Pekerja Pembersihan Selongkar Sampah Cari Jam Tangan Rm590
Pekerja pembersihan selongkar sampah cari jam tangan RM590

GAMBAR fail seorang pekerja melakukan kerja pembersihan di Hong Kong. – Foto AFP
BEIJING – Dua pekerja pembersihan terpaksa menggeledah bertan-tan sampah dalam cuaca panas terik demi mencari jam tangan pintar milik seorang pelancong wanita di China, lapor laman berita VnExpress semalam.
Kejadian itu berlaku pada awal Julai lalu.
Seorang pelancong melakukan perjalanan bersama anaknya ke Bandar Raya Datong di wilayah Shanxi dengan menaiki kereta api.
Namun, dia secara tidak sengaja membuang jam tangan pintar milik anaknya yang bernilai kira-kira 1,000 yuan (RM590) ke dalam beg sampah berhampiran tempat duduk mereka, lapor akhbar South China Morning Post.
Aplikasi penjejak jam itu kemudian menunjukkan ia masih berada di kawasan Stesen Kereta Api Datong.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Mengikut nasihat rakannya, wanita itu menghubungi talian ‘hotline’ kerajaan bandar raya itu untuk mendapatkan bantuan mencari jam tersebut, lapor portal berita Red Star News.
Sebuah syarikat kebersihan yang dikendalikan oleh kerajaan berkata, mereka mendapati jam itu telah dimasukkan ke dalam sebuah kontena besar bersama 8 tan bahan buangan sebelum dipindahkan ke stesen pemindahan sampah.
Dua orang pekerja pembersihan kemudian diarahkan untuk menggeledah sampah tersebut dengan tangan kosong dan suhu melebihi 30 darjah Celsius bagi mencari jam tersebut.
Selepas lebih empat jam, jam tangan itu berjaya ditemui, manakala pelancong tersebut menawarkan ganjaran wang tunai.
Bagaimanapun, pekerja-pekerja terbabit dilaporkan menolak wang ganjaran tersebut, lapor portal berita China Daily. – AGENSI
Pekerja pembersihan selongkar sampah cari jam tangan RM590
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
The post Pekerja pembersihan selongkar sampah cari jam tangan RM590 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2025/07/31/pekerja-pembersihan-selongkar-sampah-cari-jam-tangan-rm590/