Pejuang Sasar Tanding 50 60 Kerusi Parlimen Pru15 Marzuki



Pejuang baru berusia lima bulan. Dalam dunia politik ia dianggap baru setahun jagung.Namun berbekalkan beberapa nama besar termasuk bekas perdana menteri sebanyak dua kali Dr Mahathir Mohamad, ia menjanjikan saingan hebat dalam mewarnai lanskap politik negara, terutama ketika pilihan raya umum dijangka tidak lama lagi.
Menurut timbalan presiden pro-tem Pejuang, Marzuki Yahya, parti itu mensasarkan sejumlah kerusi parlimen yang pada pendapat mereka peluang untuk menang pada pilihan raya ke-15 adalah cerah.
"Kita sasar, atau kenal pasti, kawasan-kawasan yang kita rasakan sesuai dengan dasar perjuangan (ideologi politik) kita...
"Jumlah kerusi, belum dimuktamadkan, tetapi dari apa yang kita sasar, lingkungannya antara 50 dan 60 kerusi," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara minggu lalu.
Sebelum ini, usaha Pejuang untuk diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah parti hancur susulan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menolak pendaftarannya pada 6 Januari lalu.
Mengikut undang-undang, sesebuah parti politik harus didaftarkan secara rasmi dengan ROS, yang merupakan sebuah jabatan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
Dengan isu pendaftaran masih tergantung, Malaysiakini menyoal Marzuki jika Pejuang sedia mempertimbangkan untuk bertanding di bawah tiket parti lain.
Meskipun mendakawa bahawa mereka mempunyai beberapa pilihan, ahli politik itu berkata, ketika ini, mereka belum membuat keputusan mengenai perkara berkenaan. Terdapat perbincangan mengenai kemungkinan Pejuang menggunakan logo Amanah.
Pejuang juga menikmati kedudukannya hari ini sebagai blok ketiga di Parlimen, tambahnya, sambil merujuk kepada kumpulan yang tidak berpihak kepada pembangkang di Dewan Rakyat.
"Kami adalah blok bebas, bersama rakan-rakan kami dari Warisan dan beberapa yang lain dari Sarawak. Jadi, ini adalah kumpulan yang boleh menjadi penyeimbang dalam keadaan semasa."
Adalah dipercayai bahawa Marzuki merujuk pada percaturan kuasa di negara ini, yang telah menyaksikan pelbagai penjajaran politik baru di antara parti-parti sekutu dan seteru dalam usaha merebut kuasa di peringkat persekutuan.
Marzuki berkata, walaupun partinya tidak mengiktiraf pentadbiran semasa di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai kerajaan yang sah, Pejuang perlu berhati-hati dalam memilih rakan-rakan dalam usaha membentuk pentadbiran baru.
"Kami ingin memastikan bahawa kumpulan yang ingin bersama kami adalah mereka yang benar-benar menegakkan prinsip perjuangan kami, dan tidak hanya mengutamakan mana-mana individu atau parti untuk menjadi perdana menteri.
"Kerana masalah yang kita hadapi hari ini adalah yang terbesar, iaitu memerangi rasuah," katanya.
Persediaan PRU15
Dalam persiapan menghadapi pilihan raya, Pejuang mengakui bahawa parti itu mungkin kesuntukan masa untuk melebarkan sayapnya ke setiap pelosok danrantau negara. Marzuki berkata, rancangan mereka, buat masa ini, adalah untuk memberi tumpuan pada peringkat negeri dan bahagian.
"Kami tidak mempunyai banyak cawangan (buat masa ini). Pejuang hanya mempunyai bahagian dan pentadbiran peringkat negeri.
"Kami ingin fokus pada pilihan raya, jadi jawatankuasa negeri akan memainkan peranan besar untuk menyediakan laporan semasa dengan menilai kerusi-kerusi parlimen mana yang sesuai untuk kita bertanding, dan mengenal pasti calon..."
Jentera parti juga telah mula digerakkan untuk menghadapi pilihan raya. Namun, aktiviti itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana perintah kawalan pergerakan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/02/pejuang-sasar-tanding-50-60-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Blok Ketiga Mahu Tanding 150 Kerusi Parlimen 40 Dun Selangor 20 Dun Di Pahang

Pru 15 Blok Ketiga Mahu Tanding 150 Kerusi Parlimen 40 Dun Selangor 20 Dun Di Pahang

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 357 hits
KUANTAN Blok ketiga yang akan mewarnai politik negara pada pilihan raya umum ke 15 tidak lama lagi iaitu TERAS 131 bakal letak calon mereka di 150 kerusi parlimen dan juga kerusi DUN di Selangor dan Pahang Difahamkan TERAS 131 bakal dilanca...
Ahli Lebih 50 000 Bersatu Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Di Kedah

Ahli Lebih 50 000 Bersatu Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Di Kedah

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 277 hits
by on 1 30 2021 10 06 00 AmALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kedah berhasrat kekal bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pada masa sama Ketua Badan Pimpinan Be...
Presiden Mic Cabar Mb Kedah Tanding Kerusi Campuran

Presiden Mic Cabar Mb Kedah Tanding Kerusi Campuran

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 197 hits
ismaweb netVigneswaran dakwa Muhammad Sanusi tak bertimbang rasaBANGI 12 Jamadilakhir 1442H Isnin Perang mulut di antara Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor serta pemimpin MIC dilihat semakin tegang Terbaharu Presiden MIC Tan Sri S A...
Marzuki Syed Saddiq Like Brother Pejuang Ready To Work With Muda

Marzuki Syed Saddiq Like Brother Pejuang Ready To Work With Muda

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 212 hits
INTERVIEW In August last year former prime minister Dr Mahathir Mohamad announced he and his associates who had been sacked from Bersatu would be forming a new Malay based political party The announcement came after their civil suit against...
Pejuang Pertimbang Tanding Pru Guna Logo Amanah

Pejuang Pertimbang Tanding Pru Guna Logo Amanah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 314 hits
JANUARY 27 2021Berdepan sekatan untuk mendaftar parti mereka Pejuang mungkin mempertimbangkan untuk bertanding pada pilihan raya umum berikutnya dengan menggunakan logo Amanah Timbalan Presiden pro tem parti Marzuki Yahya mengesahkan perkar...
With Or Without Tun Pejuang Akan Terus Berjuang Marzuki Yahya

With Or Without Tun Pejuang Akan Terus Berjuang Marzuki Yahya

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 177 hits
Kira kira 20 tahun lalu Marzuki Yahya yang ketika itu merupakan tokoh korporat dalam industri perkapalan memulakan langkah pertama dalam politik apabila menyertai Umno Dia seterusnya dilantik sebagai exco pemuda Umno pada tahun 2004 sebelum...
Surat Ahli Parlimen Kepada Agong Azmin Mula Goyang

Surat Ahli Parlimen Kepada Agong Azmin Mula Goyang

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 284 hits
Dengan itu bukan saja nasihat Muhyiddin kepada Agong ketika beliau mencadangkan darurat dilaksanakan sebelum ini boleh dipertikaikan malah berdasarkan surat daripada majoriti Ahli Ahli Parlimen yang sudah sampai ke Istana Negara jelas menun...
Parlimen Perlu Berfungsi Sepenuhnya Di Waktu Covid

Parlimen Perlu Berfungsi Sepenuhnya Di Waktu Covid

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 175 hits
MOHD MUKHLIS Bila Anwar sebut pasal parlimen perlu bersidang ramai betul yang mengecam tapi sebenarnya tak faham pun apa implikasi bila parlimen di prorogue Dalam negara demokrasi berparlimen kita ada pemisahan kuasa yang terbahagi pada 3 c...
Peruntukan Asal Darurat Untuk Jaga Keselamatan Bukan Gantung Parlimen

Peruntukan Asal Darurat Untuk Jaga Keselamatan Bukan Gantung Parlimen

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 195 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dinasihatkan agar melaksanakan darurat mengikut semangat sebenar Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang disyorkan Suruhanjaya Reid Pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Bari berkata bahawa laporan Reid iait...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas