Pelajar Pilih Pdp Belajar Lebih Fokus Bendung Keciciran


Oleh AINAL MARHATON ABD. GHANI Murid SK Perempuan Methodist, Kuantan sedang mengikuti PdP di kelas dengan mematuhi SOP. – UTUSAN/AINAL MARHATON ABD. GHANIKUANTAN: Masalah keciciran dalam kalangan pelajar boleh dibendung melalui pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka berbanding Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Malah, kaedah PdP secara bersemuka lebih diminati oleh para pelajar kerana ia membolehkan mereka lebih fokus ketika guru mengajar dalam kelas.
Selain itu, pelajar juga boleh berinteraksi secara berdepan dengan guru dan dapat menyelesaikan masalah pembejalaran dengan lebih cepat.
Mengambil kira faktor di atas, maka tidak hairanlah rata-rata guru, murid dan ibu bapa yang ditemui menyatakan, PdP wajar diteruskan kerana ia lebih berkesan berbanding PdPR dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Datin Nooraziza Sabarudin berkata, PdP wajar diteruskan kerana sesi persekolahan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Menurutnya, jika sekolah ditutup lagi, banyak perkara tidak dapat diteruskan termasuk menilai kemenjadian murid.
“Sebagai contoh, murid Tahun 2 hari ini bersekolah secara bersemuka srhingga pertengahan Mac 2020 sahaja dan selebihnya menerusi PdPR. Sejauh mana pencapaian mereka ketika mengikuti kelas online perlu dikaji semula.
“Justeru, jika PdP diteruskan, banyak masalah dapat diselesaikan terutama disegi penguasaan membaca, menulis dan mengira Tahap 1,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Seorang guru,  Siti Mariam Shaikh Mohamad amat berharap kaedah bersemuka diteruskan  dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Murid sekolah rendah lebih sesuai dengan Pdp bersemuka kerana mereka masih dalam peringkat mengenal fakta asas dan perlu pemantauan secara langsung daripada guru,” katanya.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Khairul Anuwar Abu Bakar berkata, kegagalan ibu bapa menyediakan keperluan pembelajaran di rumah seperti telefon bimbit dan laptop secara tidak langsung menyumbang kepada kegagalan pelajar mengikuti kelas atas talian secara tersusun.
“Selain itu ketiadaan pengawasan sepenuhnya daripada ibubapa juga menyumbang kepada kegagalan PdPR walaupun tidak sepenuhnya,” katanya.
Guru tuisyen, Fidelia Sawai Horne turut bersetuju PdP diteruskan bagi membantu anaknya, Leah Marie Horne, 10, memperbaiki subjek Bahasa Melayu.
“Selalunya dia tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan enggan menyertai kelas atas talian,” kata ibu kepada dua anak itu.
Sementara itu, beberapa murid yang ditemui mengakui kaedah PdP lebih baik kerana mereka boleh berinteraksi secara berdepan dengan guru dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
Bagi S. Jayani, kaedah PdP wajar diteruskan kerana dia lebih suka belajar bersama rakan dan boleh bersoal jawab secara langsung ketika berada di sekolah.
Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist itu mengakui fokusnya berkurangan ketika mengikuti pembelajaran secara PdPR.
“Saya mahu PdP diteruskan supaya saya ada banyak masa di sekolah bermain dan belajar bersama kawan-kawan.
“Di rumah, saya tidak boleh menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit kecuali dengan izin mak dan ayah untuk mengikuti kelas dalam talian dan ia sangat membosankan saya,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.
Rakannya, Wan Altaf Qaisara Wan Sharuzi, 12, pula berkata, dia dan empat adiknya terpaksa mengguna komputer secara bergilir ketika pelaksanaan PdPR.
“Memang sukar belajar di rumah kerana kerap diganggu oleh adik-adik terutama ketika mengikuti kelas secara dalam talian menyebabkan tumpuan kepada guru jadi berkurangan.
“Saya harap PdP dapat diteruskan kerana saya lagi suka belajar di sekolah sebab kalau tak faham boleh tanya guru dan kawan,” kata penerima Anugerah Nilam 2020 peringkat daerah Kuantan itu.
Leah Marie Horne, 10, juga lebih berminat mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka kerana lebih mudah berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan.
“Saya perlu perbaiki subjek Bahasa Melayu kerana agak lemah. Saya bimbang jika PdPR dilaksanakan semula saya tidak dapat fokus dalam menyiapkan latihan diberikan guru kerana tidak faham,” kata murid Tahun Empat itu. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/pelajar-pilih-pdp-belajar-lebih-fokus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepentingan Tulisan Jawi Seperti Dilupakan Kerana Lebih Fokus Bahasa Inggeris

Kepentingan Tulisan Jawi Seperti Dilupakan Kerana Lebih Fokus Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 475 hits
Tuntutan orang Melayu perkasakan tulisan Jawi munasabah kata penganalisis tamadun IndiaRakyat Malaysia khususnya warga bukan Melayu perlu melihat tulisan Jawi daripada perspektif estetika dan falsafah bukan semata mata aspek agama Islam Pen...
Cerita Jokowi Selama Pelajar Dan Mahasiswa Belajar Dari Kesalahan

Cerita Jokowi Selama Pelajar Dan Mahasiswa Belajar Dari Kesalahan

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 220 hits
Jokowi bilang tujuan belajarnya seperti itu guna mewujudkan cita cita Selain itu ia juga aktif di kegiatan non formal seperti pencinta alam
Lebih 100 000 Pengguna Di Sabah Labuan Terjejas Bekalan Elektrik

Lebih 100 000 Pengguna Di Sabah Labuan Terjejas Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 269 hits
Sabah Electricity Sdn Bhd berkata jumlah pengguna terjejas bekalan elektrik melibatkan 18 daripada keseluruhan pengguna syarikat dalam kejadian bermula pukul 5 59 petang semalam KOTA KINABALU Sebanyak 113 965 pengguna di beberapa lokasi di ...
Jadikan Ramadan Lebih Inspiratif Wings Care Gelar Talkshow Bertajuk Giv Hijab Camp

Jadikan Ramadan Lebih Inspiratif Wings Care Gelar Talkshow Bertajuk Giv Hijab Camp

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 199 hits
GIV Hijab Camp usung ragam tema perbincangan yang inspiratif bagi muslimah sekaligus relevan terhadap situasi saat ini
Lebih 6 Tan Dadah Dirampas Polis Johor Sepanjang 2021 Ayob Khan

Lebih 6 Tan Dadah Dirampas Polis Johor Sepanjang 2021 Ayob Khan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh POLIS Johor berjaya merampas 6 27 tan dadah pelbagai jenis sepanjang tempoh antara 1 Januari 2021 hingga kelmarin Ketuanya Datuk Ayob Khan berkata dalam tempoh yang sama turut menyaksikan 4 593 ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik...
Hutang Negara Akan Meningkat Lebih Parah Dengan Belanja Rm600 B

Hutang Negara Akan Meningkat Lebih Parah Dengan Belanja Rm600 B

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 339 hits
Kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah membelanjakan RM600 bilion dalam lebih setahun menangani Covid 19 dijangka akan menyebabkan ekonomi negara bertambah tenat pada masa hadapan Pengeru...
Hashtag Kerajaangagal Dengan Ciapan Lebih 150 Ribu Bukti Nyata Rakyat Tak Puas Hati Dengan Pn

Hashtag Kerajaangagal Dengan Ciapan Lebih 150 Ribu Bukti Nyata Rakyat Tak Puas Hati Dengan Pn

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 253 hits
Betul ke sedang viral hashtag KerajaanGagal digunakan secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu Hashtag kerajaangagal malah dikatakan antara hashtag paling popular digunakan rakyat Malaysia ketika ini Beberapa media dalam talia...
Peniaga Burger Di Kota Bharu Dikompaun Rm50 000 Kerana Operasi Lebih Waktu

Peniaga Burger Di Kota Bharu Dikompaun Rm50 000 Kerana Operasi Lebih Waktu

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 207 hits
N Faizal GhazaliSeorang peniaga burger yang menjalankan perniagaannya di hadapan rumah melahirkan rasa terkejut apabila dikompaun RM50 000 oleh pihak polis gara gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan Wan Mohd Faisal Wan Kadir 38 berka...
Lebih Baik Sedikit Sedikit Daripada Membazir

Lebih Baik Sedikit Sedikit Daripada Membazir

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 208 hits
LEBIH BAIK SEDIKIT SEDIKIT DARIPADA MEMBAZIR Assalammualaikum wbt Ambil banyak kali tak apa daripada ambil sekali banyak banyak kemudian tak habis Rugi Membazir Inilah yang selalu mama babah pesan kepada PC dari PC kecil sampailah sekarang ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin