Memuncaknya Pengaruh Dan Kuasa Bitcoin Di Mata Dunia Dan Wujudnya Ethereum Sebagai Mata Wang Digital Kripto Kedua
gambarajah dari google
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Kita terus ke Bagaimana memuncaknya popularity bitcoin seterusnya mata wang digital atau kripto ini di mata dunia dan kemunculan mata wang digital / kripto kedua yang amat berpengaruh pada masa kini iaitu ETHEREUM.
Bermulanya satu transaksi pembelian pizza menggunakan 10 bitcoin dan tercatat di dalam ledger blockchain, maka seterusnya berlakulah transaksi kedua, ketiga sehingga ke ribuan transaksi. Transaksi ini membentuk ledger-ledger, ledger-ledger ini membentuk blok dalam satu rantaian yang dikenali dengan nama blockhain.
Tahun demi tahun, bitcoin terus diterima. Dari tahun 2009 harga bitcoin terus meningkat naik dan semakin meningkat naik semenjak tahun 2015 ke 2016 dan memuncak naik pada tahun 2017 melebihi USD19000 , dimana diseluruh dunia dan dunia internet hanya menyebut mengenai BITCOIN sebagai mata wang digital utama yang bakal menggantikan wang fiat dan mata wang masa hadapan.
Bayangkan bitcoin digunakan dalam pelbagai transaksi belian dari makanan, tiket kapal terbang, tempahan hotel dan pelbagai lagi. Mesin ATM bitcoin mulai wujud. Beberapa Negara mula menerima dan mengiktiraf bitcoin atau mata wang digital ini.
Jutawan dunia terkenal seperti Bill Gates, Richard Branson mula melabur dalam teknologi blockhain atau mata wang digital ini. Bukan itu sahaja beberapa syarikat besar juga mula melabur dan menerima teknologi blockchain dan wang digital ini.
Harga bitcoin meningkat naik sehingga USD19,978.60 (melebihi RM80,000) pada tahun 2017. Walau pelbagai spekulasi dan kenyataan buruk dilemparkan kepada bitcoin. Bitcoin terus meneruskan pengaruhnya keseluruh dunia dan pengguna dan penerima bitcoin terus meningkat hari demi hari.
Apabila dunia melihat kontroversi dan viralnya bitcoin ini, ia bermaksud bitocin itu sendiri sudah mula mempunyai nilai dan dunia mula menerima bitcoin sebagai pertukaran dalam bidang ekonomi bersamaan dengan nilai wang.
5 tahun selepas kewujudan bitcoin, muncul satu lagi mata wang kripto atau mata wang digital yang kini juga amat berpengaruh besar dalam dunia digital iaitu ETHEREUM sebagai mata wang kripto / mata wang digital kedua di dunia.
imej di ambil dari google
ETHEREUM
Pada tahun 2014, 5 tahun setelah kemunculan bitcoin, ETHEREUM diwujudkan dalam sistem blockhain dan muncul sebagai mata wang digital (crypto currency) / mata wang kripto kedua di dunia.
Menyedari kuasa dan pengaruh komuniti BITCOIN yang amat besar dan amat sukar di tembus dan ditandingi, maka pengasas ETHEREUM membuka platform ERC20 (ledger blockchain).
ERC20 (blockchain ledger) bagi platform ETHEREUM ini sekarang telah diupgrade atau ditingkat beberapa kali dan kini dikenali sebagai ERC223.
ERC223 ini anda boleh lihat rujukannya di Etherscan.io
Ketika ini jika anda membaca mengenai mata wang digital atau kripto mahupun teknologi blockhain. Anda pasti akan berjumpa dan tahu bahawa 2 mata wang yang sedang kuat mendominasi dunia digital dan kripto ialah BITCOIN & ETHEREUM.
Semenjak 2014 dalama masa 3 tahun ETHEREUM meningkat sebanyak 5000 kali ganda.
Tajuk seterusnya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kuasa dan pengaruh ETHEREUM yang mendominasi kewujudan mata wang digital lain selepas bitcoin. Dimana beratus wang digital atau kripto yang wujud ketika ini adalah datang dari platform ETHEREUM melalui smart contract (kontrak yang dikatakan akan menggantikan jawatan peguam di masa akan datang). Bagaimana anda ingin mengenali sama ada wang kripto atau wang digital itu genuine (benar) atau tidak, anda akan ketahuinya dalam artikel seterusnya.
Terima kasih.
Declaration:- Segala penulisan artikel di blog ini adalah dari pandangan penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab atas keputusan yang di ambil berdasarkan penulisan di blog ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2020/01/memuncaknya-pengaruh-dan-kuasa-bitcoin.html