Bursa Malaysia Terus Susut Minggu Ke 6 Berturut Turut




Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan minggu lepas, menjadikan tempoh itu sebagai minggu ke-6 berturut-turut merekodkan penyusutan yang kali terakhir dilihat pada Mei hingga Jun 2015, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research.
Ia berkata, prestasi bursa tempatan pada minggu itu turut sejajar dengan pergerakan bursa serantau.
Dalam laporan aliran dana mingguan hari ini, penganalisis Adam Mohamed Rahim berkata, paras dana antarabangsa keluar dari pasaran Asia masih tinggi, dengan data agregat sementara bagi 7 bursa Asia menunjukkan pelabur asing melepaskan AS$2.55 bilion bersih minggu lepas.
“Bagi pasaran pesat membangun Asia Tenggara yang kami pantau, semua pasaran mengalami aliran keluar bagi tempoh tersebut.
“Pelabur asing di Bangkok meningkatkan aktiviti penjualan mereka dengan menjual AS$790.4 juta bersih, Manila mencatatkan aliran keluar bersih asing AS$86.6 juta dan penjual luar pesisir di Jakarta meneruskan aktiviti penjualan bersih mereka bagi minggu kel-5 berturut-turut dengan AS$185.6 juta nilai ekuiti tempatan,” katanya.
Bagi Malaysia, pelabur luar pesisir terus mengurangkan pendedahan mereka dalam saham disenaraikan di Bursa bagi minggu ke-5 berturut-turut walaupun pada kadar lebih perlahan dengan pelabur asing menjual ekuiti tempatan bernilai bersih RM598.1 juta minggu lepas, katanya.
Adam berkata, memandangkan pasaran tempatan hanya dibuka semula pada Selasa selepas cuti Aidiladha, pelabur asing menjual RM209.6 juta bersih ekuiti tempatan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik Argentina dan Hong Kong.
“Ini merupakan aliran keluar bersih asing tertinggi bagi minggu lepas, sekali gus menyebabkan bursa tempatan susut kepada paras bawah 1,600 mata untuk ditutup pada 1,592.88 bagi hari yang sama. Ia merupakan prestasi penutup pasaran terendah sejak Ogos 2015,” katanya.
Beliau berkata, paras jualan bersih asing berkurangan pada Rabu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menangguhkan pengenaan sebahagian tarif ke atas barangan China, sekali gus memberi kelegaan kepada dunia.
Pegawai rasmi China turut memberi petanda bahawa rundingan perdagangan akan diteruskan dengan rancangan mesyuarat perdagangan bersemuka bersama Washington pada September.
“Kadar penjualan bersih asing, bagaimanapun meningkat kepada RM196.8 juta pada Khamis disebabkan kebimbangan kemungkinan ekonomi AS mengalami krisis berikutan songsangan keluk hasil perbendaharaan AS.
“Bagaimanapun aktiviti penjualan bersih asing berkurangan kepada RM118.1 juta pada Jumaat susulan pengumuman pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ke-2 2019 pada 4.9% yang mengatasi jangkaan pasaran,” katanya.
Adam berkata, pasaran ekuiti utama di seluruh dunia kekal rendah minggu lepas berikutan kebimbangan mengenai Argentina dan Hong Kong menimbulkan kekhuatiran pelabur.
Sebaliknya beliau berkata, ringgit meningkat 0.1% berbanding dolar AS dengan unit tempatan ditutup pada 4.1782 berbanding mata wang negara maju itu minggu lepas.
Harga minyak mentah Brent juga mencatatkan margin kenaikan 0.2% selepas ditutup pada AS$58.64 setong, katanya.
Kenaikan mingguan yang sedikit itu didorong terutama oleh penurunan ekuiti AS, disokong oleh hasil bon AS yang lebih baik, mengatasi laporan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
OPEC menurunkan prospeknya bagi peningkatan permintaan minyak pada 2019 sebanyak 40,000 tong kepada 1.10 juta tong sehari disebabkan jangkaan tekanan daripada kemungkinan kelembapan pertumbuhan ekonomi, katanya.
Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/19/bursa-malaysia-terus-susut-minggu-ke-6-berturut-turut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Klia Terus Alami Gangguan Sistem Pihak Malaysia Airports Tampil Perjelaskan

Terkini Klia Terus Alami Gangguan Sistem Pihak Malaysia Airports Tampil Perjelaskan

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 378 hits
Sejak malam Rabu lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengalami gangguan sistem sehingga mengakibatkan kelewatan penerbangan dan situasi tersebut berterusan sehingga pagi ini Setakat malam tadi 68 kelewatan penerbangan telah dil...
Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar As

Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar As

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 305 hits
Ringgit dibuka rendah berikutan kekurangan permintaan terhadap unit tempatan dengan pelabur terus tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar suku ke 2 oleh Bank Negara Malaysia esok Pada 9 pagi ringgit berada pa...
Wetv Perkhidmatan Penstriman Video Dari Tencent Kini Turut Boleh Diakses Di Malaysia

Wetv Perkhidmatan Penstriman Video Dari Tencent Kini Turut Boleh Diakses Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 549 hits
Tencent merupakan salah satu syarikat internet terkemuka dari China dan mempunyai sejumlah penawaran menarik dibawah mereka Salah satunya adalah perkhidmatan penstriman video mereka WeTV Terkini selepas terhad di beberapa buah negara sebelu...
Lirik Lagu Usim Terus Maju Lagu Rasmi Universiti Sains Islam Malaysia

Lirik Lagu Usim Terus Maju Lagu Rasmi Universiti Sains Islam Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 1146 hits
Lirik Lagu USIM Terus Maju Lagu Rasmi Universiti Sains Islam Malaysia Malaysia maju di zaman merdeka Umatnya bergerak berganding bahu USIM menyahut harapan bangsa Menjadi universiti termaju Cabaran masa teras kegiatan Penyelidikannya untuk ...
Instagram Dikatakan Sedang Menguji Iklan Berturut Turut Melalui Ciri Stories

Instagram Dikatakan Sedang Menguji Iklan Berturut Turut Melalui Ciri Stories

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 228 hits
Instagram platform media sosial yang popular untuk perkongsian gambar dan video kini dikatakan sedang menguji menunjukkan iklan berbayar secara berturut turut melalui ciri Stories mereka Sebagai sebuah platform yang secara rata ratanya perc...
Jokowi Ungkap Alasan Salat Idul Adha Di Jawa Barat Tiga Tahun Berturut Turut

Jokowi Ungkap Alasan Salat Idul Adha Di Jawa Barat Tiga Tahun Berturut Turut

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 278 hits
Usai salat Jokowi meyerahkan satu ekor sapi seberat 1 ton kepada Kebun Raya Bogor Sapi yang diserahkan Jokowi tersebut merupakan peranakan Ongole Indonesia
Gajah Betina Berusia 70 Tahun Dipaksa Kerja 10 Malam Berturut Turut Sedangkan Ia Sudah Uzur

Gajah Betina Berusia 70 Tahun Dipaksa Kerja 10 Malam Berturut Turut Sedangkan Ia Sudah Uzur

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 415 hits
The ReporterGajah berusia 70 tahun bernama Tikiri dipaksa berjalan jarak jauh setiap malam agar orang ramai dapat berasa dirahmati dalam satu upacara keagamaan Gajah betina itu terlalu kurus sehingga boleh menampakkan tulang temulangnya di ...
Jenazah Penuntut Malaysia Dibawa Balik Minggu Depan

Jenazah Penuntut Malaysia Dibawa Balik Minggu Depan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 295 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Demonstran Hong Kong Kembali Rencanakan Duduki Bandara Tiga Hari Berturut Turut

Demonstran Hong Kong Kembali Rencanakan Duduki Bandara Tiga Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 233 hits
Menanggapi aksi demo Jumat ini melalui situs resminya pihak otoritas bandara memastikan bahwa operasional bandara akan berjalan normal
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah