak mengambil kira perkembangan ekonomi dan emosi rakyat.
Seakan sengaja fasal itu berpandukan kepada benchmark berkenaan. Perangkaan mengenai Covid hanya milik atau pihak kerajaan sahaja boleh menyebut sahaja, dimana ia boleh dimanipulasikan untuk politik. Dakwaan beberapa pihak yang meragui angka dan data digunakan tidak dijawab dengan tuntas. 
Kesimpulannya kepada mereka yang mengharap PKP dimansuhkan, darurat tidak disambung selepas 1 Ogos nanti dan parlimen dibuka segera untuk bersidang, tampaknya berbalam-balam belum ada cahaya di hujung terowong. "Peler" pemulihan yang diumumkan tadi lebih kepada langkah mengukuhkan kedudukan Mahiaddin dan kerajaan PN daripada negara keseluruhannya.  
Sekali lagi Mahiaddin bertegas dengan pendiriannya sendiri tanpa mengambil kira langsung pandangan orang lain, walaupun beliau mengatakan beliau konsisten akan tegas dengan prinsip demokrasinya, itu hanya alasan semata-mata. Peler dibentangkan itu tidak lebih daripada petunjuk bahawa dia semakin syok dengan jawatan disandangnya itu. [wm.kl.6: 31 15/062021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/06/pelan-pengukuhan-kedudukan-mahiaddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelan Pemulihan Negara Ini Merangkumi Empat Fasa

Pelan Pemulihan Negara Ini Merangkumi Empat Fasa

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 226 hits
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama ataupun threshold untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya SUBSCRIBE now Astro Awa...
Awani Borneo 15 06 2021 Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara Mudah Cepat Jimat Mulai Julai

Awani Borneo 15 06 2021 Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara Mudah Cepat Jimat Mulai Julai

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 238 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Assim Hassan membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini PM umum Pelan Pemulihan Negara Vaksin CanSino sesuai untuk digunakan di pedalaman Sarawak Sabah s
Agenda Awani Pelan Pemulihan Negara Mengurs Krisis Tanggani Pandemik

Agenda Awani Pelan Pemulihan Negara Mengurs Krisis Tanggani Pandemik

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 205 hits
Kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan untuk negara keluar daripada pandemik COVID19 apa yang boleh kita jangka Diskusi Nazri Kahar bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian dalam AgendaAWANI SUBSCRIBE now Astro Awani h...
Bidas Pemain Sertai Skuad Negara Seperti Percutian Tmj Tawarkan Diri Pimpin Harimau Malaya

Bidas Pemain Sertai Skuad Negara Seperti Percutian Tmj Tawarkan Diri Pimpin Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 204 hits
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak JDT hari ini membidas sikap segelintir pemain skuad kebangsaan yang dilihat seperti pergi bercuti pada musim panas setiap kali tugasan an...
Kerajaan Laksana 4 Fasa Pelan Pemulihan Negara

Kerajaan Laksana 4 Fasa Pelan Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 288 hits
Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bertepatan dalam memastikan kerajaan dapat melaksanakan perancangan yang lebih tersusun mendepani pandemik COVID 19 Pensyarah Pusat Polisi Perdana Fakult...
Pelan Pemulihan Negara Merupakan Strategik Peralihan Keluar Secara Berfasa Daripada Kemelut Covid19

Pelan Pemulihan Negara Merupakan Strategik Peralihan Keluar Secara Berfasa Daripada Kemelut Covid19

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 179 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kerajaan telah merangka pelan ini dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup saud...
Pelan Pemulihan Negara Perlu Ada Plan B Dan C

Pelan Pemulihan Negara Perlu Ada Plan B Dan C

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 166 hits
BANGI 5 Zulkaedah 1442H Rabu Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin semalam memerlukan pelan rancangan alternatif jika beberapa indikator asal yang disasarkan gagal dicapai Setiausaha Agung Barisan Je...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff