Pekebun Kecil Berdepan Masalah Lambakan Produk Tani Ketika Pkp


Adam Abu BakarIshak Othman di samping tanamannya di di Kampung Banjar, Ayer Tawar, Perak.PETALING JAYA: Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh Putrajaya lebih 2 minggu lalu bagi mengekang wabak Covid-19, memberi kesan langsung kepada pekebun yang menjalankan penanaman kecil-kecilan.

Ishak Othman, 52, yang merupakan petani di Kampung Banjar, Ayer Tawar, Perak berkata, beliau terpaksa bergelut dengan situasi semasa negara sehingga perlu mencari jalan penyelesaian sendiri bagi menjual hasil tanamannya.

“Dahulu tidak ada masalah dari sudut pasaran. Sekarang ini dalam tempoh 2 minggu ini, disebabkan wabak Covid-19, memang ada sedikit masalah dengan pasaran.
Terung merupakan antara sayuran yang ditanam di kebun seluas 3 ekar milik Ishak.“Hasil tanaman tidak boleh dihantar ke Pasar Selayang,” katanya kepada FMT.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, tempoh pelaksanaan PKP dilanjutkan sehingga 14 April disebabkan peningkatan kes positif Covid-19.

Ishak yang menceburkan diri dalam bidang pertanian sejak 2008 dengan mengusahakan tanaman timun dan terung di tanah seluas 3 ekar, berkata ini merupakan kali pertama pendapatannya menurun mencecah hingga 50%.

“Pemborong tidak lagi membeli dengan kadar biasa. Hal ini kerana, mereka juga bimbang tidak dapat menjualnya dan terpaksa mengagih-agihkan tanaman di kedai-kedai runcit sayur berhampiran dengan Setiawan, Perak.

“Sedangkan saya perlu membayar gaji 4 orang pekerja, kos racun, kos baja dan kos penghantaran. Pendapatan juga antara RM200 hingga RM300 selang sehari.

“Bermakna antara RM100 hingga RM150 sehari. Jika dahulu boleh cecah RM400 hingga 500 untuk 2 hari,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Ishak, masalah bekalan sayur tidak terjual dapat diselesaikan dalam tempoh PKP fasa pertama apabila Putrajaya memberi jaminan pasar-pasar awam seluruh negara tidak ditutup semasa PKP.

“Masalah pasaran sudah semakin baik, tauke juga sudah ambil antara 8 hingga 10 bakul hasil tanaman. Baki sayuran selebihnya, saya sendiri cari kedai-kedai di sekitar sini, untuk letakkan dan jual secara runcit. Ada masa hasil tanaman habis dijual, ada masa tidak,” katanya.

Sukar dapat bekalan baja

Masalah yang dialami Ishak bagaimanapun tidak berakhir apabila beliau sukar mendapatkan bekalan baja, memandangkan kedai baja berhampiran kebunnya menutup sementara operasi mereka dalam tempoh PKP.

“Kedai-kedai di sini tidak lagi menjual jenis baja yang saya perlukan. Menurut mereka, ketika ini lori-lori yang membawa baja tidak lagi dibenarkan untuk menghantar barangan ke kedai-kedai. Ia memang menjadi masalah pada saya.

“Saya sendiri runsing daripada mana saya hendak dapatkan baja dalam keadaan sekarang ini. Kalau sudah ada baja tidak ada masalah.

“Apa-apapun, saya sangat berharap supaya kawasan sini tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Jika berlaku, memang bertambah rugi lah saya,” katanya.

Terpaksa jual secara runcit

Seorang lagi petani, Rashidi Salleh, 49, yang mengusahakan tanaman jagung di Kampung Paya Ladang, Chenor, Pahang sejak 3 bulan lalu berkata, harapannya untuk melihat hasil pertama dibeli secara borong lebur sekelip mata dan terpaksa menjualnya secara runcit.
Rashidi Salleh di samping tanaman jagungnya di Kampung Paya Ladang, Chenor, Pahang.“Pemborong tidak mahu ambil kerana mereka juga takut tidak boleh jual. Jadinya, saya terpaksa jual runcit, jadi keadaan itu susah sedikit, dengan cara ini saya boleh menjual antara 600 tongkol jagung dalam sehari. Sedangkan pengeluaran jagung untuk sehari boleh mencecah antara 1,000 hingga 1,500 tongkol.

“Jual runcit ini tidak sama, kerana kita tidak tahu berapa jualan untuk hari ini dan esok, semuanya bergantung pada nasib dan rezeki.

“Apatah lagi dalam tempoh PKP ini, orang juga tidak ramai untuk keluar dari rumah, jadi memang terjejaslah perniagaan,” katanya.

Beliau yang menanam jagung di tanah seluas 4 ekar sudah membelanjakan lebih RM50,000 untuk keseluruhan perbelanjaan di peringkat permulaan, berharap hasil jualan tanamannya dapat memberikan pulangan untuk pusingan kedua tanaman.
Rashidi terpaksa menjual jagung secara runcit sejak pelaksanaan PKP. (gambar gerai)“Saya ini baru pertama kali menanam jagung. Modal memanglah agak besar untuk peringkat permulaan kerana saya membelanjakan wang untuk kerja cuci tanah, ratakan tanah, pemasangan paip air, benih dan sebagainya. Tetapi tidak tahu pula jadi begini,” katanya.

Rashidi berkata, berdasarkan pengalaman rakan-rakannya sebelum PKP, mereka boleh menjual sehingga 2,000 tongkol sehari kepada pemborong. Namun, semasa tempoh PKP, amat sukar untuknya menjual sehingga 1,000 tongkol sehari.

“Sebenarnya kalau ikut dalam keadaan biasa, memang tidak ada apa-apa isu. Sebelum menanam, saya juga ada buat survey, berdasarkan pemerhatian memang tidak ada masalah dari sudut penjualan, bahkan pemborong juga tidak ragu-ragu untuk ambil hasil tanaman.“Ketika ini, kalau ada pemborong yang berminat untuk membeli, mereka pula tawarkan dengan harga yang amat murah.

“Sekiranya saya bersetuju untuk jual kepada pemborong berkenaan, saya pula yang jadi rugi, saya tidak mahulah macam itu,” katanya.

Jelasnya, tidak dinafikan terdapat beberapa agensi kerajaan berusaha membantu perniagaannya, namun beliau tidak dapat melakukan apa-apa kerana terdapat kekangan logistik dan permintaan dalam tempoh PKP.

“Saya berterima kasih kepada jabatan kerajaan kerana turut mempromosikan hasil tanaman saya. Memang ada pembeli yang hubungi tetapi masalah lain pula yang timbul, kerana dalam tempoh PKP ini, pembeli lebih berminat untuk penjual hantar barangan hingga ke rumah.

“Macam saya ini di Chenor, dapat mesej dari Maran, Kuantan dan lain-lain, macam mana saya hendak hantar. Macam tidak komersial dan tidak berbaloi apabila pembeli hanya beli jagung untuk nilai RM20 tetapi saya kena hantar 40km,” katanya.

Ditanya, apakah yang akan dilakukan bagi memastikan kelangsungan hasil tanamannya terjual dalam tempoh 14 hari lagi, Rashidi berkata beliau akan terus berusaha untuk menjual hasil tanamannya secara runcit dan berharap ada pemborong yang membeli jagungnya walaupun sedikit.

“Inilah cabaran yang perlu saya hadapi, walaupun dalam keadaan begini saya berharap dapat habiskan jualan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/pekebun-kecil-berdepan-masalah-lambakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duduk Rumah Sambil Hafal Surah Aktiviti Peminat Kecil Liverpool Ni Ketika Pkp Di Puji Menteri Agama

Duduk Rumah Sambil Hafal Surah Aktiviti Peminat Kecil Liverpool Ni Ketika Pkp Di Puji Menteri Agama

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 379 hits
Tempoh PKP yang disambung sehingga 14 April ini pastinya membuatkan ramai diantara kita mula tercari cari pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi mengelakkan rasa bosan Aktiviti bersama anak anak pastinya dapat menjalinkan hubungan yang lebih...
Kerajaan Melayu Islam Pn Benarkan Syarikat Arak Beroperasi Ketika Pkp

Kerajaan Melayu Islam Pn Benarkan Syarikat Arak Beroperasi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 350 hits
MALAYSIA DATELINE Bercanggah dengan imej kerajaan Perikatan Nasional yang dicanang menyatukan umat Melayu Islam sebuah syarikat pengeluar minuman keras boleh pula dibenarkan beroperasi semasa tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan Satu...
Covid 19 Enam Dikompuan Rm1 000 Langgar Pkp Ketika Masuk Pasar Raya

Covid 19 Enam Dikompuan Rm1 000 Langgar Pkp Ketika Masuk Pasar Raya

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 366 hits
Oleh Amirul Aiman Hamsuddin SABAK BERNAM Enam individu menerima padah apabila dikompaun RM1 000 setiap seorang selepas melanggar Perintah Kawalan Pergerakan secara beramai ramai ketika mengunjungi sebuah pasar raya di sini semalam Ketua Pol...
Kilang Arak Dibenar Beroperasi Ketika Pkp Di Mana Suara Pas

Kilang Arak Dibenar Beroperasi Ketika Pkp Di Mana Suara Pas

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 382 hits
Sehingga ini belum kedengaran lagi suara bantahan daripada Pas berhubung kebenaran yang diberikan kerajaan tebuk atap terhadap sebuah kilang arak untuk terus beroperasi ketika PKP dikuatkuasakan Jika kita masih ingat sebelum ini jika ada ke...
Langgar Pkp Dua Lelaki Ditahan Di Lahad Datu Berdepan Hukuman Gantung

Langgar Pkp Dua Lelaki Ditahan Di Lahad Datu Berdepan Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 306 hits
LAHAD DATU Dua lelaki bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan malah bakal berdepan hukuman gantung selepas diberkas bersama tiga peket dadah di perairan Terumbu Gusung dekat sini tengah malam tadi Dalam kejadian kira kira jam 12 ...
Polis Cedera Ditumbuk Warga Indonesia Ketika Buat Sekatan Jalan Raya Pkp

Polis Cedera Ditumbuk Warga Indonesia Ketika Buat Sekatan Jalan Raya Pkp

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 489 hits
Putrajaya Seorang anggota polis cedera dipercayai dipukul seorang warga Indonesia ketika sedang membuat sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Presint 14 hari ini Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner R...
Cara Tebus Internet Free Ketika Pkp

Cara Tebus Internet Free Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 428 hits
Cara Tebus 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020 8 pagi hingga 6 petang setiap hari Celcom Penebusan Tidak DiperlukanMaxis Perlu Ditebus Setiap Hari Aplikasi MyMaxis Klik Get More Data pilih Fre...
Mkn Sedia Talian Khas Bantu Rakyat Tertekan Ketika Pkp

Mkn Sedia Talian Khas Bantu Rakyat Tertekan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 360 hits
SHAH ALAM 13 APRIL Majlis Keselamatan Negara menyediakan dua talian khas bagi membantu orang ramai yang menghadapi tekanan perasaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dua bantuan itu adalah talian sokongan emosi dan psikososial manak...
Remaja Rakam Video Hina Polis Kepala Bapak Kau Ketika Hebahan Pkp Ditahan

Remaja Rakam Video Hina Polis Kepala Bapak Kau Ketika Hebahan Pkp Ditahan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 540 hits
KANGAR Seorang pelajar yang memuat naik rakaman video menghina polis ketika hebahan Perintah Kawalan Pergerakan ditahan oleh pihak berkuasa itu semalam Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata pelajar berusia 17 tahun berke...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah