Kpt Tubuh Jawatankuasa Kaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi


 
Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin mahu rakyat kembali percaya kepada sistem pendidikan tinggi negara.PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menubuhkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional sebagai usaha mendepani pelbagai krisis, cabaran dan tuntutan baharu, kata menterinya Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, jawatankuasa itu, yang merupakan antara 11 azam dan fokus kementerian tersebut bawah pimpinannya, mempunyai masa tiga bulan untuk mengemukakan dapatannya.
“Sebahagian besar (dapatan tersebut) mestilah bersifat saranan penambahbaikan yang diperlukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 di kementeriannya.
Khaled juga berazam untuk memperbaiki akses dan rejim pembiayaan pendidikan, termasuk pemberian pendidikan percuma.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Sudah sampai masanya kita menggunakan pendidikan percuma untuk menamatkan kemiskinan. Kemiskinan mesti dibasmi dengan ilmu dan kemahiran, bukan bantuan sara hidup tidak berkesudahan.
“Mekanisme dan dasar ini akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan,” katanya.
Pemilihan kepimpinan
Dalam perkembangan lain, Khaled berkata, pemilihan kepimpinan di institusi pengajian tinggi dan agensi lain bawah KPT akan dilakukan menerusi proses yang ketat, teliti dan objektif bagi mencari tokoh paling layak dan berwibawa.
“Negara ini memerlukan sektor pendidikan tinggi yang berfungsi dengan efisien dan cemerlang. Perkara tersebut mesti dimulakan dengan kepimpinan yang berwibawa dan berprestasi,” katanya
Mohamed Khaled NordinKatanya, IPT juga mesti memberikan pengalaman pembelajaran yang bermutu dan membuka segala ruang pendedahan kepada ilmu yang pelbagai.
“Saya telah menerima pelbagai maklum balas tentang kualiti pengajaran dan penyelidikan di IPT kita. Banyak sekali kebimbangan telah disuarakan, baik secara lisan mahupun secara bertulis.
“Kesusutan kualiti pengajaran sangat kerap diperkatakan. Ramai pensyarah nampaknya begitu tekun menyelidik dan mula mengambil mudah tugas mengajar,” katanya.
Tak mahir bahasa Inggeris
Beliau turut menyentuh tentang kualiti penyeliaan program sarjana dan kedoktoran di negara ni, yang menurutnya, bermasalah.
Antara masalah yang timbul termasuk penyelia yang tidak mahir berbahasa Inggeris dan penyelia menyelia dalam bidang yang bukan kepakarannya.
Selain itu, katanya penyelia menyelia terlalu ramai calon pasca siswazah pada satu-satu masa sehingga tiada masa diperuntukkan untuk sesi rujukan yang konstruktif dan berkualiti.
“Di IPTS pula, di sebalik syarat ketat dalam kelayakan mengajar, ramai yang mengambil jalan mudah,” katanya.
“Mengambil tenaga akademik yang kurang pengalaman dan kurang kelayakan untuk mengajar. Pastinya kerana kos upah mereka lebih murah.”
Beliau berkata, IPT perlu mengembalikan kecemerlangan akademik ke tahap yang lebih tinggi, bermutu dan dihormati serta menjadikan pelajar bijak dan cerdas.
“Tumpuan kita bukan lagi ‘soft and hard skills’ , tetapi ‘smart and sharp skills’,” katanya.
Luang masa mengajar
Beliau turut menyeru ahli akademik di institut pengajian tinggi untuk terus meluangkan masa untuk mengajar, bukan sekadar menyelidik dan menyelia.
“Di universiti-universiti terkemuka dunia, profesor paling kanan dan terkemuka terus mengajar pelajar prasiswazah dan pascasiswazah tanpa lelah.
“Mereka tidak meninggalkan pengajaran hanya kerana mereka mempunyai pelbagai komitmen penyelidikan dan kedudukan yang sudah tinggi,” katanya.
“Pelajar-pelajar mesti diberikan hak mereka untuk menikmati betapa indahnya pengalaman belajar dari guru dan penyelia terbaik.”
Sementara itu, Khaled juga mahu memulihkan kembali kepercayaan dalam hubungan pelbagai hala kementerian, ketika semua institusi berdepan dengan defisit kepercayaan, termasuk KPT.
“Kepercayaan akan menjadi nilai terpenting, rakyat Malaysia mesti percaya kepada sistem pendidikan tinggi negara,” katanya.
“Malaysia dan segala sistem mengalami kemelesetan kepercayaan yang sangat meruncing. Segala-galanya diragui dan dipersendakan.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/kpt-tubuh-jawatankuasa-kaji-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaji Semula Pendidikan Islam Beri Lebih Kefahaman

Kaji Semula Pendidikan Islam Beri Lebih Kefahaman

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 161 hits
Kaji semula pendidikan Islam beri lebih kefahamanPosted By on January 31 2023Mata pelajaran Pendidikan Islam harus dikaji semula supaya ia dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada para pelajar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Pekebun Musang King Teruskan Semakan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Kuantan

Pekebun Musang King Teruskan Semakan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Kuantan

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 143 hits
RAUB Kumpulan pekebun yang mengusahakan durian musang king di di sini sepakat untuk meneruskan semakan kehakiman mereka di Mahkamah Tinggi Kuantan Keputusan itu diumumkan Pengerusi Save Musang King Alliance Wilson Chang melalui satu kenyata...
Cameron Highlands Catat Kes Ceroboh Hutan Paling Tinggi Di Negeri Pahang

Cameron Highlands Catat Kes Ceroboh Hutan Paling Tinggi Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 164 hits
KUANTAN Sebanyak 50 kes membabitkan pencerobohan hutan kekal dan enakmen industri berasaskan kayu sepanjang tahun lalu Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Nor Azirim Ahmad berkata daripada jumlah itu sebanyak 37 kes mem...
Cukai Rokok Naik Siap Siap Inflasi Makin Tinggi Tahun Ini

Cukai Rokok Naik Siap Siap Inflasi Makin Tinggi Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 124 hits
Pemerintah resmi menaikkan tarif cukai rokok sebesar 10 persen mulai 1 Januari 2023 Kepala Badan Pusat Statistik Margo Yuwono menilai kenaikan tarif cukai rokok tersebut secara historis akan turut berpengaruh terhadap lonjakan inflasi di se...
Player Mengharap Harga Turun Rendah Vs Investor Mengharap Harga Naik Tinggi

Player Mengharap Harga Turun Rendah Vs Investor Mengharap Harga Naik Tinggi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 172 hits
Pertembungan oleh dua pihak atas kepentingan masing masingHarga emas jatuh rendah akan lebih menguntungkan Player sedangkan Investor mengharap harga emas naik tinggi untuk keuntungan Peluang di QM menjadikan anda Player Investor yang memili...
Minyak Zaitun Zouitina Berkualiti Tinggi

Minyak Zaitun Zouitina Berkualiti Tinggi

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 189 hits
Extra Vigin Olive Oil Zouitina minyak zaitun putik terbaik Moroco Zouitina Prestige ialah minyak zaitun extra virgin yang diperoleh daripada pengekstrakan sejuk pertama dan menggunakan proses mekanikal Ia mempunyai kadar keasidan yang sanga...
Raih Rating Tinggi Crash Course In Romance Tamat Penggambaran Hari Ini

Raih Rating Tinggi Crash Course In Romance Tamat Penggambaran Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 142 hits
Siapa yang tengah seronok layan drama Crash Course In Romance sekarang ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu Crash Course In Romance membawa kisah pahit manis hubungan antara pemilik kedai lauk yang tanpa sengaja menyertai perang peperiksa...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm