Pelajar Tingkatan 1 Reka Posture Manager Bantu Atasi Masalah Sakit Belakang Ciptaan Menyerlah Dalam Innovathon Musim 2


Seorang pelajar Tingkatan 1, Tan You Han, telah mencuri tumpuan dunia inovasi teknologi apabila ciptaan beliau, Posture Manager, diiktiraf dengan Anugerah Khas Juri: Teknologi Kreatif dalam INNOVATHON Musim 2, sebuah program realiti TV berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mencari penyelesaian dan juga penambahbaikan terhadap isu sosioekonomi semasa. 

Berusia 13 tahun, You Han adalah seorang pelajar di SMJK (C) Katholik PJ dan mula mendalami dunia coding sejak berusia 9 tahun. Kegigihan dan semangatnya dalam dunia teknologi membolehkannya mencipta penyelesaian yang praktikal untuk masalah kesihatan yang biasa dihadapi oleh masyarakat, terutamanya berkaitan postur duduk. 
Latar Belakang Inovasi 
Inovasi ‘Posture Manager’ bermula daripada pengalaman peribadi You Han. Ibunya sering mengalami masalah sakit belakang dan terpaksa menjalani rawatan fisioterapi yang berulang. Melihat kesukaran yang dihadapi ibunya, You Han merasa terdorong untuk mencipta sesuatu yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan cara yang lebih efisien, terutamanya dalam pemantauan postur di rumah. 

Bermula dengan membuat kajian dalam talian mengenai kesalahan postur duduk, You Han mendapati bahawa ramai individu, terutamanya mereka yang bekerja dalam jangka masa panjang, mengalami masalah postur yang salah. Hal ini boleh menyebabkan sakit belakang, leher, dan pelbagai penyakit lain. Menerusi pengamatan tersebut, beliau bertekad untuk mencipta sebuah alat yang dapat memberi peringatan kepada pengguna agar duduk dengan cara yang betul. 
Inovasi Mengubah Cara Duduk  
‘Posture Manager’ adalah sebuah peranti yang direka untuk membantu pengguna membetulkan postur duduk mereka. Peranti ini bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan mencegah penyakit yang sering timbul akibat postur duduk yang salah. Dengan menggunakan teknologi dan kemahiran coding yang diperoleh You Han, beliau dapat menghasilkan sebuah produk yang mudah digunakan, di mana peranti ini akan memberi amaran apabila postur duduk seseorang tidak betul. 

Ketika ditanyakan tentang bagaimana produknya dapat membantu orang lain, You Han mengatakan kini semakin ramai yang mengalami masalah sakit belakang kerana postur tubuh yang salah.  
“Saya percaya bahawa ‘Posture Manager’ dapat membantu lebih ramai orang pada masa hadapan kerana semakin ramai orang mengalami sakit belakang, yang sering dikaitkan dengan postur yang salah, terutamanya dengan peningkatan gaya hidup sedentari, pengaturan kerja dari rumah, dan masa penggunaan skrin yang berpanjangan.  
Produk saya dibangunkan untuk menangani masalah yang meluas ini dengan menggalakkan tabiat duduk yang lebih baik, yang dapat mengurangkan risiko ketidakselesaan berkaitan postur, seperti sakit belakang. Seiring dengan peningkatan kesedaran mengenai kesan postur terhadap kesihatan jangka panjang, saya percaya ‘Posture Manager’ mempunyai potensi untuk membantu lebih ramai orang dengan bertindak bukan sahaja sebagai alat pembetulan, tetapi juga sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan sakit belakang sebelum ia menjadi masalah kronik.” 
Kos untuk pembangunan produk ini adalah sekitar RM70, dan ia dijual pada harga RM100. You Han juga mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian pasaran dengan membuat tinjauan dalam talian mengenai masalah postur duduk yang salah sebelum memulakan pembangunan produk. Melalui kajian ini, beliau dapat memahami lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi oleh ramai orang, sekaligus membantu mereka mencari solusi yang praktikal. 
Pencapaian Hebat You Han!  
Selain anugerah yang diterima dalam Innovathon, Posture Manager juga telah mendapat pengiktirafan dalam beberapa pertandingan inovasi. You Han meraih tempat kedua dalam pertandingan Coolest Project Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 2023, dan juga dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dalam pertandingan YTech Competition.  
Lebih membanggakan, beliau telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan International Creative Innovation Award (ICIA) yang berlangsung di Thailand, di mana beliau berjaya meraih dua anugerah besar: Titanium Award dan Grand Prize pada April 2024.  
Masa Depan Yang Cerah 
Inovasi yang dihasilkan oleh You Han bukan sahaja memberi manfaat kepada individu yang mengalami masalah postur, tetapi juga menunjukkan potensi besar dalam bidang teknologi. Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan pengetahuan, kreativiti, dan ketekunan, seseorang remaja pun dapat mencipta sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat. 

Memasang impian untuk menambah baik ‘Posture Manager’ You Han mahu mengembangkan produknya lebih dari sekadar sebuah kerusi.  
“Saya sentiasa memantau cabaran kesihatan di seluruh dunia, mencari cara untuk memberikan impak positif. Pada masa hadapan, saya ingin mengembangkan ‘Posture Manager’ dengan menambah ciri-ciri baharu yang lebih meluas, bukan hanya terhad kepada kerusi.  
Saya sedang meneroka cara untuk mengintegrasikan teknologi canggih seperti IoT dan AI untuk pembetulan postur yang lebih pintar. Saya juga bersemangat untuk meningkatkan bantuan mobiliti, seperti kerusi roda, dengan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan sokongan dan keselamatan bagi penggunanya.” 
Tanpa ragu lagi, kejayaan You Han ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus meneroka dan berinovasi dalam bidang teknologi. Dengan semangat yang tinggi dan dedikasi yang tidak mengenal putus asa, beliau menunjukkan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan yang besar. 
Posture Manager adalah bukti nyata bahawa inovasi yang sederhana namun bermakna boleh memberi impak besar dalam kehidupan seharian. Tan You Han telah membuktikan bahawa dengan keinginan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi orang sekeliling, seorang pelajar tingkatan 1 mampu mencipta sebuah alat yang bukan sahaja menyelesaikan isu kesihatan, tetapi juga menginspirasi generasi muda untuk mencipta masa depan yang lebih baik. 
Jom usha kesemua episod INNOVATHON Musim 2 di Astro Go dan sooka, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!
#INNOVATHON2 #MotivasiInspirasi #AstroMalaysia #AstroGo #sookaMalaysia 
The post Pelajar Tingkatan 1 Reka ‘Posture Manager’, Bantu Atasi Masalah Sakit Belakang. Ciptaan Menyerlah Dalam INNOVATHON Musim 2! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pelajar-tingkatan-1-reka-posture-manager-bantu-atasi-masalah-sakit-belakang-ciptaan-menyerlah-dalam-innovathon-musim-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tol Percuma Pada Musim Perayaan Tak Bantu Atasi Kesesakan Jalan Tpm

Tol Percuma Pada Musim Perayaan Tak Bantu Atasi Kesesakan Jalan Tpm

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comTimbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguna jalan raya perlu merancang perjalanan mereka kerana kerajaan tidak lagi memberikan pengecualian tol semasa musim perayaan Menurutnya pemberian tol percuma semasa m...
Ini Cara Atasi Masalah Jika Gagal Bayar Pinjaman Bank Tak Perlu Mengamuk Jika Kereta Ditarik

Ini Cara Atasi Masalah Jika Gagal Bayar Pinjaman Bank Tak Perlu Mengamuk Jika Kereta Ditarik

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 204 hits
Mereka yang menghadapi situasi ini sering terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi sama ada melalui institusi kewangan pinjaman koperasi atau melalui pinjaman daripada rakan taulan dan keluarga Ada juga yang kehilangan harta benda akiba...
Mayat Pelajar Tingkatan Dua Yang Dilaporkan Hilang Ketika Memancing Di Jeranut Feri Ditemui Pagi Ini

Mayat Pelajar Tingkatan Dua Yang Dilaporkan Hilang Ketika Memancing Di Jeranut Feri Ditemui Pagi Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 135 hits
JERANTUT Mayat pelajar tingkatan dua yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri ditemui pagi ini Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Zulfadli Zakaria berkata mayat mangsa di...
Tips Khas Untuk Pelajar Yang Menempah Projek Akhir Di Syarikat Reka Bentuk Pembungkusan

Tips Khas Untuk Pelajar Yang Menempah Projek Akhir Di Syarikat Reka Bentuk Pembungkusan

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 194 hits
Dalam dunia pendidikan reka bentuk projek akhir adalah langkah penting bagi pelajar untuk menunjukkan hasil kerja dan kemahiran mereka Bagi pelajar yang ingin menempah projek akhir di syarikat reka bentuk pencetakan terdapat beberapa perkar...
Masalah Hipertiroidism

Masalah Hipertiroidism

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 136 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya menghidap masalah tiroid dan kini mengambil ubat Camazol 5 mg Selain itu saya juga mengamalkan minyak zaitun dan tocotrienol Apakah saranan doktor mengenai masalah saya ini Terima kasih Waalaikumussalam Masal...
Masalah Penyokong Pas Di Kelantan Selesai Bila Banner Janji Kemudahan Jalur Lebar Hilang

Masalah Penyokong Pas Di Kelantan Selesai Bila Banner Janji Kemudahan Jalur Lebar Hilang

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 139 hits
HarapandailyMasalah capaian internet di Kelantan rupanya selesai apabila kain rentang yang menjanjikan kemudahan jalur lebar semasa kempen plihan raya lalu hilang Tular dakwaan seorang penduduk di Parlimen Machang berkenaan manifesto wakil ...
Masalah Bari Bari Hurung Buah Sayur Ini Cara Hapuskannya

Masalah Bari Bari Hurung Buah Sayur Ini Cara Hapuskannya

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 146 hits
Masalah bari bari yang menghurung buah atau sayur di dapur memang merimaskan terutama bila jumlahnya banyak Nak masak pun tak senang Dalam masa yang sama kebanyakan kita juga tak tahu cara untuk menghapuskan ulat kecil ini Bagi menyahkan ba...
Kerap Makan Daging Tinggi Proses Hati Hati Anak Boleh Ada Masalah Kesihatan

Kerap Makan Daging Tinggi Proses Hati Hati Anak Boleh Ada Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 152 hits
Makanan berproses mungkin cepat dan menjimatkan masa tetapi buat jangka masa panjang ia memudaratkan anak kecil kita Sebab apa Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan makanan tinggi proses seperti sosej meatball nuget dan sebagainya mempunya...
Lirik Lagu Cukup Kita Ayu Damit Emeer Bakri

Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

Ipank Apakah Itu Cinta Chord

Silap Faham Lagi Bahaya Dari Tidak Faham

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Taniah Kpm Yb Menteri Fadlina Sidek Macam Ni La Bertindak Tak Payah Baik Sangat Dengan Kaki Fitnah

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidilfitri 1446 Hijrah 2025 Masihi

Fitnah Senjata Tertua Didunia

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication