Pelajar Terbaik Subjek Agama Islam Jadi Wakil Rakyat Dap


 



Oleh MUHAIMIN SULAM / December 7, 2021Namanya tiba-tiba popular semasa insiden di Dewan Undangan Negeri Perak pada tahun 2008 apabila beliau diangkat beramai-ramai oleh polis
keluar dari Dewan dan dikunci dalam stor.
Selama beliau dalam stor dua jam, berlaku ‘rampasan kuasa’ di Dewan Undangan Negeri Perak apabila pihak BN melantik Speaker baru.
Pada masa itu, saya masih di UK dan menyaksikan peristiwa itu daripada internet. Sejarah telah tercatat. Tak akan terpadam, biar seribu tahun lagi. Inilah perkisahan Sivakumar a/l Varatharaju yang saya panggil YB Siva.
Anggota polis yang mengunci Siva dalam stor meminta maaf kepada beliau pada masa itu. Mereka terpaksa melakukan tugasan yang diarahkan oleh pihak atasan. Siva maafkan sahaja. Tambahan pula melihat riak wajah mereka yang tertekan dan serba salah.
Pakatan Rakyat (PR) merasakan bahawa keselamatan Siva dalam bahaya. Dalam masa yang sama, Siva ditawarkan pelbagai imbuhan untuk melompat ke BN. Meski beliau enggan, pimpinan lain merasakan tidak selamat untuk beliau.
Akhirnya beliau disimpan selama dua minggu di kediaman rasmi MB Perak secara rahsia. Ketika itu, Nizar Jamaluddin masih tinggal lagi di kediaman tersebut. Himpunan, majlis bacaan Yasin dan ceramah diadakan di kediaman itu. Panas tempoh tersebut.
Selepas Siva mempengerusi Sidang DUN di bawah pokok di Medan Istana, keadaan politik Perak semakin meruncing.
Orang politik tidak pernah mati dalam politik. Lagi ditekan, lagi melawan. Lagi dibuang, lagi orang sayang.


 Perbahasan tentang keabsahan kedudukan beliau sebagai speaker dan sidang dibincangkan oleh pakar undang-undang dan orang awam dalam dan luar negara.
Pimpinan PR Perak membuat keputusan untuk memindahkan Siva daripada Perak dan mendapatkan tempat yang lebih selamat. Akhirnya Siva dibawa ke Kelantan yang sedang diperintah oleh Pas di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Pada kesempatan itu, Tok Guru mengangkat tangan membaca doa keselamatan buat Siva yang bukan Islam. Tok Guru mahu Siva selamat di negeri bawah wahyu.
Sivakumar bersama buku penulisTok Guru mahu demokrasi dikembalikan di Perak. Sambil mendengar Tok Guru berdoa, Siva mengangkat tangan dan menyusun sembah berdoa pada Sivannya.
Siva berada dalam buangan negeri selama dua bulan di Kelantan. Sepanjang dalam buangan itu, beliau berpindah sebanyak lapan kali bagi memastikan pihak keselamatan atau pihak tertentu tidak dapat mengesan.
Sebagai seorang vegetarian, pihak Pas Kelantan memastikan Siva mendapat bekalan makanan yang sesuai tanpa gagal. Sepanjang tempoh buangan itu, perhubungan luar beliau dikawal.
Sim kad ditukar setiap minggu. Husam Musa diberi tanggungjawab bagi memastikan keselamatan Siva terjamin. Mendengar ceritanya, seperti cerita James Bond bertembung dengan agen KGB.
Apabila saya kembali ke tanah air dan aktif balik dengan Pas, kami bersama dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak. Saya ketika itu adalah Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Setiusaha Badan
Perhubungan Pas Perak dan pejabat kami di pejabat Pas Perak di Medan Istana. Setiausaha Pakatan Rakyat Perak ketika itu ialah Dr. Khairuddin Dato Malek. Pakatan Rakyat Perak pada masa itu konsisten mengadakan mesyuarat dua kali sebulan.
DAP diwakili Nge Khoo Ham, Nga Kor Ming, Wong Kah Woh dan Siva sendiri. Manakala PKR diwakili oleh Dr. Muhamad Nor Manuti, Lee Boon Chye, Yunus Jamhari, Laksamana (B) Imran.
Pas pula diwakili Ustaz Abu Bakar Hussein, Nizar Jamaluddin, Asmuni Awi dan Dr. Khairuddin. Dari situlah kami membina kekuatan dalam menawarkan khidmat sebagai kerajaan kepada rakyat.
Beliau kini adalah Setiausaha Pakatan Harapan Perak dan memegang jawatan ini sejak 2015 dan Ahli Parlimen Batu Gajah. Banyak program yang saya uruskan sepanjang beliau menjadi Setiausaha Pakatan Harapan Perak.
Siva adalah antara pimpinan DAP yang fasih berbahasa kebangsaan. Bukanlah sesuatu yang menghairankan. Itulah yang sepatutnya sebagai seorang warganegara Malaysia dan pemimpin. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bukan bahasa politik. Bukan sekadar bahasa orang Melayu.
Anak tempatan Ipoh ini merupakan anak kepada tentera darat berpangkat sarjan sebelum bersara dan bertugas sebagai penyelenggara setor di Rejimen 503, Ipoh.
Siva mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Coronation Park dan Sekolah Menengah Anderson. Pada peperiksaan SPM 1987, beliau satu-satunya pelajar bukan Islam yang mengambil subjek Pengetahuan Agama Islam.
Sivakumar bersama-sama ahli Majlis Pimpinan PH Perak sedang menjamu selera selepas mereka bermesyuarat di Ipoh.Pihak sekolah membenarkan dan ustaz yang mengajarnya banyak
membantu beliau lebih memahami Islam. Semasa peperiksaan percubaan, beliau mendapat keputusan terbaik subjek tersebut.
Kalah pelajar-pelajar Islam sendiri. Kecoh satu Anderson pada tahun tersebut. Bagaimana orang bukan Islam lebih baik keputusan subjek Pengetahuan Agama Islam berbanding orang Islam sendiri?
Asas pelajaran Islam yang diperolehi itu dapatlah Siva memahami sedikit sebanyak akidah, fikah, tasawuf dan sejarah Islam. Mempelajari Islam bukan bermakna berakhir dengan menjadi muslim.
Belajar Islam bertujuan untuk memahami Islam dalam kaca mata seseorang yang berada dalam masyarakat pelbagai kaum. Memahami Islam mestilah melalui al Quran dan as Sunnah bukan dari perangai dan tabiat orang Islam.
Muhaimin Sulam adalah Ketua Koordinasi Komunikasi Pakatan Harapan Perak dan juga Naib Pengerusi Amanah Perak.
Buku terbaharu beliau, Menang dan Terbuang. Demokrasi, ‘Deep State’ dan Darurat’ boleh diperolehi di kedai penulis di Shopee. https://shopee.com.my/muhaiminsulam?v=8be&smtt=0.0.3




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/pelajar-terbaik-subjek-agama-islam-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Sudah Penat Lelah Lihat Kepincangan Ph Kata Wakil Rakyat Dap

Rakyat Sudah Penat Lelah Lihat Kepincangan Ph Kata Wakil Rakyat Dap

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 259 hits
PETALING JAYA Rakyat sudah penat dan lelah melihat kepincangan Pakatan Harapan kata seorang wakil rakyat muda DAP mengulas kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Melaka Sabtu lalu Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamal...
Letak Lah Sapa Pun Sebagai Menteri Agama Judi Tetap 22 Kali Tak Malu Ke Dap Ke

Letak Lah Sapa Pun Sebagai Menteri Agama Judi Tetap 22 Kali Tak Malu Ke Dap Ke

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 205 hits
Letaklah ulamak sebagai duta khas bertaraf menteri Letaklah lebai sebagai menteri agama dan timbalan menteri Letaklah Jamil Khir sebagai penasihat menteri Namun judi tetap kekal kpd 22 kali cabutan Waktu PH kerajaan tak perlu menteri agama ...
Iwan Fals Wakil Rakyat Chord

Iwan Fals Wakil Rakyat Chord

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 231 hits
C C F CC F CC F CC F C F Cuntukmu yang duduk sambil diskusiC G Cuntukmu yang biasa bersafari F Dm G C G Fdi sana di gedung DPR C wakil Rakyat kumpulan F Corang hebatC bukan kumpulan G Cteman teman dekat F Dm G Capalagi sanak famili G di hat...
Sidang Dun Kelantan Ditangguh Susulan Wakil Rakyat Positif Covid 19

Sidang Dun Kelantan Ditangguh Susulan Wakil Rakyat Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 253 hits
Belanjawan Negeri Kelantan 2022 telah diluluskan sebulat suara tanpa dibahaskan KOTA BHARU Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dijadualkan berlangsung sehingga Selasa ini ditangguhkan lebih awal berikutan dua Ahli Dewan Undangan...
Menakjubkan Dinobat Kostum Terbaik Wakil Malaysia Iring 7 Puteri Ulek Mayang Di Pentas Global

Menakjubkan Dinobat Kostum Terbaik Wakil Malaysia Iring 7 Puteri Ulek Mayang Di Pentas Global

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 212 hits
PADA 4 Disember 2021 satu segmen kostum kebangsaan bagi Miss Grand International 2021 telah diadakan di Bangkok Thailand Pada tahun sebelumnya Miss Grand International 2020 Jasebel Robert mewakili Malaysia pernah memuk4u penonton menerusi k...
Wakil Rakyat Wanita Diperlukan Dalam Dun Sarawak Fuziah Salleh

Wakil Rakyat Wanita Diperlukan Dalam Dun Sarawak Fuziah Salleh

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 302 hits
Dewan Undangan Negeri Sarawak kekurangan wakil rakyat wanita apatah lagi untuk melengkapkan kuota 30 Bagi tujuan itu KEADILAN menempatkan 5 calon wanita parti itu bersaing merebut kerusi dalam Pilihan Raya Negeri pada 18 Disember ini Menuru...
Lelaki Mati Dibunuh Di Pakistan Didakwa Hina Agama Islam Video

Lelaki Mati Dibunuh Di Pakistan Didakwa Hina Agama Islam Video

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 184 hits
Lelaki Mati Dibunuh Di Pakistan Didakwa Hina Agama Islam VIDEO POLIS menahan 13 suspek dan beberapa individu lain yang terlibat dalam kes pembunuhan melibatkan seorang pekerja di sebuah kilang peralatan sukan di timur Pakistan pada Sabtu Ia...
Pelajar Islam Dipaksa Guru Solat Diluar Bangunan Sekolah Di Uk Mohon Maaf Selepas Terima Kecaman

Pelajar Islam Dipaksa Guru Solat Diluar Bangunan Sekolah Di Uk Mohon Maaf Selepas Terima Kecaman

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 336 hits
LONDON Sebuah sekolah di United Kingdom berdepan kritikan selepas tular rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar Islam dipaksa solat di luar kawasan sekolah ketika musim sejuk Arab News melaporkan Oldham Academy North dekat Manchester d...
Kesan Perkara 3 Kepada Kedudukan Agama Islam

Kesan Perkara 3 Kepada Kedudukan Agama Islam

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 309 hits
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Islam agama bagi Persekutuan tetapi agama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana mana bahagian Persekutuan Turut dijelaskan tentang kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Raja sebagai ketua a...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran