Peka Dan Peduli Serangan Strok Haba Terutama Kepada Kanak Kanak Orang Tua


 


Assalamualaikum,
Cuaca sekarang panas dia lain macam,
Orang cakap panas berdenting. Panas yang luar dari kebiasaannya. Dah buka aircond, kipas laju-laju tapi bahangnya terasa.  
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  pun ada mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat beberapa kawasan semenanjung mengalami panas sehingga 35 hingga 37 darjah celsius.
Walaupun di kawasan perumahan kita tidaklah sepanas itu tetapi langkah pencegahan harus diambil bagi memastikan keselamatan diri kita. Paling ditakutkan adalah strok haba. Baru-baru  ketika umat Islam masih merasai kenikmatan menyambut Aidilfitri, kita dikejutkan dengan berita menyayat hati melibatkan korban pertama akibat strok haba yang berlaku di Kelantan.




Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok, Bachok itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik dengan hasil bedah siasat mengesahkan Muhamad Syamil Aqil maut akibat serangan itu selain dehidrasi.
Lebih menyayat hati, pakar perubatan turut mengesahkan buah pinggang dan jantung 'hangus' selain air dan darah dalam badan mangsa sudah kering.
 Apapun kita harus mengambil langkah berjaga-jaga terutama kepada kanak-kanak.  
Apa itu 𝐒𝐓𝐑𝐎𝐊 𝐇𝐀𝐁𝐀?
Strok haba berlaku kerana badan sudah tidak mampu mengawal lagi suhu sehingga suhu tubuh meningkat dengan mendadak dan cepat, mekanisme peluh juga gagal. Keadaan ini berlaku dalam 10-15 minit sahaja.Strok haba boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup atau mati apabila tidak mendapat rawatan segera.
.Jika ada individu mengalami strok haba, segera lakukan pertolongan pertama seperti berikut; 1. Buat panggilan kecemasan ambulans 999 atau bawa ke klinik/ hospital berdekatan dalam 10 -15 minit pertama. 2. Pindahkan mangsa ke tempat lebih sejuk dan terlindung serta selamat.3. Baringkan mangsa tersebut dan tinggikan kaki. 4. Buka baju mangsa atau longgarkan. Jaga aurat individu sesuai keadaan. 5. Sejukkan tubuh mangsa dengan cara; - mandikan atau siram dengan air sejuk- lap dengan tuala sejuk pada keseluruhan badan terutama di kepala. - balut dengan pakaian atau kain basah yang sejuk sehingga petugas kesihatan sampai. - kipaskan atau halakan penghawa dingin ke arah badan mangsa. 6. Sentiasa bersama mangsa dan pastikan mangsa sentiasa dalam keadaan sedar dengan cara bercakap kepada mangsa. 7. Pastikan ruang udara yang baik. Tidak ada kumpulan ramai atau sesak. .Golongan berisiko tinggi adalah𝟏. 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐲𝐢𝟐. 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐞𝐦𝐚𝐬kerana dua golongan ini menyimpan kandungan air dalam badan lebih rendah atau sedikit berbanding orang dewasa. .Mereka dengan penyakit kronik jantung dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengancam nyawa jika mengalami strok haba..
 Bagaimana mencegah strok haba, terutamanya pelajar sekolah yang bakal memasuki alam sekolah pada minggu depan? 1. Memakai pakaian yang lebih longgar dan tidak tebal. Jangan memakai dua lapisan baju atau pakaian tebal pada waktu siang hari apatah lagi jika terdedah dengan cahaya matahari.2. Menggunakan krim pelembap sunburn jika ada apabila keluar rumah. 3. Sentiasa hidrasi cukup dengan mengambil kerap dan banyak air kosong dalam badan. Sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari atau 2 Liter per hari. Kanak-kanak juga kalau boleh sekurang-kurangnya 1.5 liter per hari. 4. Jika anda mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan badan kering seperti ubat hipertensi dan kencing manis tertentu, sila bincang dengan doktor anda untuk mengawalnya. 5. Jangan berada dalam kereta yang sedang parking bawah cahaya matahari. Walaupun menggunakan penghawa dingin. Suhu kereta akan meningkat 20 darjah dalam masa 10 minit apabila berada bawah cahaya matahari tanpa perlindungan. 6. Jangan lakukan aktiviti fizikal pada siang hari. Untuk pelajar sekolah, diharapkan pengetua atau guru besar sekolah melarang dahulu aktiviti senaman diluar kelas sehingga musim panas berakhir. 7. Jika anda seorang pekerja buruh yang bekerja bawah cahaya matahari dalam jangkamasa lama, silakan bawa payung besar sebagai tempat menghalang terus pancaran cahaya matahari, dan silakan minum air sekerap dan sebanyak mungkin dalam setiap 1 jam. Pakai pakaian nipis dan longgar. Jika ada tanda-tanda kelesuan haba, segera berhenti dan dapatkan tempat teduh dan pertolongan pertama. 8. Para guru sebaiknya sentiasa mengingatkan anak-anak murid untuk mengambil air minum yang cukup semasa proses pembelajaran dalam sekolah. Berikan peluang kepada anak-anak murid mendapatkan bekalan air minuman di sekolah melalui penapis air yang ada tanpa perlu membelinya. Inisiatif ini sangat membantu menyelamatkan nyawa mereka. 9. Ibu bapa tolong sediakan payung kepada anak-anak anda untuk digunakan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari sekolah. 10. Sangat baik jika guru besar atau pengetua menyediakan satu bilik dengan cikgu yang mahir bagi memberikan rawatan pertama jika ada pelajar-pelajar yang mengalami kelesuan haba atau strok haba ini.  Ajarkan mereka pertolongan pertama. Jika tak tahu, boleh panggil para doktor atau petugas kesihatan untuk berikan simulasi atau ajar. Ianya mudah jika tahu caranya.  11. Ajar anak-anak kita untuk hitung berapa kerap dia kencing per hari atau di sekolah, jika dalam masa 8 jam mereka tidak ada air kencing, itu bermaksud mereka sedang mengalami dehidrasi. Segera minum air dengan cukup. Jangan minum air 1 liter sekaligus dalam masa singkat atau kurang dari 1 jam. Ini bahaya kerana risiko terjadinya water intoxication pada tubuh. Boleh menyebabkan sawan dan koma.  12. Silakan bawa alat kipas mini atau portable untuk menyejukkan badan apabila perlu. Terutamanya sewaktu pergi beraya dalam musim raya yang masih berlangsung ini.  13. Digalakkan mengambil minuman air kosong berbanding air isotonik atau berkarbonat. Jika tidak mengalami kekejangan otot atau tiada muntah-muntah atau cirit birit, mengambil air minuman putih atau kosong sudah sangat memadai dan berkesan bantu hidrasi tubuh.  
  Ingat pesan doktor ya !!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2023/04/Peka-dan-Peduli-Serangan-Strok-Haba-Terutama-kepada-Kanak-Kanak--Orang-Tua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba Air Dalam Badan Semua Kering

Kanak Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba Air Dalam Badan Semua Kering

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 1046 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota di sini meninggal dunia pada Selasa dipercayai kerana strok haba Menurut Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir anak tunggalnya itu Nur Imani mulai batuk sejak seminggu lalu ...
Lagi Kes Kanak Kanak Meninggal Akibat Strok Haba

Lagi Kes Kanak Kanak Meninggal Akibat Strok Haba

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 895 hits
KOTA BHARU Seorang kanak kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu dipercayai terkena strok haba Menurut laporan yang dipetik dari Astro Awani bapa kepada kanak kanak itu berka...
Saya Izinkan Dia Pergi Kanak Kanak 12 Tahun Mangsa Terbaru Strok Haba Bapa Reda Tak Sanggup Tengok Anak Sakit

Saya Izinkan Dia Pergi Kanak Kanak 12 Tahun Mangsa Terbaru Strok Haba Bapa Reda Tak Sanggup Tengok Anak Sakit

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 219 hits
Selepas pemergian dua kanak kanak berusia 11 tahun dan dua tahun selepas sambutan Hari Raya lalu kini seorang lagi kanak kanak lelaki berusia 12 dari Kluang meninggal dunia pukul 7 pagi semalam selepas disyaki turut menjadi mangsa strok hab...
Kanak Kanak Di Kluang Pula Maut Disyaki Kerana Strok Haba

Kanak Kanak Di Kluang Pula Maut Disyaki Kerana Strok Haba

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 216 hits
Kanak 12 Tahun Korban Terbaharu Disyaki Strok Haba Kluang Kanak kanak lelaki 12 tahun di daerah ini meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat sept...
Berehatlah Anak Ibu Organ Dalaman Hangus Akibat Strok Haba Dehidrasi Ibu Reda Pemergian Anak Sulung

Berehatlah Anak Ibu Organ Dalaman Hangus Akibat Strok Haba Dehidrasi Ibu Reda Pemergian Anak Sulung

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 237 hits
Siapa menyangka Aidil Fitri kali ini menjadi sambutan terakhir seorang ibu bersama anak sulungnya yang disahkan meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi Anak kecil itu Muhamad Syamil Aqil yang berusia 11 tahun menghembuskan nafas ter...
Strok Haba Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi Emosi Terganggu

Strok Haba Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi Emosi Terganggu

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 175 hits
KOTA BHARU Dua ibu yang kehilangan anak masing masing dan dikaitkan dengan strok haba di Kelantan baru baru ini meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi sehingga menyebabkan emosi mereka terganggu Yawaree Samoh 25 berkata ...
Strok Haba Ancam Nyawa Pastikan Anak Minum Air Yang Cukup Doktor Titipkan Pesanan Untuk Mak Ayah

Strok Haba Ancam Nyawa Pastikan Anak Minum Air Yang Cukup Doktor Titipkan Pesanan Untuk Mak Ayah

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 381 hits
Dua kejadian yang tular melibatkan dua kanak kanak di negara kita mula membuka mata ramai Keadaan cuaca yang panas terik melampau yang melanda negara jangan dipandang ringan oleh mak ayah Ada baiknya memastikan agar anak minum air yang menc...
Anak Meninggal Pada Hari Raya Ke 4 Akibat Strok Haba Organ Dalaman Hangus

Anak Meninggal Pada Hari Raya Ke 4 Akibat Strok Haba Organ Dalaman Hangus

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 351 hits
Baru baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran cuaca panas di beberapa kawasan yang dijangka suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah celcius Kali ini cuaca panas berpanjangan telah terjadi pada bulan...
Jantung Buah Pinggang Aqil Dah Hangus Habis Ibu Sedih Anak Sulungnya Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Dehidrasi

Jantung Buah Pinggang Aqil Dah Hangus Habis Ibu Sedih Anak Sulungnya Meninggal Dunia Akibat Strok Haba Dehidrasi

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 496 hits
The Reporter Baru baru ini pakar kesihatan menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti di luar rumah serta memperbanyakkan minum air kosong berikutan cuaca panas yang agak tinggi sejak kebelakangan ini Cuaca panas di atas 34 darjah celsi...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024