Peguam Keluarga Adib Gesa Prosiding Permohonan Komital Dipercepat


M Fakhrull Halim   
Mahkamah Koroner Shah Alam diminta mempercepat prosiding permohonan komital (menghina mahkamah) berhubung inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dijadual 14 November ini.

Kata peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, jika tidak, ia akan melengah-lengahkan perjalanan kes yang mendapat perhatian banyak pihak.

Ia susulan permohonan responden, Peguam Kanan Persekutuan, S Narkunavathy untuk menggantung (stay) pendengaran tersebut bagi memberi ruang pihak mereka menghabiskan dahulu rayuan ke atas keputusan mahkamah koroner pada 27 Ogos yang membenarkan prosiding komital dimulakan terhadap peguam negara (AG).

Narkunavathy mewakili Peguam Negara Tommy Thomas.

Haniff berhujah bahawa berasaskan penolakan permohonan penggantungan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap perbicaraan Najib Razak, dan menyifatkan prosiding komital itu juga, biarpun bukan 100 peratus kes jenayah seperti kes Najib, masih mempunyai “unsur jenayah” seumpamanya.

“Prinsip undang-undang sekarang tak membenarkan kelonggaran untuk nak tangguh mana-mana prosiding semena-mena sahaja. Ujiannya ketat (untuk dibenarkan).

“Biar (rayuan terhadap) leave itu selesai, biar mahkamah dengar (permohonan) substantif, kemudian bila hendak buat rayuan, mana-mana pihak boleh bangkitkan isun-isu ini semasa rayuan.

“Kalau tak dia akan melengahkan proses mahkamah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Pendengaran berlangsung di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Terdahulu, menjawab hujahan Haniff ketika pendengaran, Narkunavathy menyifatkan kes tersebut tidak boleh disamakan dengan kes Najib, dan berkata mahkamah mempunyai budi bicara mutlak untuk menangguhkan prosiding.

Jelasnya, pihaknya hanya mengetahui bahawa rayuan yang difailkan itu menjadi rayuan jenayah selepas bertanya kepada hakim ketika rayuan itu didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Kamu (Haniff) tak ada semasa itu (permohonan rayuan),” katanya di hadapan koroner.

Pada 16 Julai, bapa Allahyarham Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap AG bagi memulakan prosiding komital (hina mahkamah) berhubung kes inkuiri arwah anaknya.

Dalam permohonan itu, dia mendakwa AG telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April lepas.

Ia bagi menuntut Thomas memohon maaf atas afidavit yang menyebut Adib meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan akibat serangan, yang dikatakan jelas mengganggu prosiding inkues.

Sementara itu, Haniff turut mempersoalkan kenapa responden tidak membuat sebarang usaha untuk mempecepatkan pendengaran rayuan terhadap keputusan mahkamah koroner membenarkan permohonan prosiding komital itu didengar.

“Tak ada langsung. Di sini dia minta tangguh sampai (tarikh) rayuan, tapi rayuan tak (dimohon untuk) dipercepatkan [...]

“Pokoknya, bagi kami mahkamah sepatutnya melaksanakan budi bicara dengan menolak (permohonan),” katanya lagi.

Pada 27 Ogos, Mahkamah Koroner Shah Alam memberi kebenaran kepada keluarga Muhammad Adib untuk memulakan prosiding komital kerana menghina mahkamah ke atas AG, kerana berpandangan wujud prima facie atas imbangan keberangkatan oleh keluarga Adib.

Pada 26 September, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Thomas yang memohon prosiding permohonan komital yang difailkan bapa Mohd Kassim diterima sebagai rayuan sivil.
Keputusan terhadap permohonan penggantungan itu diputuskan 4 November.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/peguam-keluarga-adib-gesa-prosiding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Failkan Permohonan Habeas Corpus Terhadap Lima Tahanan Ltte

Peguam Failkan Permohonan Habeas Corpus Terhadap Lima Tahanan Ltte

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 315 hits
Peguam mewakili lima tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan memfailkan permohonan Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Peguam Ramkarpal Singh berkata permohonan itu bagi menuntut anak guamnya dibebaskan daripada tahanan SOSMA ...
Polis Akan Panggil 2 Saksi Pakar Inkues Kematian Adib

Polis Akan Panggil 2 Saksi Pakar Inkues Kematian Adib

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 302 hits
Siasatan kes bunuh Adib diteruskan selepas terima arahan pejabat AG Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed KUALA LUMPUR Polis akan memanggil dua saksi pakar inkues kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat ...
Polis Minta Orang Ramai Henti Buat Spekulasi Kes Adib

Polis Minta Orang Ramai Henti Buat Spekulasi Kes Adib

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 340 hits
Salah faham terhadap empat suspek kerana laporan media tempatanBANGI Polis hari ini meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi berhubung empat suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Pengarah Ja...
Kes Adib Pdrm Panggil Prof Dr Shahrom Dan Dr Amir Radzi

Kes Adib Pdrm Panggil Prof Dr Shahrom Dan Dr Amir Radzi

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR Polis akan memanggil dua saksi pakar iaitu Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom Prof Dr Shahrom Abd Wahid dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi MARA Dr Amir Radzi Ab Ghani untuk ...
Ibarat Bayi Baru Lahir Satu Keluarga Ucap Dua Kalimah Syahadah

Ibarat Bayi Baru Lahir Satu Keluarga Ucap Dua Kalimah Syahadah

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 651 hits
HIDAYAH itu milik Allah Pada 17 September yang lalu seorang lelaki berketurunan Cina Marcus Wong telah memeluk agama Islam bersama isteri dan tiga orang anaknya di sebuah masjid di Bandar Baru Selayang Perkara itu dikongsi oleh seorang peng...
Keluarga Hafreez Adam Sudah Datang Merisik Saya

Keluarga Hafreez Adam Sudah Datang Merisik Saya

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 298 hits
Tahniah diucapkan buat Zara Zya yang memaklumkan berita gembira menerima kedatangan keluarga kekasih yang juga pelakon Hafreez Adam pada awal September lalu The post appeared first on
Ditinggal Suami Yang Ngaku Miliarder Keluarga Istri Tanggung Utang Rp1 6m Ke Wo Setelah Menikah

Ditinggal Suami Yang Ngaku Miliarder Keluarga Istri Tanggung Utang Rp1 6m Ke Wo Setelah Menikah

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 289 hits
Pelajaran berharga ada baiknya kamu mengetahui dulul latar belakang calon suamimu Kalau bisa hindari utang utangan juga deh
Adun Dap Seri Delima Yb Syerleena Abdul Rashid Gesa Hukuman Lebih Berat Untuk Kes Kemalangan Akibat Mabuk

Adun Dap Seri Delima Yb Syerleena Abdul Rashid Gesa Hukuman Lebih Berat Untuk Kes Kemalangan Akibat Mabuk

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 586 hits
Seorang adun Pulau Pinang menggesa kerajaan meningkatkan hukuman terhadap mereka yang menyebabkan kemalangan akibat memandu ketika mabuk Dalam kenyataan hari ini Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata undang undang pada masa ini me...
Ngo Gesa Kerajaan Haramkan Rokok Elektronik

Ngo Gesa Kerajaan Haramkan Rokok Elektronik

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 556 hits
Bernama Majlis Kawalan Tembakau Malaysia bersama 45 badan bukan kerajaan hari ini menandatangani memorandum sepakat mendesak kerajaan segera mengharamkan rokok elektronik atau vape demi kepentingan kesihatan masyarakat Presiden Prof Datuk D...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Salted Caramel Macchiato Sensasi Manis Dan Asin Dalam Satu Gelas

The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban