Pelan Induk Pengangkutan Rm46 Bilion Gagal P Pinang Digesa Batalkan





GEORGE TOWN: Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang bernilai RM46 bilion sudah gagal dan perlu dibatalkan kerana ia lebih memfokuskan tambakan laut berbanding pengangkutan awam seperti matlamat asalnya, kata sebuah gabungan NGO.
Jawatankuasa pemandu Penang Forum dalam kenyataan berkata, kegagalan itu adalah ketara selepas kerajaan negeri mengumumkan sebuah syarikat swasta dibenarkan menambak sebuah pulau buatan, dan secara berperingkat.
Ini katanya, menunjukkan projek itu tersasar daripada matlamat asal.
Menurutnya, kerajaan Pulau Pinang sepatutnya menghentikan projek itu sama sekali kerana wujud percanggahan kepentingan yang jelas.
Pulau Pinang merancang menambak tiga pulau pada 2015, dengan tanah itu akan dijual untuk membiayai projek LRT dan lebuh raya. Projek itu ditawarkan kepada SRS Consortium.
Tetapi, minggu lalu, diumumkan sebahagian daripada tambakan laut untuk pulau pertama akan dilakukan secara swasta oleh SRS, melalui sebuah syarikat usaha sama 70:30 dengan kerajaan negeri.
Penang Forum berkata, berita terbaharu itu tidak mengejutkan dan pada zahirnya, PTMP mengenai kemudahan pengangkutan kini tersasar.
“Sekarang, ramai boleh nampak ia secara jelas hanya didorong tambakan laut,” kata kumpulan itu.
Katanya, ia membantah projek itu dilakukan pemaju kerana SRS terdiri daripada tiga pemaju yang kekurangan pengalaman dalam merangka pelan pengangkutan tepat yang tertumpu untuk menggerakkan rakyat, bukannya kenderaan.
Menurutnya, dengan membenarkan sebahagian daripada sebuah pulau itu ditambak secara swasta, negeri itu akan menerima dana untuk membiayai jajaran 2.4km daripada Lebuh Raya Pan Island Link sepanjang 19.5km yang penuh kontroversi, serta jejambat 5.3km menghubungkan pulau buatan itu dengan pulau utama.
Katanya, lebih banyak jalan raya bukannya idea progresif sedangkan dunia cuba mengurangkan pelepasan karbon dan tambakan laut akan menyebabkan kerosakan kekal kepada perairan perikanan utama.
Penang Forum berkata, jika negeri itu menggunakan cetak biru asal pengangkutan hasil rundingan dengan masyarakat awam, yang diberi nama pelan pengangkutan Halcrow, sistem transit bas moden dan pengangkutan air boleh diperkenalkan.
“Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya hanya menamatkan perjanjian rakan penyampaian projek itu dengan SRS, bukannya memeterai perjanjian tambahan untuk sesuatu yang sangat berbeza daripada cadangan asal pada 2015.”



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/pelan-induk-pengangkutan-rm46-bilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Bayar Tunggakan Cukai Rm1 7 Bilion Lhdn Failkan Notis Bangkrap Terhadap Najib

Gagal Bayar Tunggakan Cukai Rm1 7 Bilion Lhdn Failkan Notis Bangkrap Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memfailkan notis untuk membankrapkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1 7 bilion Melalui carian dokumen yang diperole...
Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya

Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bentong Wong Tack menggesa Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin supaya membatalkan lesen operasi Lynas Corp di negara ini selepas gagal menentukan lokasi loji pelupusan sisanya selewat lewatnya pa...
4 Adun Bersatu Boikot Sesi Libat Urus Pulau Pinang

4 Adun Bersatu Boikot Sesi Libat Urus Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 289 hits
nbsp Seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia di sini bertindak memboikot sesi libat urus ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama barisan ADUN yang bermula hari ini nbsp Keempat empat ADUN
4 Adun Boikot Sesi Bersama K Jaan P Pinang Lepas Dinafikan Peruntukan

4 Adun Boikot Sesi Bersama K Jaan P Pinang Lepas Dinafikan Peruntukan

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 445 hits
Sejumlah empat Adun pembangkang Pulau Pinang memboikot sesi libat urus ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan wakil rakyat yang diadakan hari ini dan esok Mereka ialah Adun daripada Bersatu iaitu Dr Afif Bahardin Zulkifli Ibrahim Khal...
Air Mentah Kedah Pulau Pinang Perlu Cari Kesepakatan

Air Mentah Kedah Pulau Pinang Perlu Cari Kesepakatan

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 244 hits
BH ONLINE Kedah dan Pulau Pinang bergantung sumber air mentah dari Sungai Muda yang mengalir dari hutan simpan Ulu Muda KUALA LUMPUR Kerajaan Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakatan dalam isu tuntutan bayaran sumber air men...
Diugut Terima Air Selut Pulau Pinang Mohon Tindakan Putrajaya

Diugut Terima Air Selut Pulau Pinang Mohon Tindakan Putrajaya

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 249 hits
BUKIT MERTAJAM 27 Mac Kerajaan negeri Pulau Pinang menyarankan Kerajaan Persekutuan untuk campur tangan bagi mengatasi kemelut air yang berlaku dengan negeri Kedah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya amat berharap agar...
Kerajaan Negeri Kedah P Pinang Perlu Henti Berbalah

Kerajaan Negeri Kedah P Pinang Perlu Henti Berbalah

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 353 hits
Sumber Malaysian GazetteMuhammad Sanusi Md Nor dan Chow Kon Yeow KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kedah perlu menghentikan perbalahan dan mengatasi permasalahan secara baik demi kebaikan rakyat kedua dua negeriPerbalahan antara...
Polis Marin Pulau Pinang Berjaya Tumpas Sindiket Rokok Seludup

Polis Marin Pulau Pinang Berjaya Tumpas Sindiket Rokok Seludup

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 552 hits
Taktik seorang lelaki menjadikan sebuah stor dalam kebun koko sebagai tempat menyimpan rokok seludup dibongkar Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang semalam Stor itu ditemui selepas polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di k...
Dap Akhirnya Mengaku Kerajaan Dap Pulau Pinang Belum Lulus Undi18

Dap Akhirnya Mengaku Kerajaan Dap Pulau Pinang Belum Lulus Undi18

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 361 hits
28 Mac lalu Setiausaha Politik Lim Kit Siang Syahredzan Johan meminta bukti ke atas dakwaan bahawa Negeri PH sendiri masih tak turunkan had umur untuk jadi ADUN Kata Syahredzan Tak boleh tunjuk satu statement pun yang PH tak sokong macam sa...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin