Pelaburan Matawang Kripto Bitcoin


Beberapa tahun kebelakangan pelaburan matawang kripto menjadi fenomena baru dunia dan di Malaysia matawang kripto Bitcoin agak ke depan berbanding matawang lain. Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan bahawa entri kali ini agak berat dan terdapat banyak teks.

Pelbagai persoalan timbul berkenaan pelaburan Bitcoin pada suatu ketika sehingga menarik perhatian dan diulas secara terperinci oleh SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan) di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan dalam artikel Bayan Linnas Siri Ke-153: Hukum pengguanaan matawang Bitcoin. Anda boleh baca kupasan terperinci dengan mengklik link pada tajuk artikel.

Kesimpulannya, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Walaupun pendirian jelas telah diberikan, masih terdapat sebilangan yang masih meneruskan pelaburan ini. Mungkin tawaran atau pulangan yang dijanjikan amat mempesonakan dan menyakinkan.

Saya pernah menjadi ejen pelaburan unit amanah bagi satu institusi kewangan yang menguruskan pelaburan unit amanah sejak lebih 20 tahun di Malaysia. Malangnya saya dah tinggalkan bidang ini beberapa tahun yang lepas ekoran komitmen pada kerja pertama, kekangan masa dan keluarga. Namun begitu, saya masih lagi membuat pelaburan hanya untuk diri sendiri melalui kwsp setiap 3 bulan.

Tuan Eza di dalam laman web majalahlabur.com dengan jelas mengatakan bahawa Bitcoin adalah sebahagian daripada mata wang digital atau cryptocurrency dan ia bukanlah sebuah instrumen pelaburan. Ramai orang telah mempunyai anggapan yang salah mengenai Bitcoin.
Baca di sini : Apa itu Bitcoin & Mengapa ianya bukan sejenis pelaburan

Sebagaimana telah dikongsi oleh Bank Negara Malaysia melalui entri Peringatan kepada semua pengguna di laman webnya, bagaimanakah untuk mengenalpasti skim tidak sah? Orang ramai dinasihati untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim tersebut. Sentiasa berhati-hati dan perhatikan ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim ini seperti yang berikut: 
1- Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan. 

2- Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.

3- Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut. 

4- Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi. 

5- Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama. 

6- Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan. 

Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka. 


Mungkin disebabkan tahap kesedaran yang rendah menyebabkan ramai yang telah terpedaya namun apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Kehilangan wang simpanan malahan sehingga terpaksa menanggung hutang demi mengejar janji dan harapan palsu.

Terbaru petikan berita dari laman web Harian Metro, seorang mangsa pelaburan bitcoin telah kerugian sehingga RM1.3 juta. Beliau dikatakan telah jatuh ditimpa tangga kerana terpaksa menjual rumah dan kereta hanya untuk membuat bayaran balik kepada 60 pelabur yang beliau perkenalkan dengan jumlah mencecah RM500,000.


Baca di sini : Rugi RM1.3 juta

Terdahulu Harian Metro turut telah melaporkan terdapat beberapa artis tanah air yang juga tidak terlepas dari godaan bonus hasil mempromosikan pelaburan oleh sindiket pelaburan.


Baca di sini : Artis ditipu lima bonus

Saya mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada yang berminat melabur supaya terus ke mana-mana bank terdekat kerana pelbagai jenis pelaburan yang sah anda boleh dapati di sana. Saya hanya kongsikan beberapa petikan berita yang agak tidak baik berkaitan pelaburan bitcoin. Anda boleh meneruskan carian di internet.

Apa yang perlu anda ingat, pelaburan yang sah tidak akan sesekali menjanjikan pulangan yang lumayan dalam tempoh yang singkat.

Semoga bermanfaat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2020/02/pelaburan-matawang-kripto-bitcoin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Mining Bitcoin Ethereum Dalam Dunia Mata Wang Digital Kripto

Apa Itu Mining Bitcoin Ethereum Dalam Dunia Mata Wang Digital Kripto

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 619 hits
ketika mesin mining bitcoin dan ethereum adalah paling popular imej dari googleAssalammulaikum wbt dan salam sejahtera Bagi mendapatkan wang kripto digital Individu itu boleh membeli wang kripto digital sedia ada di platform jual beli kript...
Sejarah Ringkas Ethereum Mata Wang Kripto Kedua Terbesar Dunia Selepas Bitcoin

Sejarah Ringkas Ethereum Mata Wang Kripto Kedua Terbesar Dunia Selepas Bitcoin

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 554 hits
euthereum ialah mata wang kripto kedua terbesar di dunia imej dari googleAssalammualaikum wbt dan salam sejahtera Dengan kewujudan teknologi blockhain Teknologi blockhain inilah teknologi yang menciptakan penggunaan mata wang kripto sekalig...
Memuncaknya Pengaruh Dan Kuasa Bitcoin Di Mata Dunia Dan Wujudnya Ethereum Sebagai Mata Wang Digital Kripto Kedua

Memuncaknya Pengaruh Dan Kuasa Bitcoin Di Mata Dunia Dan Wujudnya Ethereum Sebagai Mata Wang Digital Kripto Kedua

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 308 hits
gambarajah dari google Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera Kita terus ke Bagaimana memuncaknya popularity bitcoin seterusnya mata wang digital atau kripto ini di mata dunia dan kemunculan mata wang digital kripto kedua yang amat berpen...
Mangsa Sindiket Penipuan Bitcoin Rugi Rm2 5 Juta Terpedaya Pulangan Lumayan

Mangsa Sindiket Penipuan Bitcoin Rugi Rm2 5 Juta Terpedaya Pulangan Lumayan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 639 hits
Janji pulangan yang lumayan dipercayai menjadi punca sekumpulan individu mengalami kerugian lebih RM2 5 juta akibat ditipu sindiket yang berselindung di sebalik kegiatan pelaburan bitcoin Memetik laporan ada di antara mereka yang terpaksa m...
Bitcoin Bertekad Untuk Mencapai Tahap Tinggi Baru 28 01 2020

Bitcoin Bertekad Untuk Mencapai Tahap Tinggi Baru 28 01 2020

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 332 hits
Bitcoin telah menunjukkan sedikit penurunan pada hari hari sebelumnya tetapi prospek kekal menaik untuk jangka pendek BTC USD telah gagal untuk menguji semula garis median yang lebih rendah dari pitchfork menaik dan kini telah melonjak di a...
Kisah Video Tentang Bitcoin

Kisah Video Tentang Bitcoin

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 360 hits
imej di ambil dari googleAssalammualaikum wbt dan salam sejahtera Saya melihat beberapa video menceritakan bagaimana bitcoin ini mula diperkenalkan dan digunakan seluruh dunia Asal bitcoin dan asal perkataan bit itu Dalam sebuah video yang ...
Mata Wang Digital Mata Wang Kripto Sebagai Aset Digital

Mata Wang Digital Mata Wang Kripto Sebagai Aset Digital

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 346 hits
Mata wang kripto matawang digital seperti Bitcoin Ethereum litecoin dogecoin ripple menggunakan internet untuk dikirimkan ke pemilik lain di seluruh dunia tanpa menggunakan bank dan tanpa perlu mengisi maklumat diri Di anggarkan 600 juta ke...
Bagaimana Mata Wang Kripto Digital Mendapat Nilai Naik Harga Dan Turun Harga

Bagaimana Mata Wang Kripto Digital Mendapat Nilai Naik Harga Dan Turun Harga

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 449 hits
Antara logo mata wang digital kripto popular imejdari googleAssalammualaikum wbt dan salam sejahtera Artikel ini akan menerangkan dengan lebih mendalam apa itu mata wang digital kripto dan bagaimana ia boleh berubah menjadi aset digital Apa...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1