Pekebun Musang King Teruskan Semakan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Kuantan


 

RAUB - Kumpulan pekebun yang mengusahakan durian musang king di di sini sepakat untuk meneruskan semakan kehakiman mereka di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang melalui satu kenyataan media semalam. 
SAMKA ialah organisasi ditubuhkan pekebun durian musang king bagi memprotes skim diperkenalkan syarikat Royal Pahang Durian dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (RPDR-PKPP).
Tindakan kumpulan itu meneruskan semakan kehakiman dilihat sebagai mencabar saranan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, pada 27 Jan lalu yang meminta pekebun berkenaan mempertimbangkan semula hasrat mereka.
Chang melalui kenyataan media itu mendakwa pendirian kumpulan terbabit dibuat hasil pertemuan dihadiri kira-kira 500 pekebun tanpa geran di Kuil Guan Yin, Sungai Ruan dekat sini pada jam 2.30 petang tadi.
"Perhimpunan ini memfokuskan perbincangan mengenai kandungan kertas terma terbaru ditawarkan RPDR-PKPP pada 30 Dis 2022.
"Samka berasa amat kesal kerana wakil RPDR-PKPP - melalui surat rasmi firma guaman - menolak untuk hadir dalam perhimpunan ini.
"Mereka (RPDR-PKPP) juga tidak pernah menganjurkan town hall (dialog awam) dengan pekebun dan ini menunjukkan mereka seolah-olah tidak berminat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak," katanya.
Chang turut memaklumkan kertas terma dicadangkan RPDR-PKPP ditolak sebulat suara oleh semua pekebun tanpa geran yang menghadiri perhimpunan petang tadi.
Usah buka ruang rundingan
Katanya, semua pekebun mendakwa syarat ditetapkan melalui kertas terma itu bersifat "eksploitasi" dan berat sebelah.
"Walaupun RPDR-PKPP mendakwa terma tersebut ditambah baik, tetapi cadangannya masih mengandungi terma bersifat berat sebelah seperti menetapkan harga tetap jauh lebih murah daripada pasaran selain memaksa pekebun menjual semua durian kepada kilang RPDP-PKPP yang belum dibina.
"Bagaimanapun, pekebun bersetuju menubuhkan panel rundingan untuk memulakan perbincangan dengan kerajaan Pahang mahupun syarikat RPDR-PKPP supaya menyelesaikan kemelut dihadapi," katanya lagi.
Chang berkata, kumpulan pekebun itu juga bersetuju rundingan perlu dijalankan berdasarkan prinsip rakan setara dan segala syarat kontrak dan proses menandatangani kontrak perlu dibuat berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.
Katanya, pekebun juga sedia membayar kadar cukai tanah 20 kali ganda lebih tinggi daripada kadar ditetapkan kerajaan Pahang pada 2019.
"Mereka (pekebun) juga menawarkan untuk membayar kos tahunan bagi tujuan pemeliharaan alam sekitar untuk mewujudkan industri durian lestari," katanya.
Semalam, Perikatan Nasional (PN) Pahang dalam sidang media di Kuantan meminta kerajaan negeri tidak membuka ruang untuk berunding dengan peneroka tanah haram, termasuk pekebun durian musang king di Raub.
Perkara itu sangat penting, kata mereka, bagi memastikan kedaulatan negeri dan kepentingan rakyat Pahang tidak dicabul pihak berkepentingan.
Timbalan Pengerusi PN Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata isu pencerobohan tanah di Pahang sudah berlarutan sekian lama dan kerajaan negeri tidak perlu tunduk kepada sebarang tekanan oleh mana-mana pihak. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2023/02/pekebun-musang-king-raub-teruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
500 Pekebun Musang King Tanpa Geran Tolak Terma Berat Sebelah Rpdr Pkpp

500 Pekebun Musang King Tanpa Geran Tolak Terma Berat Sebelah Rpdr Pkpp

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 132 hits
nbsp Lebih 500 pekebun durian Musang King tanpa lesen di Sungai Ruan menolak kontrak terbaru yang diterima pada 30 Disember tahun lalu dari Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd kerana didakwa mengandungi syarat syarat yang bersifat e
Kerajaan Negeri Pahang Tunduk Desakan Penceroboh Tanah Haram Musang King

Kerajaan Negeri Pahang Tunduk Desakan Penceroboh Tanah Haram Musang King

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 236 hits
KUANTAN PAS Negeri Pahang melihat adanya lakonan politik dalam perkembangan terkini isu ladang Musang King yang melibatkan pencerobohan tanah kerajaan dan penerokaan secara haram Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar pada satu keny...
Kpt Tubuh Jawatankuasa Kaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi

Kpt Tubuh Jawatankuasa Kaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 304 hits
Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin mahu rakyat kembali percaya kepada sistem pendidikan tinggi negara PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Tinggi menubuhkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional...
Player Mengharap Harga Turun Rendah Vs Investor Mengharap Harga Naik Tinggi

Player Mengharap Harga Turun Rendah Vs Investor Mengharap Harga Naik Tinggi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 200 hits
Pertembungan oleh dua pihak atas kepentingan masing masingHarga emas jatuh rendah akan lebih menguntungkan Player sedangkan Investor mengharap harga emas naik tinggi untuk keuntungan Peluang di QM menjadikan anda Player Investor yang memili...
Cantik Dan Bertubuh Tinggi Bak Model Ini 6 Potret Sabrina Anak Bungsu Donna Agnesia

Cantik Dan Bertubuh Tinggi Bak Model Ini 6 Potret Sabrina Anak Bungsu Donna Agnesia

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 235 hits
Donna Agnesia dan Darius Sinathrya memiliki tiga orang anak Yang paling bungsu dan paling cantik karena perempuan satu satunya bernama Quinesha Sabrina Sinathrya Ia sudah beranjak remaja dan parasnya cantik Sabrina juga memiliki tubuh tingg...
Potensi Pertumbuhan Dotusd Meningkat Ke Ayunan Tinggi Terdahulu

Potensi Pertumbuhan Dotusd Meningkat Ke Ayunan Tinggi Terdahulu

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 182 hits
Huraian Melihat kepada carta H4 kecenderungan keseluruhan saya untuk DOTUSD adalah menaik kerana harga kini dilihat berada di atas Ichimoku cloud menunjukkan pasaran menaik Dengan harga mencecah kemasukan belian saya pada 6 124 di mana soko...
Cukai Rokok Naik Siap Siap Inflasi Makin Tinggi Tahun Ini

Cukai Rokok Naik Siap Siap Inflasi Makin Tinggi Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 137 hits
Pemerintah resmi menaikkan tarif cukai rokok sebesar 10 persen mulai 1 Januari 2023 Kepala Badan Pusat Statistik Margo Yuwono menilai kenaikan tarif cukai rokok tersebut secara historis akan turut berpengaruh terhadap lonjakan inflasi di se...
Minyak Zaitun Zouitina Berkualiti Tinggi

Minyak Zaitun Zouitina Berkualiti Tinggi

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 201 hits
Extra Vigin Olive Oil Zouitina minyak zaitun putik terbaik Moroco Zouitina Prestige ialah minyak zaitun extra virgin yang diperoleh daripada pengekstrakan sejuk pertama dan menggunakan proses mekanikal Ia mempunyai kadar keasidan yang sanga...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro