Antara Tempat Menarik Di Jasin Melaka
Tahun lepas pergi Melaka, kami pergi ke A'Famosa Water Park dan A'Famosa Safari Wonderland. Tapi kali ini kami ke Jasin, Melaka untuk menghantar Alisha menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) di MRSM Tun Ghafar Baba. Jadi, anak-anak berdua lagi tu dah excited bila sebut Melaka. Diorang dah cakap nak tengok laut lah, nak mandi laut lah, garghh..hisau mak.
So, lepas lawat kawasan (hahaha) untuk esok, cik suami pun drive lah mencari tempat-tempat menarik berhampiran dengan Jasin ni.
1. Jeti Anjung Batu
24 km dari Bandar Jasin dan merupakan tempat pelabuhan bot-bot penumpang yang akan membawa penumpang ke Pulau Besar. Katanya, di jeti ini terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan infrastruktur yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Di situ juga dinyatakan terdapat beberapa gerai yang menjual pelbagai bentuk kraftangan. Tarikan utamanya jeti ini adalah keindahan dengan pemandangan Selat Melaka
Jom tengok video kat bawah
Masa aku sampai ni dah dekat zohor. Memang agak panas. Ramai juga pengunjung yang sedang menunggu bot nak ke Pulau. Mmmm... tak de pun gerai-gerai. So, kami jalan-jalan kat kawasan sekitar je
2. Kolam Air Panas Jasin
Kolam Air Panas Jasin yang berada 26 km (45 minit memandu) dari pusat bandar Melaka. Dari Jeti Anjung Batu, kiranya perjalanan kami dan patah balik ke Jasin. Kolam ni terletak di kawasan air panas semulajadi yang dikatakan wujud sejak tahun 1880an. Paling tua lah kiranya kolam ni. Kolam-kolam air panas di sini dibahagi pada 3 zon berwarna mengikut suhu air panas dalam kolam
Untuk anak-anak kecil, terdapat inflatable pool. Siap dengan gelongsor lagi. Oh, ada satu pool besar yang aku tengok orang dewasa pun join sekali.
Jom tengok video bawah ni :)
Lama juga kami di kolam air panas ni. Aleena dan Alfeey sakan main air. Alisha dok berulang ke kolam air panas. Rasanya kawasan waterpark ni masih lagi dalam proses penambahbaikan. Sebab aku tengok masih ada lagi kawasan yang belum ready (separuh siap). Maklumlah musim PKP banyak kerja-kerja yang tertunda
Pada aku, kalau korang golongan kayangan, jangan expect terlalu tinggi. Hahahaha...yang penting anak-anak happy. Ok lah, dua tempat ni pun dah separuh hari berjalan. Lewat petang, baru gerak balik ke homestay. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Jasin ni. Waktu saja tak cukup sebab tujuan asal ke sini lain
Ok bye..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikilamenari.blogspot.com/2022/02/antara-tempat-menarik-di-jasin-melaka.html