Peguam Ppbm Berang Sejak Bila Polis Lapor Hasil Siasatan Kat Menteri Kewangan




TANGGUNGJAWAB LIM GUAN ENG SEBAGAI PEMIMPIN PARTI KOMPONEN KERAJAAN & MENTERI KEWANGAN UNTUK TIDAK MEMBERI PERSEPSI PERLANGGARAN PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Tunjang utama yang menjadi dasar kepimpinan Kerajaan Malaysia di bawah PAKATAN HARAPAN adalah pematuhan kepada prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (adherance to the RULE OF LAW).

2. Kepimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia, TUN DR MAHATHIR sebagai Perdana Menteri, tidak pernah jemu-jemu mengingatkan kepada kesemua pihak samada pemimpin Kerajaan mahupun rakyat biasa bahawa kejayaan mana-mana negara bertamaddun seperti MALAYSIA, mestilah bersandarkan kepada penegakan prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (adherance to the RULE OF LAW), untuk menentukan negara tercinta ini tidak terjerumus semula ke tahap kerosakan pra PRU-14 terdahulu.

3. Hatta, ianya adalah menjadi tanggungjawab kesemua pemimpin parti komponen di dalam PAKATAN HARAPAN untuk sentiasa berwaspada agar mana-mana tindak-tanduk mahupun kata-kata setiap mereka tidak mendedahkan kepada tercetusnya PERSEPSI di kalangan Rakyat, seolah-olah KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) cuma dijadikan MANTRA KOSONG yang TIDAK IKHLAS, bak kata pepatah "HANGAT-HANGAT TAHI AYAM". PERSEPSI NEGATIF ini WAJIB menjadi tanggungjawab semua untuk DIJAUHI dan DIHINDARI !!

4. Saya telah awal malam tadi, memberikan komen saya tentang  ketidakwajaran pengeluaran Kenyataan pra-matang oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P RAMASAMY sepertimana dilaporkan oleh MALAYSIAKINI bertarikh 10.10.2019 bertajuk "Ramasamy tak gentar, bidas tindakan keras ke atas LTTE", melalui tulisan saya di Siri : 1821 yang baru lalu.

5. Namun malangnya Rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan satu lagi Laporan MALAYSIAKINI 10.10.2019 bertajuk "Polis jamin tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan - Guan Eng" di mana Menteri Kewangan LIM GUAN ENG telah dipetik antara lain sebagai berkata :

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pihak polis memaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan penglibatan mereka dengan Hariamu Pembebasan Tamil Eelam (LTTE),Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Menyifatkan penahanan itu sebagai mengejutkan, Lim berkata parti itu memberitahu polis bahawa kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah.Lim berkata polis mendakwa mereka mempunyai "bukti kukuh" dan telah "merujuk kepada pihak atasan" sebelum mengambil tindakan.", danPolis berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal.
6. Tidak dinafikan bahawa penahanan mana-mana ahli parti politik, apatah lagi pemimpinnya oleh pihak berkuasa akan serrta-merta memerlukan kenyataan sokongan dan kepercayaan parti terhadap ketidaklibatan individu-individu terbabit dalam kelakuan jenayah itu adalah dizahirkan, malah dengan menghulurkan bantuan guaman serta-merta yang perlu kepada individu berkenaan, selari dengan konsep tanggungjawab parti untuk memelihara kebajikan ahli mereka. Namun, ianya juga adalah amat penting agar kata-kata mahupun tindak-tanduk pemimpin parti politik itu tidak mencetuskan PERSEPSI NEGATIF seolah-olah adanya penyalahgunaan kuasa salah di tahap para pemimpin yang memegang jawatan dalam Kerajaan, apatah lagi sebagai MENTERI KEWANGAN seperti LIM GUAN ENG.

7. Berhubung dengan isu ini saya perlu merekodkan kerisauan saya tentang PERSEPSI NEGATIF yang mungkin tercetus di kalangan Rakyat tentang kononnya wujud campurtangan salah LIM GUAN ENG dalam urusan kerja siasatan jenayah POLIS, serta PERSEPSI NEGATIF lanjut tentang kononnya akan wujud layanan istimewa diberi kepada pemimpin parti politik DAP terbabit, disebabkan campurtangan salah itu !!

8. Bahagian petikan kenyataan LIM GUAN ENG, seperti yang dipetik dan dilaporkan oleh Laporan MALAYSIAKINI yang boleh menimbulkan PERSEPSI NEGATIF berkenaan  adalah :

(a) "Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan,"

Persoalannya adalah :

Bagaimanakah pihak POLIS akan memberi maklumat bahawa " ... tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan .. ", sedangkan SIASATAN alegasi jenayah"TERRORISME LTTE" ini masih BELUM TAMAT ??!!

(b) "Menyifatkan penahanan itu sebagai mengejutkan, Lim berkata parti itu memberitahu polis bahawa kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah."

Persoalannya adalah :

Bagaimanakah pihak parti DAP boleh memperolehi bukti untuk meyakinkan pihak POLIS bahawa " ... kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah ... ", berhubung alegasi jenayah"TERRORISME LTTE", sedangkan kuasa SIASATAN dan perolehan BUKTI lengkap adalah di bawah kuasa POLIS ??!!

(c) "Polis berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal."

Persoalannya adalah :

Bagaimanakah LIM GUAN ENG boleh menyatakan walaupun betul bahawa POLIS boleh " ... berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara ... ", namun semestinya HASIL SIASATAN itu akan " ... membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal.", sedangkan BEBAS dari segi undang-undang bermaksud "TIDAK BERSALAH" ??!!

9. Saya sesungguhnya SARANkan dengan tegas, bahawa kesemua pemimpin politik dalam PAKATAN HARAPAN, walaupun difahami akan terkesan dengan alegasi penglibatan ahli-ahlinya dalam JENAYAH TERRORISME" yang serius ini, namun hendaklah sentiasa berusaha untuk menegakkan  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW), dan menjauhi daripada mengambil tindak-tanduk atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menjurus kepada tercetusnya PERSEPSI NEGATIF campurtangan salah pemimpin Kerajaan dalam meruntuhkan tunjang KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW).

10. Sekiranya tidak, ianya adalah dikhuatiri bahawa segala usaha murni kesemua pihak yang brerjuang di bawah teraju TUN DR MAHATHIR dengan tungkus lumus dalam menjatuhkan Kerajaan Kleptokrasi terdahulu melalui kejayaan PRU-14, akan menjadi sia-sia, cuma disebabkan "KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGGA" !!

BERANI KERANA BENAR !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Hanif Khatri

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/10/peguam-ppbm-berang-sejak-bila-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembentangan Belanjawan 2020 Oleh Menteri Kewangan Malaysia

Pembentangan Belanjawan 2020 Oleh Menteri Kewangan Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 400 hits
Pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Malaysia YB Tuan Lim Guan Eng Bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama
Polis Tahan Lelaki Singapura Bantu Siasatan Kes Bunuh Dan Kerat Mayat Suara Tv

Polis Tahan Lelaki Singapura Bantu Siasatan Kes Bunuh Dan Kerat Mayat Suara Tv

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 558 hits
MELAKA Polis menahan seorang lelaki warga Singapura bagi membantu siasatan kes penemuan lapan bahagian tubuh badan mayat manusia dipercayai mangsa bunuh di Kampung Ladang Perindustrian Krubong di sini petang kelmarin Polis percaya lelaki te...
Jangan Guna Pengaruh Politik Ganggu Siasatan Polis

Jangan Guna Pengaruh Politik Ganggu Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 255 hits
SUSULAN beberapa laporan media sehingga 12 Oktober 2019 mengenai penangkapan beberapa pemimpin tertinggi DAP yang difahamkan terbabit secara langsung dengan pergerakan penganas LTTE atau Liberation Tigers of Tamil Eelam yang diasaskan oleh ...
Isu Ltte Polis Sila Tumpu Pada Siasatan Jangan Putar Belit Kenyataan Pemimpin Negara Guan Eng

Isu Ltte Polis Sila Tumpu Pada Siasatan Jangan Putar Belit Kenyataan Pemimpin Negara Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 505 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon pihak polis agar menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua wakil rakyatnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Menteri Kewangan itu berkata tindakan itu dirasakan lebih wajar da...
Terjejas Runtuhan Struktur Bangunan Penduduk Terlibat Diminta Lapor Kepada Polis

Terjejas Runtuhan Struktur Bangunan Penduduk Terlibat Diminta Lapor Kepada Polis

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 336 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Elvina Ikat Kaki Dan Tangan Anak Sampai Netizen Ugut Nak Lapor Polis Biar Betul

Elvina Ikat Kaki Dan Tangan Anak Sampai Netizen Ugut Nak Lapor Polis Biar Betul

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 450 hits
Baru baru ini Datin Elvina Mohamamd ada upload gambar anaknya Karl Mateen di Instagram Dengan berniat saja je nak bergurau dengan anaknya sampai ikat tangan dan kaki guna pita pelekat mungkin sebab lasak sangat kot Sumber Oh Media
Isu Pembakaran Hutan Malaysia Masih Menunggu Hasil Laporan Siasatan Dari Indonesia

Isu Pembakaran Hutan Malaysia Masih Menunggu Hasil Laporan Siasatan Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 253 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Majlis Peguam Pulak Bagi Arahan Pada Polis Jangan Sosma Ltte

Majlis Peguam Pulak Bagi Arahan Pada Polis Jangan Sosma Ltte

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 440 hits
Majlis Peguam menggesa polis agar tidak melanjutkan penahanan mereka yang disyakit memiliki kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam secara tidak perlu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012 Akta itu membenarkan penahanan tanpa bicara...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense