Pelan Damai Tajaan As Satu Perangkap Menteri Luar Palestin
WARGA Arab Israel dan Palestin mengadakan tunjuk perasaan menuntut hak mengembalikan tanah milik mereka di Umm al-Fahm, kelmarin. - AFP
NEW YORK 10 Mei - 'Bukannya pelan damai, sebaliknya pelan menyerah kepada Zionis'.Demikian ditegaskan oleh Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki mengenai pelan damai Asia Barat yang dirangka Amerika Syarikat (AS) melibatkan Palestin dan Israel, turut dilihat sebagai satu perangkap.Beliau menyelar tindakan AS sebagai tidak ikhlas untuk menyelesaikan konflik antara Israel dan Palestin dengan Washington dilihat bertungkus-lumus ‘menyiapkan pelan supaya penduduk Palestin menyerah kepada Israel’ berbanding mencapai kata putus menerusi pelan rundingan damai.Riyad menyatakan rasa kesalnya ketika mesyuarat bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut dihadiri oleh wakil AS ke Asia Barat, Jason Greenblatt.Greenblatt dan penasihat kanan Presiden Donald Trump, Jared Kushner menghabiskan masa selama dua tahun untuk menyiapkan usul rundingan damai yang diharapkan dapat memperbaharui perbincangan antara Israel dengan Palestin.Pelan baharu itu dijangka didedahkan pada Jun ini.AMERIKA TIDAK LAYAK!“Kami tidak mampu untuk tidak terlibat dalam mana-mana usaha perdamaian, namun usaha pentadbiran kerajaan AS tidak layak dilihat sebagai pelan rundingan damai.“Pelan yang diusahakan Washington tidak menunjukkan usaha untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin, sebaliknya ingin kami (penduduk Palestin) menyerah kepada Israel,” tegas Riyad.Pelan rundingan yang diketengahkan AS mempunyai dua komponen utama iaitu isu politik berkaitan status Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan isu berkaitan mengukuhkan dasar ekonomi Palestin.Namun, kedua-duanya tidak menyebut mengenai penyelesaian dua negara seperti yang pernah disebut oleh Trump sebelum ini.JENAYAH PERANG ZIONISDalam perkembangan berkaitan, organisasi amal kemanusiaan antarabangsa, ActionAid menyatakan tindakan rejim Zionis yang ‘sengaja’ menyasarkan kawasan penempatan penduduk Palestin ketika melancarkan serangan udara ke Semenanjung Gaza baru-baru ini dianggap sebagai jenayah perang.Organisasi itu turut menuduh AS serta Kesatuan Eropah (EU) bersubahat dengan jenayah yang dilakukan oleh Israel dengan mengutuk tindakan pergerakan Palestin melancarkan roket ke arah wilayah Israel, namun berdiam diri mengenai tindakan Zionis.Menurut ActionAid, sebanyak 780 penduduk Palestin kini kehilangan tempat tinggal susulan serangan udara tentera Israel sebelum ini dan 44 peratus daripadanya terdiri daripada kanak-kanak.Sebuah masjid, empat kemudahan perubatan, lima pejabat media dan 10 bangunan awam turut musnah dalam serangan terbabit.Sementara itu, keadaan di Gaza kembali tenang dengan kebanyakan penduduknya mula menjalani kehidupan seperti biasa selepas insiden pertempuran dengan tentera Israel sebelum ini yang meragut 25 nyawa penduduk Palestin.Susulan persetujuan gencatan senjata yang dicapai, banyak premis perniagaan sudah dibuka, para pelajar kembali ke sekolah dan orang ramai mula bekerja.Namun, penduduk Palestin tidak akan mudah melupakan serangan yang berlaku.Antara yang mendapat perhatian adalah kematian seorang wanita hamil dan beberapa kanak-kanak.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana ada kata damai kepada pengganas dan bapak pengganas saperti Zionis dan AS?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/pelan-damai-tajaan-as-satu-perangkap.html