Kerajaan Negeri Pahang Tunduk Desakan Penceroboh Tanah Haram Musang King


  

KUANTAN - PAS Negeri Pahang melihat adanya ‘lakonan politik’ dalam perkembangan terkini isu ladang 'Musang King' yang melibatkan pencerobohan tanah kerajaan dan penerokaan secara haram.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar pada satu kenyataa  yang disiarkan oleh portal Harakahdaily pada Rabu berkata Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sepatutnya tidak perlu sama sekali untuk ‘menasihati’ para pekebun terbabit berhubung semakan kehakiman dibuat mereka.
"Ianya bukan sahaja dilihat seolah-olah politik cuba campur tangan terhadap keputusan mahkamah, bahkan seperti pihak berkuasa negeri sedang ‘berunding’ dengan pelaku kesalahan. Adakah ianya juga satu ‘inisiatif politik’ untuk meraih sesuatu faedah dan/atau memberikan suatu tawaran? Ia kerana kedua pihak sudah bersama dalam Kerajaan Perpaduan?
"Sepatutnya hal tersebut diserahkan kepada pihak mahkamah kerana rayuan dibuat pekebun itu adalah ke atas semakan kehakiman sebelumnya. Sedangkan isu ini kepada pihak Kerajaan Negeri sudahpun dimuktamadkan di mana notis arahan pengosongan tanah adalah sah. Manakala para pekebun telah disahkan selaku penceroboh dan tidak mempunyai locus standi," katanya.
Sementara itu ADUN Tanjung Lumour itu turut timbulkan persoalan, adakah jika penghuni yang rumahnya dirompak dan pesalah ditahan polis, kemudian diminta berunding setelah mendapati penceroboh adalah rakan pemilik kediaman tersebut?
Isu ini dakwa beliau ialah perlakuan kesalahan dan telahpun disahkan pihak berautoriti, bukannya soal hubungan antara dua pihak. Jangan kerana BN-PH sudah bersekutu, kesalahan itu mahu dilupuskan.
Tambah beliau lagi, andainya Wan Rosdy menanggani hal ini dalam konteks hubungan, apakah beliau merasa ralat atau terlanjur atas tindakan Kerajaan Negeri Pahang terhadap pekebun terbabit? Apakah sebagai Menteri Besar, beliau merasa ragu-ragu terhadap tindakan yang telah diambil mengikut undang-undang termaktub?
"Sekiranya begitu, adakah bererti tindakan penguatkuasaan yang dibuat hanyalah gimik politik yang mungkin mahu meraih sokongan atas isu dibangkitkan awam ketika itu? Ketika sama pula sebagai ‘menghukum’ atau tindak balas kepada pihak yang tidak sealiran? Tetapi kini, oleh kerana ‘perpaduan’ yang dimeterai, maka kompromi antara kedua pihak pun diadakan?," tambah beliau lagi.
Tambahnya lagi jika demikian, ia adalah satu tindakan yang seperti cuba mencabar, merungkai, mencabul dan meminda perundangan serta keputusan mahkamah dengan menggunakan kuasa politik. Bahkan ianya juga adalah satu kecurangan dan pengkhianatan terhadap kedaulatan serta hak negeri termasuk rakyat Pahang berkaitan penggunaan dan pemilikan tanah.
"Sejak tahun 1960-an lagi generasi pekebun terbabit menceroboh tanah dan meneroka kebun termasuk menggunakan sumber air sungai secara haram. Iaitu bererti Kerajaan Negeri Pahang kerugian pendapatan premium atau hasil tanah yang sepatutnya dibayar. Setelah kesalahan disahkan, tiba-tiba hari ini mahu menghamparkan permaidani merah buat mereka?.
"Dengan itu juga, ia menimbulkan kecurigaan dan sangsi bahawa pencerobohan yang berusia hampir 60 tahun tersebut selama ini mungkin sengaja dibiarkan sungguhpun telah ada banyak bantahan dan aduan ke atasnya. Kerana itu jugalah mungkin menyebabkan begitu banyak isu-isu pencerobohan tanah berlaku di negeri ini dan membuatkan penguatkuasa tersepit.
"Adakah kerana hubungan politik yang telah terjalin, maka mungkin nantinya para penceroboh ini akan dibersihkan dengan pemberian geran? Sedangkan di seluruh Negeri Pahang ini masih banyak tanah rancangan khususnya FELDA yang telah diteroka beberapa generasi, namun masih juga tidak menerima geran pemilikan. Malang sungguh kerana layanan ‘dwi-standard’ ini," dakwa beliau lagi.
Beliau turut musykil, katanya jika begitulah lemahnya pegangan dari kongsi kuasa politik yang mengikat, pasti akan lebih banyak desakan atau tuntutan dipenuhi kerana terpaksa tunduk kepada mereka. PAS Pahang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneliti perkembangan ini yang mungkin terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa oleh pihak terbabit.
"Sikap tidak bertanggungjawab dan berintegriti selain cuba mengaut laba kepentingan dari hubungan atau kedudukan politik seperti ini tidak harus berlaku jika mahu mewujudkan Malaysia Madani yang sebenar. Jika tidak reformasi menuntut kronisme dan nepotisme dihapuskan yang dilaungkan tidak lebih hanya slogan dan retorik indah politik semata-mata," tambahnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2023/02/pas-pahang-dakwa-kerajaan-negeri-tunduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Sasar Kutipan Hasil Rm140 Juta Pada Tahun Ini

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Sasar Kutipan Hasil Rm140 Juta Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 165 hits
BENTONG Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM140 juta tahun ini meningkat berbanding lebih RM135 juta tahun lalu Pengarahnya Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata hasil utama JPNP menerusi kutipan premium...
Batal Guna Premis Awam Adun Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik

Batal Guna Premis Awam Adun Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 146 hits
MARAN Kerajaan Pahang terus bertindak tidak matang dan menunjukkan dendam politik apabila menolak permohonan ADUN pembangkang bagi bagi penggunaan premis awam Terbaharu Majlis Walimah Perdana 5 0 anjuran ADUN Jengka Shahril Azman Abd Halim ...
Untungnya Jadi Penceroboh Alahai Pemimpin Tanah Air Ku

Untungnya Jadi Penceroboh Alahai Pemimpin Tanah Air Ku

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 158 hits
Isu tanah Raub Gesaan DAP bakal halalkan yang haram BANGI Gagasan Bangsa tidak menolak kemungkinan lebih banyak kompromi bakal berlaku berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub...
Kerajaan Tunduk Tekanan Umno

Kerajaan Tunduk Tekanan Umno

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 133 hits
Tajuk artikel ini boleh juga ditukar kepada Umno ancam kerajaan Terjemahan daripada Umno holding government to ransom Mungkin tidak tepat terjemahannya tetapi membawa maksud sama Apa pun kerajaan tunduk tekanan Umno dan Umno ancam kerajaan ...
Kertas Soalan Percubaan Spm 2022 Biologi Negeri Pahang

Kertas Soalan Percubaan Spm 2022 Biologi Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 217 hits
Membaca dan membaca dengan memaksimakan semua deria adalah berbeza Jika hanya membaca anda mungkin hanya akan mengingati beberapa perkara dan kemungkinan juga tidak dapat memahami keseluruhan konsep da nisi yang terkandung di dalam bacaan a...
500 Pekebun Musang King Tanpa Geran Tolak Terma Berat Sebelah Rpdr Pkpp

500 Pekebun Musang King Tanpa Geran Tolak Terma Berat Sebelah Rpdr Pkpp

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 114 hits
nbsp Lebih 500 pekebun durian Musang King tanpa lesen di Sungai Ruan menolak kontrak terbaru yang diterima pada 30 Disember tahun lalu dari Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd kerana didakwa mengandungi syarat syarat yang bersifat e
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa